hai assalammualaikum


Vadai, Masalodeh Sedap Dan Murah Sekitar Meru Klang Setia Alam - Siapa suka makan kuih Vadai ni, atau nama lainnya Masa lodeh, kita geng. Memang sedap kuih Vadai ni kalau rasanya cukup, lepas tu ada daun kari, ada cili kering yang memedaskan kuih ni. Kuih Vadai ni merupakan kuih masakan India yang diperbuat daripada kacang dhal dan ditambah ramuan seperti cili, bawang, daun kari, dan macam-macam lagi la. Memnag banyak bahan nak buat kuih ni kan.



Dekat Kuala Lumpur ni susah nak cari kuih vadai ni. Kalau ada pun takkan sedap seperti apa kita nak. Haritu balik Klang, nad rasa kuih vadai ni. Memang sedap, isinya padat, rangup dan semua rasa ada. Bau dia pun dah menusuk kalbu. Kuih Vadai ni di frozen, tinggal goreng je. Nad sampai bawa balik Kuala Lumpur, sebab sedap sangat..hehee..


Pagi-pagi , nak sarapan, ambil je masalodeh ni dalam peti ais, lepas tu keluarkan dan goreng..kihkihkih. Goreng rangup-rangup, makan pedas-pedas, sedapp..Nampak tak isinya padat sangat. Nad memang suka yang ada cili kering dengan daun kari ni. Rasa kacang dhal pun memnag betul-betul rasa. Nak buat sendiri malas, banyak benda nak dipakainya..hehe.

Vadai ni dalamnya ada 10 biji, harga murah je nad beli RM6 je. Murah kann..Korang cubalah, memang puas hati. Orang Meru, Klang, Setia Alam dan Shah Alam, nak order bolehla whatsup 017 6127097. Order banyak-banyak ok, memang sedap. Bolehla dimakan waktu ada kenduri, ada jamuan atau apa-apa sahaja.
SHARE 25 comments

Add your comment

  1. uishh kalau dkt dah order ni..:)

    ReplyDelete
  2. pernah makan memang sedap.. murah dah tu tu harga dia..

    ReplyDelete
  3. Ala, napa jauh sangat. Suka gak makan vadei ni. selalu nampak kat pasar malam je.

    ReplyDelete
  4. kuih faveret juga ni.. dulu rajin buat dengan mak. bila dah ada yang frozen macam ni, lagi bagus. jimat masa dan kos:)

    ReplyDelete
  5. Memang sedap ,mak zira pun jual kuih Ni tapi kalau termakan cili ya ampun pedasnya

    ReplyDelete
  6. Ehhh vadai ni pun ada ehh yang segera. Senang la camtu. Blh order je. Nak makan tinggal goreng.

    ReplyDelete
  7. Akak pun suka kuih ni.. Banyak kali dah buat , macam2 kejadian nya..kejap liat kejap lembut elok.. pernah buat jadi keras macam nak patah gigi mengunyah ..hahah..

    Kalau ada yang jual gini baik beli je.. Tak payah buang2 masa.. Bukan senang nak membuatnya..

    ReplyDelete
  8. Ohh first time dgr ada frozen vadai dan lodeh mcm ni nii hehe! baguslah untuk peminat makanan ni kan lepas ni boleh dgn pantasnya goreng sendiri kat rumah je bila ada jenis frozen mcm ni kan hehe.

    ReplyDelete
  9. Rawlins pun penggemar vadai nie. Dan memang betul susah nak cari yang sedap. Thanks Nad sebab share maklumat kat mana nak dapatkan yang lazat nie. Boleh la buat sendiri sebab frozen kan.

    ReplyDelete
  10. wah menarik ni..nampak pun sedap..kalau ada tetamu datang mengejut boleh terus hidang dan goreng...suami ayu suka kuih ini..cam anak2 dia kurang sikit hehehehe

    ReplyDelete
  11. Ada yang frozen ker hehehe nak lah boleh beli juga nak cuba selalu kita masak sendiri jer ada resepi kat blog Maha hehehehe tapi yang ni nampak lagi nipis dan comel mesti sedap...

    ReplyDelete
  12. Makanan tradisi india paling kita minat.. Dlu arwah emak selalu belikan mknn ni klo balik kg.. Ktorg skli tersuka.. Hehe

    ReplyDelete
  13. Sally baru je buat kuih ni last week...mmg best laaa cite dia kan...ni frozen lg senang! hihi

    ReplyDelete
  14. Omg.. pebret cik en tu.. ala.. jauh plk.. jlu dekat selalu gak ngoder niii. Hihu

    ReplyDelete
  15. Oh I like Vadai, usually I have it for my tea time.

    ReplyDelete
  16. suka juga vadai ..mkn panas222 tp tk pernah plak jmpa org jual yg frozen...ada yg jual frozen mcm ni senang la

    ReplyDelete
  17. Husband Iday sukaa vadai, iday pon belajar dengan dia makan vadai ni. Selalu beli dekat uncle india muslim dekat kwasan rumah. sedappp hehehe

    ReplyDelete
  18. Masalodeh nie kuih kegemaran sy jugak !! Xtahu pulak namanya vadai. Kat tmpt sy, murah lah 3 ketul seringgit tp saiznya sangat menyedihkan. Tak sangka dah ada dijual dlm bentuk frozen mcm nie

    ReplyDelete
  19. This is my faveret. Setiap kali pasar malam TTDI memang Bell akan beli. Tapi dah masuk sebulan abg yg jual tu tak meniaga. Dapat yg frozen pun ok juga boleh goreng sendiri. Setiap masa boleh bedal kan. Hehe

    ReplyDelete
  20. Kegemaran TB vadei ni.. kalau balik ipoh TB selalu cari incle yang jual kacang putih tu.. selalu beli dengan dia sebab tak pernah jumpa lagi vadei yang sedap dari yang dia buat... kat kl ni lagi lah.. susah nak jumpa.. tapi kalau yang nad try ni .. nampak sedap.. boleh la cuba

    ReplyDelete
  21. suka makan vadey panas-panas ranggup je.. dulu klau nak beli india yang jual.. sekarang nivsenang dah boleh buat sendiri.. siap frozen kan..

    ReplyDelete
  22. bestnya Nad,tinggal goreng je kan.Actually akak suka simpan makanan frozen macam ni,bukan apa, kot tak sempat nak buat sarapan or ada saudara mara datang rumah, takde ape nak dihidangkan.So bila dah ada ni, senang sangat weh...Sedap ui vadai ni..

    ReplyDelete
  23. This looks delicious, my family and I love Vadai, even my daughter likes it.

    ReplyDelete
  24. Ouh frozen vadai? Sekarang ni makin senang kan untuk makan makanan kegemaran kami. :) Nak cuba lar.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2