hai assalammualaikum


Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier - Haritu nad pergi ke Baby Fest di Starling Mall, pusing puny spusing nampak la baby carrier ni. Hah!!, memang dah lama nad cari baby carrier yang ada tempat duduk ni. Bagi anak selesa duduk dalam baby carrier dengan punggung dan bahagian peha tak sakit. Jadi, terus grab Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier ni. Masa tu tengah ada diskaun, ofkosla tak lepaskan kan..hehe..Ada macam-macam jenis dan warna, tapi nad ambil warna pink. Almaklumla, anak perempuan, jadi ambil la warna yang sesuai dengan mereka..hehe.

Baby Carrier, salah satu barang yang wajib ada dalam list bila ada baby ni. Tapi, baby carrier macam mana yang elok sebenarnya kan? Kadang orang main beli je sebab murah. Dia ingat masukkan baby dalam tu, baby selesa, tapi sebenarnya tak. Itu kadang anak meronta nak keluar. Ramai yang cadangkan, nak pilih baby carrier biar yang ergonomik bentuknya. Pastikan tulang belakang anak dalam keadaan lurus dan bukan bengkok. Ni la ciri-ciri yang ada pada Ezbaby ni. Baby Carrier ni memang menyenangkan mak nak buat apa sahaja aktiviti.


Selesa Farhanah Dengan Ezbaby Ergonomik Hipseat Baby Carrier Ni

Bagi nad, baby carrier yang ada hipseat ni lebih selesa untuk baby. Yela kita buat aktiviti bukan sekejap, kadang lama. Jadi, bila dah ada tempat duduk ni, baby pun takdela meragam. Duduk tenang je dengan posisi dia tu.


Ezbaby Hipseat Carrier ni boleh digunakan dengan pelbagai posisi, sama ada pakai bahagian hadapan, bahagian belakang atau bahagian tepi dan sangat ergonomik.


Cara nak pakainya pun mudah, korang boleh tengok dekat video ni.

Farhanah memang suka duduk dalam Ezbaby ni. Masuk je mesti terus tidur..hahaa. Kadang Ezbaby ni boleh jadi penyelamat, kadang malam susah nak tidur, masukkan dalam Ezbaby, dodoi sekejap dia terus tidur..hahaa.


Ezbaby ni boleh menampung berat sehingga 20kg tau, jadi boleh pakai Ezbaby ni dari usia anak kita dari 3 bulan sehingga la 2 tahun macam tu. Yela, kadang ada anak jenis nak mendukung je. Bila dah penat berjalan, nak mintak dukung. Lenguh oo kalau dukung dengan tangan. Kalau ada pembantu macam baby carrier ni senang.


Lagipun Ezbaby ni mempunyai keselamatan yang kuat dan sangat berkualiti. Apa yang nad rasa bila pakai Ezbaby ni memang sangat selesa. Tak sakit walaupun pakai beberapa jam. Antara sebabnya tali dibahagian bahu yang sangat tebal dan lembut. Jadi bahu kita takkan sakit dan lenguh. Dibahagian pinggang pula, tali sangat lebar, kain yang sangat lembut dan bukan sahaja ada klip malah mempunyai pelekat. Jadi keselamatan tu memang terjamin sebab sekali dua dia ada pelekat dan klip. Tak menyakitkan pinggang sebab kainnya yang lembut.

Di bahagian bahu dan pinggang, tali boleh diselaraskan mengikut kesesuaian masing-masing ketika memakai. Macam nad, dah la kurus gila, haha..nad rasa pinggang pun 34 kot..hahaa..tapi masih boleh pakai Ezbaby ni dengan selaraskan sampai ketat betul dekat pinggang ni..Lepastu klip, memang boleh je..hehe..Tak ketat dan selesa.


Bahagian atas, mempunyai peletak kepala baby yang lembut. Jadi anak selesa dengan ada tempat kepala tu. Bahagian tengah pulak, ada dua penutup, di mana korang boleh buka bahagian depan bagi udara masuk. Anak takdela rasa panas dalam carrier tu.



Bahagian hipseat dengan bahagian atas pula ada butang kunci double dan zip mencantumkan dua ni. Pelekat dan zip ni boleh dibuka dengan mudah untuk korang nak pakai hipseat sahaja. Nak pasang balik pun senang. Memang selamat sangat bila ada double macam ni. Takda rasa eh tertanggal ke, kuat ke tak bila dukung anak ni kan.



Apa yang nad sangat suka dengan Ezbaby ni, ia boleh dipakai secara full wearing atau bahagian hipseat sahaja. Bahagian atas boleh dibuka dengan mudah.  Lagipun kadang anak tak suka belakang tertutup, jadi guna hipseat je. Mak pulak taknak tangan lenguh, hipseat sangat membantu dukung anak tanpa lenguh..hehee..Hipseat ni sangat kukuh dan besar.


Hipseat pula boleh dibuka dan dibasuh dengan mesin basuh. Hah senang..eehhe..Nak basuh Baby Carrier Ezbaby ni masukkan dalam net sarung tu, lepas tu baru basuh dalam mesin basuh. Takdela rosak kan.



Paling best, carrier ni ada poket di bahagian depan dan bahgian tepi tali pinggang. Macam nad kadang malas bawak dompet, selit la duit ke, apa la nak diselit dekat poket tu..hahaa. Bagus kan.



Bila keluar, memang wajib la bawak Ezbaby Ergonomik Hipseat ni. Kau tengokla, barang ditangan, kadang fariza pun nak mengendeng maknya, dah bila ada dua anak mengendeng mak ni memang payah oo..Jadi mujur ada Ezbaby. kadang pergi event bertiga tanpa suami, Ezbaby Carrier ni la penyelamatnya..hehee..


Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan Ezbaby ni, taua nak beli korang boleh rujuk di
website ; http://www.ezbaby.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ezbaby.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/ezbaby_malaysia/


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. Bagus carrier ni, nampak baby selesa dok dalam tu.

    ReplyDelete
  2. kalau budak besar umur harraz tu 2 tahun ok lagi tak guna ni nad? nampak macam selesa je .. berapa rm ni

    ReplyDelete
  3. zaman anak kita kecik dlu xder lagi jenis nie. tgk baby duduk mcm best jer..sekesa sgt kot

    ReplyDelete
  4. selesa farhana duk dalam tu. Best nampaknya carrier jenis ni.. tidak menyakitkan anak-anak. Ibu pun selesa menggalas baby

    ReplyDelete
  5. Owh rahsia nad kurus guna carrier baby rupanya, baru tau. Hihi

    ReplyDelete
  6. waaaa macam best je baby carrier yang ni.airah memang tengah survey lagi tak tau nak pilih yang mana.membantu bila ada entry macam ni.nak survey harga pulak hihi

    ReplyDelete
  7. Dulu ada gak plan nak beli carrier camni. Tangguh punya tangguh sampai tak terbeli pun. Anak pun dah ligat berlari. Tunggu la next baby kot. Haha

    ReplyDelete
  8. Pernah dgr juga baby carrie jenis ni..nmpk selesa ..kdg2 certain tmpt yg crowded better guna baby carrier compare dgn stroller

    ReplyDelete
  9. Nampak comfortable for baby and mum too. I would say this innovation really convenient for mum or dad. At least if they are alone both hand are free so easy to carry other things too. The design also nice.

    ReplyDelete
  10. bukan untuk elak lenguh je, baby pun selesa dok dalam tu. design cantik, dan banyak poket. senang di cuci plak tu

    ReplyDelete
  11. Cantik dan begitu selamat design baru untuk beg gendong bayi ini hehehe hari tu kita mencari juga mana yang bagus sebab nak bagi hadiah kat anak sedara kita hehehe tengok yang model ni macam bagus jer...

    ReplyDelete
  12. Macam-macam jenis dan pattern baby carrier sekarang kan. Bagusnya boleh mudahkan mommy :)

    ReplyDelete
  13. Baby carrier ni nampak. Menarik, ada compartment berzip yang pastinya sangat berguna

    ReplyDelete
  14. nampak anak memang begitu selesa....ayu dulu pun pernah pakai baby carrier dekat ameer...tapi ameer jenis lasak susah nak duduk diam..tapi brand ni not bad lahh..nampak sangat lasak dan cantek juga

    ReplyDelete
  15. Babywearing is really convinient for mummies, I only started on my second child and I wished I learn more about it earlier, this brand is really affordable for everyone.

    ReplyDelete
  16. Baby carrier mcm ni senang sikit.. Sbb ada yg pengeras duduk bawah cmtu... Kalau wawa prefer yg cmni... Nampak selesa kan

    ReplyDelete
  17. Selesa tengok anak dalam EZBaby Ergonomic baby carrier ni. Ruby pun ada satu. Masa guna ni, bawa Alif. Boleh kurus oii. Alif pun selesa. Letak je, terus tido. Kita boleh buat keje.

    ReplyDelete
  18. looks easy to use and bb looks comfy inside.. great carrier it is... my kiddos r too big for this though..

    ReplyDelete
  19. Desain gendingan anaknya tuh cantik cantik. Modelnya bagus bikin si mamak baby pun tampil elegant. Aman tak bocor

    ReplyDelete