hai assalammualaikum

The Chicken Rice Shop Bukan Sekadar Nasi Ayam - Bila telefon Asus buat hal, gundah gelana nad dibuatnya, sebab telefon Asus tu la yang banyak benda penting. Telefon Asus tu la nombor yang orang ramai whatsup dan semua group penting dalam tu.Bila dia on off sendiri, memang tak fikir apa dah, nak kena cari telefon baru. Pergila ke Melawati Mall cari telefon pilihan. Dah survey semua phone, tapi tak tau mana nak pilih dulu, nad dengan suami pergi makan dulu..ahha. Bior perut kenyang baru boleh fikir. Dalam banyak-banyak tempat, pilihla The Chicken Rice Shop. Tak pernah makan sini, jadi cubalah.

The Cicken rice Shop

Dah nama kedai The Chicken Rice Shop, mestila menunya nasi ayam. Tapi, hah!!, bukan sekadar nasi ayam..gituu..Ada juga menu selain nasi ayam ni tau..Jom la tengok pilihan nad dengan mr mafia yang mana.

Nad punya makanan

suami punya makanan

Untuk menu nasi, nad pilih Single portion Ayam Soy Sauce Chicken Rice, mr mafia pulak pilih single portion Ayam Roasted Chicken Rice.

Ayam soy Sauce

Ayam Roasted

Selalu makan nasi ayam dekat kedai biasa je, tapi ni dalam mall. Rasanya memang sedapla, kuah dia, sambal dia, memang terbaik. Ayam dia lembut je. ayam roasted sedap, sama juga ayam soy souce tu. Makan sampai habis..licin..

Lime Mint

air Cendul

Untuk Air, kitaorng order Lime mint dengan Tropical New ( air abg yang penuh dengan macam-macam topping..hahaa )

Chicken Fritters

Kan dah cakap, bukan sekadar nasi ayam, ada add on yang kita boleh order. Macam nad, pilih Chicken Fritters. Dah mr mafia cakap sedap, kita orderla cuba rasa. Oh,memang sedap, rangup je, dalamnya ayam.

Kids Meal

amboii, makan penuh nikmat

Dekat sini pun ada makanan untuk kanak-kanak ( kids meal )..ada macam -macam jenis, tapi nad pilihkan untuk Fariza Junior Chick Platter. Nasib ada untuk kanak-kanak punya, suka la dia. Dalam makanan kanak-kanak ni ada wanton goreng, nuggets dengan fish ball. Simple untuk anak-anak kita makan. Ok la kan.

Buat ayam ..heehe

Dekat setiap meja, ada kertas. Ingatkan buat alas ke apa, rupanya boleh koyak kan dan buat bentuk ayam..ahhaa..ada cara dia..enjoyla budak-budak ni..hehe..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

27 comments so far,Add yours

  1. Memang sedap kan. Leya pun dah lama tak makan dekat The Chicken Rice Shop.. Ermmm..tengok menu tu, nak makan la pulak..

    ReplyDelete
  2. Chicken rice shop sedapp2. Syaza suka pie dia.. :)

    ReplyDelete
  3. takpernah makan sini haha selalu ajak dorng ckp mahal

    ReplyDelete
  4. lama sungguh tak makan2 kat tcrs.
    kalu tunjuk kad govt, dpt extra diskaun 10% tau, Nad.
    pai tee tu wajib order. 2 plate! anak2 aida suka sgt.
    sos lada nyer ohsem, nad. dgn nasi, dgn pai tee... best!
    aida suka makan nasi ayam nyer dgn ayam stim.

    ReplyDelete
  5. Chicken Fritters tu cam wantan goreng ke? Kalau wantan goreng tu suka juga....anak pun suka makan nasi ayam. Dah namanya ayam semua sedap....

    ReplyDelete
  6. la ade macam-macam rupanya, kak lily tau makan nasi ayam je hah senang.. bole cuba ni

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan kat The Chicken Rice ni, macam² menu dah ada.

    ReplyDelete
  8. Kalau datang makan kat sini memang bertambah nasi anak2 akak sangat suka. Lagi satu klu makan kat sini rasa nk menyanyi je. 😄😄

    ReplyDelete
  9. Kalau datang makan kat sini, saya amek set sorang kemudian tambah nasi dan lauk. Boleh makan banyak sikit..haha. Nad cuba makan pai tee, sedap..feveret saya tu..

    ReplyDelete
  10. amboiii, emi baca tajuk tadi sambil menyanyi dlm iklan chicken rice shop tu dah. haha. emi pun kerap gak makan kat sini. sebab mall depan rumah ada kedai ni.

    ReplyDelete
  11. Tempat favourite nak makan nasi ayam kalau shopping. Paling suka Paiti dia. Lepas tu kalau amik set mest tambah nasi je untuk anak sebab nasi dia memang dah sedap.

    ReplyDelete
  12. Ayam Roasted tu nampak sedaplaaa teringin nak makan dekat situ, banyak juga menu-menu best rasa nak cuba.. Suasana pon nampak selesa sangat. Kena terjah ni!

    ReplyDelete
  13. Wah dah lama x makan kat sini. Nampak ayam roasted tu sedap giler. Kena bawa famili try menu barulah nanti

    ReplyDelete
  14. Tempat makan bila dah xtau nak makan apa ahaha , always fav

    ReplyDelete
  15. Kita suka makan kat The Chicken Rice Shop hehehe memang pilihan hati nak makan sedap-sedap kat sini kita suka yang Chicken Fritters tu memang order selalu...

    ReplyDelete
  16. Chicken Rice Shop memang pilihan nasi ayam yang sedapp jugak. Suka makan dengan kerabu mangga. Sedap kut.

    ReplyDelete
  17. kite suka makan sini sebab murah dan sedap tapi setiap kali pergi outlet dia di MID VALLEY SERVICE DIA TOTALLY OUT

    ReplyDelete
  18. Lama tak masuk CRS ni last masuk bln puasa hari tu heheh memang sedap tp actually agak mahal sikit la kot

    ReplyDelete
  19. The Chicken Rice Shop. agak lapar tgh jalan jalan rasa nak makan nasi ayam boleh. sini lah tempat pertama yg terlintas.

    ReplyDelete
  20. anak hantu makan chicken rice shop, dia suka gila tapi bebudak nowadays kecik kecik dah dapat makanan sedap sedap gak dulu punyalah payah... :((( ahhahahahahhaha rezeki budak zaman sekarang, suka nasi dia sebab mild je aromaaa

    ReplyDelete
  21. I also enjoy eating at Chicken Rice Shop. And they have lunch set with a good deal too.

    ReplyDelete
  22. i used to have my food there few times until i have one incident with them. however i will still go back for thier food again. probably after i finish my 100 days vegan

    ReplyDelete
  23. tak pernah masuk chicken rice shop..caya tak...

    ReplyDelete
  24. chicken rice shop kedai nasi ayam favourite iiii! dia punya chicken wanton dia paling the bombb. hehe

    ReplyDelete
  25. Paling suka makan BBQ Chicken noodles. and add on tak tahu nak pilih mana satu sebab semua sedap² kot

    ReplyDelete
  26. Berselera betul fariza makan, saya pernah makan kat sini sedap juga

    ReplyDelete
  27. Tempat feveret Iday. tapi husband tak suka sangat sebab dia cakap masin nasinya. geram je. okay je padahal. saja je dia tu. hahahaha

    rasa macam nak pergi sekarang je. hahahaha

    ReplyDelete