hai assalammualaikum

Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland , Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged 3D Art Buat Anak Teruja

Bergembira Di Kiddomo Universe Kids Playland - Hari minggu, selalunya nad akan bawak anak-anak keluar berseronok tidak kira pergi taman permainan atau tempat-tempat menarik untuk diaorang bergembira. Jadi, plan haritu, nad bawak diaorang pergi ke Kiddomo Universe Kids Playland, indoor playground di The Starling Mall. Kiddomo playland ni di tingkat tiga. Haritu nad pergi dengan anak-anak sahaja, suami tak ikut sebab dia ada kerja. Bila pergi tempat permainan macam ni, nad masih boleh uruskan lagi budak berdua ni, lagipun diaorang memang dah selalu dengan nad, dan jenis " behave"..hehee. Haritu pulak datang, nad ternampak ada Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged, lagi suka la diaorang, sebab budak berdua ni memang suka tengok cerita Mickey Mouse dekat tv channel astro 613. Paling teruja si kakak la, Fariza..hehee..Apa yang menarik dengan Disney Mickey ni, hah, meh baca dan tengok ni..


Ni pertama kali nad datang ke sini, nad tau apa yang menarik ada dekat sini. Adakah sama seperti playland indoor tempat lain? Kiddomo Universe ni bukan tempat mainan saja-saja je tau, tapi ia merupakan tempat untuk anak-anak berimaginasi, yang dapat merangsang semua deria mereka dan menjalankan imaginasi kreatif mereka dengan cara yang baru. Maksudnya dekat sini, ada permainan yang boleh buat mereka untuk rekabentuk, berkreatif dan berimaginasi.


Harga Kiddomo Universe

Harga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120

Harga untuk Cuti Sekolah, Sabtu dan Ahad, Cuti Umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140


Special untuk VIP

Macam biasa, seperti tempat playland indoor lain, perlu pakai stokin untuk keselamatan. Jadi bawa siap-siap dekat rumah. Kalau tak bawa, dekat sini puna ada jual.


Masuk sini kena pakai wristband dahulu. Lepas tu, kena register nama dengan ambil gambar dan pilih watak apa, sama ada binatang atau orang. Sebab setiap permainan yang ada dekat sini, wristband atau gelang yang dipakai tu akan digunakan untuk scan dan akan muncul muka kita. Kalau wrist band tu hilang, jangan risau, sebab boleh minta semula di kaunter. Selalu kita risau bila gelang hilangkan..hahaa.



Fariza excited tengok muka dia dekat badan harimau..hahaha. Mommy pulak ahli sihir..ofkos mommy taknak ketinggalan..hahaa.

Dalam ni boleh bawak stroller. Mujur boleh bawak, si adik ni kadang malas berjalan. Nad pun tak larat la nak dukung..hehhe




Bebudak ni kalau dah nampak bola-bola ni, mesti tak sabar nak masuk..Mak pun teruja, sebab dekat sini bola dia banyak gila..luas..hahahaha..Masa tu pulak pergi tak ramai orang..Memang best la..Cantik pulak warna dia hijau kuning..


Dekat sini, bukan main bola saja-saja, tapi kena cari telur dinosaur. Lepas tu letak dekat tempat scan, nak tau telur dinasour ape tu. Hah!!, nampak tak anak-anak boleh belajar sekali.

Kiddomo Kolaborasi Dengan Disney Mickey & The Roadster Racer- Supercharged

Ok, sebelum nad explore tempat lain, apa yang menarik dekat sini ialah Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged. Kiddomo telah berkolaborasi dengan Disney Mickey Racer bagi kanak-kanak berkreatif dan memberi keseronokan bila diaorang lihat kereta racer diaorang "hidup"..hah menarik sangat. Ia bermula dari 21 January sehingaa 28 February 2019 ni sahaja.


Korang boleh nampak kan, screen besar di dinding tu dengan adanya banyak kereta geng Mickey Mouse. Ada Mickey, Minnie, Goofy dan macam-macam lagi. Mulanya nad ingat tu hiasan sahaja bagi memeriahkan tempat dia, tapi rupanya itu adalah kereta bergerak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Kereta mereka dalam bentuk 3D art..fuh..menarik giler. Kereta tu boleh disentuh dan digerakkan.




Sebelum tu, kena la warnakan dulu kereta pilihan anak-anak. Fariza pilih Mickey Mouse. Lepas tu dia warna sendiri, ikut macam mana dia sukala..hehee. Nad biarkan je dia. Teruja dia bila tengok Mickey Mouse ni. Cerita kesukaan dia. Dengan mewarna, ia dapat menyerlahkan bakat mereka mewarna, kreatif mana mereka berwarna.



Lepas warna, kertas tu perlu discan di mesin scan yang disediakan. Scan juga wristband yang korang guna tu. Baru la keluar kereta 3D art tu dekat mesin. Hah!!, nampak kereta Fariza tu..hehee.

Lepas tu terus dia ke screen besar, di dinding tu nak tengok kereta dia keluar. Fariza paham rupanya, kereta dia akan muncul..ehehe..Nad cuma cakap " hah mana kereta fariza, mana? "..hehe..Dia pun tercari-cari kereta dia. Lepas dia kenal kereta dia, terus dia tunjuk " tu kereta Fariza "..seronok dia. Dia sentuh kereta dia, zoomm laju jalan..hehee..


Hasil warna lukisan diaorang juga boleh transform ke Papaercarft 3D. Kena pergi print dekat tempat yang disediakan. Jadi bolehla reka kereta anak-anak tu. Best dan menarik kan. Fokus bila diaorang dapat buat macam ni.

Permainan Lain Yang Ada Di Kiddomo Universe





Taman Permainan Yang comel ni..hehee


Dalam ni ada pelbagai tempat lagi yang menarik tau. Ada Karaoke Kid. Dah lama rupanya nad tak berkaraoke, dapat masuk tempat kanak-akank pun bolehla..hehee..Lepas gian walaupun lagu anak-anak. Anak-anak pun enjoy.




Ada Magic Academy. Pakai tongkat nak lawan raksasa. Macam cerita Harry Potter pulak dahh..hehhee.


Gelongsor tinggi uiii.. Tak naik nampak macam seram je..hahaa..Tapi mestilah best dan selamat.



Bilik Gym Untuk Kanak- kanak pun ada..Alahai depa dua orang ni..Masuk sini, adik dengan kakak main dengan seronok sangat.




Kalau korang perasan, dekat dinding ada macam tv kecik tu semua. Semua tu adalah permainan tau. Nak main kene scan dahulu dengan wristband yang kita pakai. Bukan saja-saja dia tampal..hehee.

Workshop Untuk Anak-Anak






Haritu, Fariza sempat join workshop yang disediakan di Kiddomo ni. Setiap minggu akan ada workshop di sini bagi aktiviti anak-anak bertambah seronok. Haritu aktiviti yang Fariza buat ialah buat craft Welt God Keychain sempenan Chinese New year yang akan tiba tak lama lagi. Cuma lekat-lekat je. Fariza memang suka join-join ni semua. Dia akan fokus apa yang perlu dibuat. Kita suruh je, dia buat sendiri. Dalam masa tengah membuat craft tu, ada la soal jawab.Jadi budak takda bosan sangat. Memang bagus sangat..

Adik pun suka juga join workshop..hehee..

Kemudahan Yang ada di Kiddomo







Banyak kemudahan yang ada dekat Kiddomo ni yang memudahkan ibu bapa. Ada tempat makan, ada tandas, ada  tempat menyusu, kira semua lengkap la. Tak perlu nak terkejar-kejar keluar cari kan.


Jadi, korang rasa macam mana. Ok tak tempat ni. Bagi nad ok je. Tempat dia takdala besar mana, tapi permainan dia semua bagus. Permainan yang menggunakan teknologi canggih, buat anak bermain sambil belajar. Hari minggu, atau cuti sekolah, nak bawak main permainan indoor, boleh cuba datang ke sini..Dekat sini pun boleh buat birthday party tau..

Kiddomo Universe Starling Mall
Lot T-328, Level 3, The Starling, No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Operation Hours : 10:00 AM - 10:00 PM
Website : www.kiddomo.com
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969


Meh layan, kegembiraan dua beradik ni berseronok di Kiddomo Universe Kids Playland Starling Mall.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

25 comments so far,Add yours

  1. Kat Starling Mall ya. Thank you for sharing nad. Lepas ni bolehlah saya bawak anak-anak saya ke sana. mesti diaorang enjoy

    ReplyDelete
  2. Kiddomo ni jauh nau kalau dekat memang dah bawa anak anak datang sini .Nanpak seronok anak anak nad datang kiddomo ni kan. Harga pun berpatutan dengan aktiviti yang diadakan

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok kat ig story kak nad layan anak anak main disini 😍😍

    ReplyDelete
  4. Mmg seronok dpt bersantai sekeluarga mcm ni.. bukan anak2 je yg teruja, mak bapak pun pasti sama seronok. Menarik, harga pun nampaknya berbaloi.

    ReplyDelete
  5. Bestnya tempat tu, mencabar juga ye, tapi still sesuai utk anak2 kecil.

    ReplyDelete
  6. Waahhh best nyaa! Balqis mesti suka kalau dapat pergi ni. Ada byk segmen lain2 so x la dia bosan dgn 1 mainan je. And ada spot utk Bilal jugak tu. Masuk list! Masuk list! Haha

    ReplyDelete
  7. menarik ni. konsep bermain dan belajar, 2 in 1.
    byk dah indoor playground mcm ni now. bagus.
    anak2 dan parents boleh bersama. moreover, ada plak 3d tu kan. ilmu baru!
    tak la sekadar bermain jer kan. boleh sedut byk ilmu. bonding anak2 dan parents.

    ReplyDelete
  8. seronoknya budak2 tu main..Murni lagi suka tempat mainan indoor macam ni sebab senang nak manage anak2. Kita pon ada bersama mereka. Ni kalau bawa anak2 pergi sekali mesti tiap2 kali mereka akan ajak pergi lagi..takpe laa habis duit sikit asalkan anak2 happy

    ReplyDelete
  9. bestnya bawak anak-anak datang ni.banyak aktiviti boleh buat. airah tunggu baby keluar besar sikit nanti memang nak bawak main sini la

    ReplyDelete
  10. Kak irra penah g sini. Bukan anak2 je teruja. Kak irra sendiri teruja sangat. Ahahahaha.. best giler kot.. sebab boleh sama-sama main dengan anak-anak

    ReplyDelete
  11. Harga dia boleh tak gak ya untuk anak2 kecik, tapi berbaloi lah dengan suasana tempat tu dan kemudahan yang disediakan..tak apa berhabis untuk anak-anak, janji anak-anak happy

    ReplyDelete
  12. Bagi Maha patut kat Malaysia banyak tempat menarik macam ni yang dalam indoor selamat untuk kanak-kanak main dan juga dapat habiskan masa bersama ibu bapa dan juga berseronok dan dalam masa sama juga boleh belajar banyak perkara baru...

    ReplyDelete
  13. Waaaaaa... Bestnya nad. Bergembira dengan anak anak. Ni kalau anak kita berpeluang masuk, silap silap nangis takmo balik ni. Hehe
    Kita suka betul kat tempat bola hijau kuning tu..

    ReplyDelete
  14. Seronok Fariza dapat pergi Kiddomo ni yea.. macam-macam permainan boleh dicubanya... nak bg tau adiklah srh dia bawa anknya ke Kiddomo ni

    ReplyDelete
  15. Bila tengok facilities kat sini bukan kanak2 je suka. Parent pun suka .Hehhe memang tempat Yang sesuai bawa kanak-kanak datang sini. Kanak2 pun terhibur. Siap ada workshop lagi

    ReplyDelete
  16. Best yer kalau dapat bawa The Arifs datang sini sebab diorang ni memang fanatik dengan Mickey Roadster Racer tu.. Tapi jauh la pulak, dah la limited time je yer.. Bulan 2 ni xde plan ke KL..xde rezeki lah nk bawa diorg ke sana.

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing. Will bring my nephews and nieces there soon. They will love it.

    ReplyDelete
  18. Wahhh mesti seronok bawa anak2 datang sini masa cuti....mak pn teringin jadi mcm anak2 sbb masa kecik2 dulu kita xde suma ni....hehehe..boleh bawa ank buah pergi nanti...thnks good infor

    ReplyDelete
  19. So much fun! Ball pool tu mesti kegemaran ank2 sy ni! MR dan MH suka sgt main bola ni, yg ni pulak dgn byk byk bola kat dalam tu!

    ReplyDelete
  20. Nampak best tempat ni. Siap kuar muka sendiri masa nak main game tu yg best. Konfem budak2 teruka gila kan. Kena plan ke sini lepas cuti CNY

    ReplyDelete
  21. Nampak menarik betul tmpt ni. Bagus untuk budak-budak. Harga pun berpatutan sgt. Nk ajak anak buah kesini lah. Mesti dieorg tu suke. hehehe

    ReplyDelete
  22. rasa mcm nak join sekali je main dalam tu :o

    ReplyDelete
  23. Wow...the kids seem to have so much fun over there. It appears that the place is very personalized which is good for kids to have very good memories.

    ReplyDelete
  24. Boleh tahan harga dia.. Tpi. Bila tgk mcm3 games yg ada.. Rasanya ok kot.. Yg penting diorg enjoy kan

    ReplyDelete
  25. Bestnya dapat kumpul sama family macam tu, tapi harga dia boleh tahan juga eh. At least you had fun and everyone happy :)

    ReplyDelete