hai assalammualaikum


Anak Selesa Dipeluk Bila Pakai Mamaway Baby Ring Sling Ni !!

Mamaway Baby Ring Sling - Tak semestinya, setiap tempat kita pergi, kita akan bawak stroller. Ada sesetengah tempat, tak sesuai bawak stroller.  Anak pulak nak didukung dan dipeluk je dengan maknya. Macam tu la dengan Farhanah, dia ni anak mak..hahaa. Nak maknya pegang je. Kalau dapat badan maknya, diam elok je. Bagi seorang mak pulak, kalau boleh, tangan ni nak free, nak dukung anak lama - lama ni penat dan lenguh. Sebab tu terciptanya baby carrier bagi memudahkan ibu-ibu ni membuat kerja sambil menjaga anak. Baby Carrier ni banyak jenis dan design yang ibu-ibu mana rasa sesuai. Nad sendiri ada banyak dekat rumah..hahaa. Setiap baby carrier boleh diguna untuk ke mana sahaja. Kali ni, nad nak kongsi dengan korang Mamaway Baby Carrier Ring Sling.



Kenapa Mamaway Baby Ring Sling Menjadi Pilihan?

Sebelum ni nad ada baby wrap, jenis kain tu, tapi, payahnya nak pakai. Kena belit sana sini oii..Bila anak dah merengek, dia punya meronta nak keluar tu, jadi kelam kabut. Kenapa nad tengok orang lain pakai, senang je..hahaa. Sampai sekarang nad dah tak guna baby wrap tu. Ni sebab nad pilih Baby Ring Sling Mamaway.

Mudah Digunakan Dan Selamat

Lepas tu nad ternampak baby ring sling Mamaway ni. Jenis kain juga, tapi bagusnya sebab dia ada ring besar tu dan cara pakainya pun nampak mudah. Tak perlu terbelit-belit..hahaa. Cuma masukkan kain dekat dalam ring tu je dan ketatkan ikut keselesaan anak dan ibu. Cincin diperbuat daripada nilon dan sangat selamat. Kiranya, ring dia ni memang kuat sebab boleh tampung budak setahun. Ia telah diuji untuk membawa beban berat sehingga 75kg. Ring takkan melorotkan kain, malah dia terletak elok je.


Bila anak meronta nak keluar, cuma longgarkan sedikit tali dibahagian ring tu, dan keluarkan anak. Senang je.

Kain Yang Nyaman Dan Pelbagai Warna serta Design

Mula-mula nad pakai, terkial-kial juga. Tapi, lama-lama biasa. Apa yang nad tengok pada Baby Ring Sling Mamaway ni semestinya la sebab warna dia cantik, warna pelangi gitu. Nad pilih  Rainbow Sweetheart Baby Ring Sling. Ada banyak lagi pilihan baby sling ni, korang boleh klik https://bit.ly/2NEhNts . Lepas tu tengok jenis kain dia. Kain dia memang 100% cotton dan sangat sejuk, membuatkan baby selesa je duduk dekat situ. Farhanah, bila nad masukkan dalam ni, mesti terus tidur..haha.


Pembawa sling Mamaway direka berdasarkan teori kedudukan Spread Squat (M & J) sebagai kedudukan pinggul yang betul dikekalkan semasa menggunakan sling, dengan manfaat besar untuk perkembangan semula jadi pinggul dan kaki bayi.

Memudahkan Kita Membuat Kerja

Bila Pakai baby Carrier ni, bolehla lepas tangan dan buat kerja kita. Kadang keluar shopping, nak cari barang, nak pegang phone lagi..nak selfie..haha, dah senang. Lagipun Farhanah ni dah duduk, jadi senang dimasukkan dalam ring sling ni.


Boleh Menyusukan Anak

Idea ni tiba-tiba nad dapat, bila nampak ada tali berlebihan tu..hahaa. Tali yang lebih tu boleh digunakan untuk cover ketika anak nak menyusu. Dah tak perlu bawak nursing cover yang lain kan..Takyah penuhkan beg lagi..hehee..Ni part kita suka. Ringan sikit beg kita.

Mudah disimpan dan Dibawa ke Mana Sahaja



Lagi nad suka dengan baby carrier ring sling Mamaway ni sebab ia mempunyai poket beg supaya, bila dah taknak guna tu, boleh dilipat ring sling ni ke dalam semula. Hah!!, jadi saiz kecil la. Nampak tak. Lipat, bagi cantik dan nipis. Memang membantu sangat ni.

Selalunya, kalau baby carrier sebelah tangan je, memang bahu akan sakitla. Melainkan korang pakai dengan elok mesti takda sakit. Kalau sakit tu, boleh tukar ke bahagian lain. Atau boleh bagi suami pakai dan bawa anak, senang..hehehe. Baby Carrier Sling Mamaway ni boleh digunakan untuk seisi keluarga, kalau bapak pakai pun nampak elok je..hehee.


Kalau korang berkenaan, korang boleh tengok di link ni https://bit.ly/2NEhNts

Mamaway banyak barang lagi selain baby carrier ni, korang boleh tengok di
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. Heheeh comel je. Dkt Indonesia mmg pakai meluas Kan benda cmni cuma di Malaysia masih baru

    ReplyDelete
  2. Mudahnya kak ada baby ring sling ni. Warna pun cantik. Senang la ibu2 nk buat keja lepas ni sambil kendong anak. Tak perlu risau anak buat apa kn.hehe

    ReplyDelete
  3. Best tengok orang sekarang dok kendong anak pakai benda ni. Masa sis dulu tak merasa pun, masa dulu maid sis dok kendong pakai kain batik lepas je...hahaha

    ReplyDelete
  4. senang kan..x de anak kecik so x leh nk experience..rindu plak nk ada anak kecik...zaman akak mmg xde la carrier ni..kena tukar2 kedudukan gak kan agar baby selesa

    ReplyDelete
  5. Alololo farhanah.. Syok duduk dalam kantung tu ye. Diam je dia. Kalau next ada peluang berbaby lagi boleh la beli. Hehe
    Memang payah kdang bawak stroller. Kena tempat sempit, tak boleh nak lalu dah.

    ReplyDelete
  6. Wahhh nampak bagus betul baby sling nie ya. Mudahlah utk si ibu buat kerja sambil mendokong baby. Senang utk multitasking. Yelahh baby nie sebolhnya 24 jam nk dgn si ibu. Adanya produk nie, mudahlah kerja si ibu

    ReplyDelete
  7. hahaha comel gila, i pernah pakai ring sling ni memang selesa .. walaupun tak canggih tapi sebenarnya agak membantu juga bahagian tulang belakang untuk stay tegak lagi satu kalau betul balutan tu memang baby takkan jatuh punya... sebenarnya orang putih pun ada praktikkan penggunaan ringsling lagi senang bila nak menyusu boleh jadi kain untuk cover baby je heheheheheh

    ReplyDelete
  8. Walaupun nampak macam mak dulu-dulu tapi banyak benefit. Comel je farhanah dalam tu. Produk yang hebat untuk kita selesa berjalan dengan anak kecil :)

    ReplyDelete
  9. Seronok bwk baby guna mamaway ring sling,xyah nk dukung2 baby mcm biasa.

    ReplyDelete
  10. First time tengok baby ring sling ni. Tak pernah tau pun ada innovation camni. Memudahkan para ibu nak bawa anak ke mana-mana lah lepasni..

    ReplyDelete
  11. hehe..sekarang dah moden so macam2 dah keluar untuk kendong baby ni..zaman dulu mak-maka pakai kain batik je ..hehe..which is good la bila zaman sekarang memudahkan lagi ibu-ibu ni kan

    ReplyDelete
  12. Colourful pulak tengok baby carrier ni. lawalah. Kalau nak pakai bila keluar pun confident kan. Susah juga nak usung troller ke sana sini.

    ReplyDelete
  13. Suka jugak kendong baby camni, selesa nak bawak dia.

    ReplyDelete
  14. Kita xtau napa kita xberapa suka sgt ring sling ka bb cqrrier ka..duk try gak..tpi ank2 xsuka..huahua

    ReplyDelete
  15. I'm using this too it's really sturdy and fashionable plus really helps ease my work at home at least I have time to do my things now.

    ReplyDelete
  16. Wah comelnya. Nak beli la. Nak buat hadiah kt kawan2 yang ada baby. Yeah. Menarik ni

    ReplyDelete
  17. Bagus jugak kalau bagi ni kat kawan2 yg ada baby. Senang nak dikendong anak tu. Comel pulak tu warna kain

    ReplyDelete