hai assalammualaikum

Murah Betul!! Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan Jalan Japan One City

Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan-Jalan Japan - Dah lama nad nak pergi Jalan Jalan Japan  ni, sebab ramai cakap barang dia semua murah. Semua barang ada, dari pakaian wanita, lelaki, kasut, sampai la ke barang baby. Barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan ni, barang bundle, tapi sekarang ramai je yang suka bundle kan, asalkan barang tu elok dan masih boleh dipakai. Haritu nad pergi ke Jalan Jalan Japan untuk Tapau Sab event dekat One City. Tapau Sab event ni merupakan jualan akhir bulan yang diadakan pada Hari Sabtu sahaja. Menariknya Tapau sab ni, korang boleh dapat berpuluh baju dengan hanya RM10 untuk 3 plastik tau..hah!!!..best kan..Tapau sab ni berada dekat tingkat ats di kedai Jalan Jalan Japan.

3 Plastik 26 Helai Baju Hanya RM10

Hah!!, ni nad nak tunjuk 3 plastik ni, nad muatkan 26 helai baju ok..hahaa. Harga untuk 3 plastik dengan 26 helai baju hanya RM10..Percaya tak..hahaa..Kadang nad pun tak percaya, hebat juga nad masukkan 26 helai baju dalam 3 palstik kecik ni..hehee. Kena pandai lipat,pandai isi dalam plastik, jangan sampai terkoyak. Satu plastik boleh masukkan dalam 15 ke 20 plastik.

Tapau Event Jalan Jalan Japan

Tak percaya, nah nad kasi tunjuk harga dia..hehee. RM5 untuk 1 plastik, RM10 untuk 3 plastik. Korang pilih je baju yang disediakan ( hanya kawasan tertentu yang telah disediakan untuk Tapau Sab ), pilih seberapa banyak korang nak. Ada baju untuk wanita dan kanak-kanak. Semestinya baju kanak-kanak jadi perhatian. Tapi nad pun ambil baju nad tau..hahaa. Pengalaman pilih baju dekat Tapau Sab memang best walaupun penat. Nasib mr mafia layankan je isteri dia pilih baju, malah dia tolong cakap, " sayang tu ada baju baru di letak "..hah cepat-cepat isteri pergi tengok. Staff dekat situ akan topup baju mana yang dah kurang..hehe.

Pilih Baju weii..nasib ada pembantu..anak dara tu

Mujur ada anak yang baik hati, tolong mommy dia masukkan baju dalam bakul..hahaa. Mommynya ke sana, dia ikut ke sana tolak bakul, mommynya ke sini, dia ikut juga..hahaaa. good d

Banyak pilihan baju

Skirt..tapi semua pendek

Ni pun pendek..Tapi ada beli juga seluar pendek cantik..pakai dekat rumah je..hehe

Cari baju je la..lengan panjang

Pening nak pilih..hahaa

Pelbagai jenis baju ada tau dekat sini. Lengan panjang, lengan pendek, baju sejuk, baju kasual, baju tidur, eh macam-macam la. Kalau korang cari betul-betul, dapatlah baju yang elok dengan corak yang menarik dan berkualiti. Lagi kalau korang datang awal, lagi banyak baju cantik korang boleh dapat. Nad pun sampai dalam pukul 11 lebih. Nasib masa tu tak ramai orang lagi dan pilihan baju banyak. Kebanyakan baju nad tengok banyak lengan panjang, skirt pulak skirt pendek,..sayang sangat. Nad ambil la baju lengan panjang, untuk anak pun lengan panjang, buat baju jalan atau pakai rumah. Saiz pulak ada macam-macam jenis saiz.

Dah pilih, masukkan sebanyak mungkin baju dalam bakul tu..hahaa. Nak penuhkan bakul tu sampai menggunung pun boleh..

Hah masa untuk melipat

Lipat kecik-kecik..beg plastik kecik je

Baju biru semestinya amik..ehhee

Ni pun cantik..ambil..hahaha

Dah rasa puas pilih baju, dah puashati dengan baju yang ada, bawa ke meja, letak dan mulakan lipatan..hehee. Hah!!, part ni memang kena pandai ye, sebab nak masukkan dalam plastik sebanyak yang boleh. Lipat sekecil-kecilnya ok. Kalau baju budak tu memang boleh lipat kecil giler. Dapatla satu plastik masuk dalam 15 helai baju. Memang nad lipat sekecil boleh..hahaa.

Ok masukkan dalam plastik

Sumbat elok,elok..

Ok ngam..sumbat lagi ada ruang tu

Lepas dah siap lipat, mintak plastik dekat staff yang jaga dekat situ. Hah, dia cakapla nak berapa. Semestinya nad ambil 3 plastik. Tak cukupla satu plastik ok..Hah, nampak tak berusaha nad sumbat bagi banyakkan baju diisi dalam satu plastik. Gigih nak isi semua baju yang nad ambil dalam plastik tu..heheeheh.

Yeah dapat tiga plastik..26 helai baju ok

Yeahh, muka seronok sebab dapat 3 plastik baju ni. Dalam ni ada 26 helai baju..hahaha. Kita suka, kita suka.. Baju yang nad pilih pulak cantik-cantik..hahaa.


Lepas tu, korang bawak plastik ni ke kaunter pembayaran untuk bayar. Layan video nad masa dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memng pening nak pilih..ahaha.

Tips Untuk TapauSab Event
- Jualan akhir bulan pada Hari Sabtu, datang awal untuk dapatkan baju yang cantik
- Pergi ke Tingkat atas.
- Ambil bakul yang disediakan
- Pilih baju yang berkenan di hati, masukkan dalam bakul seberapa banyak yang boleh.
- Lipat baju sekecilnya untuk memuatkan lebih 10 baju dalam satu plastik.
- Pastikan dapat 3 plastik sebab harga murah giler, cuma RM10 sahaja.
- Pergi ke kaunter pembayaran dan bayar..1 plastik RM5 dan 3 plastik RM10..

Budak-budak ni happy jela datang  Jalan Jalan Japan

Tengok satu bakul dia punya

Ya kasut ni dia pilih

Budak berdua ni pau mommy dia mainan. Sebab diaorang behave, mommy belanja..hehee. Ala, kalau tak pun, mommy beli, sebab harga dia murah betul..hehee.

Dua plastik besar bila balik..Berat oii sampai kaki jengket

Tengok, 2 plastik besar nad bawak balik. Memang berhantu betul Jalan Jalan Japan ni. Patutla orang ramai datang sini. Harga barang dalam ni murah sangat. Walaupun preloved, tapi ada barang yang dalam keadaan baik.

Ni dia baju yang nad rembat dekat Tapau Sab

Tadaaa...kasi susun elok-elok baju yang and pilih. Nampak kan, semua baju lawa. Dapatla ambil baju untuk anak-anak, seluar dan baju untuk mommy. Fuh..semua baju ni harga RM10..so percayalahhh!!!..

OOTD pertama

OOTD kedua..baju ni cantik

OOTD 3 saja amik jaket..ahhaa

OOTD empat..dengan anak pulak..dia nak juga..tu baju budak nad ambil..baju nad tu tshirt seklai hoodie

OOTD kelima..anak beranak..nad jaket, Fariza baju tshirt, adik baju berbulu. Ni semua dekat Tapau Sab.

Nad kasi OOTD nad pakai baju yang and grab dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memang baju dalam keadaan elok semuanya dan cantik. Sesuai dipakai waktu jalan atau di rumah. Pandai nad pilih kan..hehee. Untuk anak-anak pun muat. Ada yang seluar longgar tapi disebabkan cantik kita ambil la..ehhee. Boleh je letak getah nanti. Nad ada ambil seluar dengan skirt, tapi pendek so tak tunjukla. Letak gambar je dekat atas tu. Boleh pakai dekat rumah.

Korang yang suka baju preloved, nad sarankan datang ke Tapau Sab event ni setiap hari Sabtu akhir bulan. Dahla murah, banyak baju yang korang boleh dapat.

Nak tengok apa yang ada dekat Jalan Jalan Japan dengan barang apa nad rembat selain baju boleh cek dekat highlight ig story Jalan Jalan Japan nad ok.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Jalan Jalan Japan ni boleh layari
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram :  https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/





SHARE 33 comments

Add your comment

  1. That's really cheap! All new clothes? I have to shop there!

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya sopin baju..murah giler kut dpt 25helai RM10..adoii nape kat penang xde..mesti ramai kat situ kan nad..nad size kecil snglah cari baju n bykk hahaha

    ReplyDelete
  3. Murah giler. Memang heaven shopping kat sini sebab berul3 murah. Kakau dapat pilih memang dapt yg elok dan berkualiti. Best!

    ReplyDelete
  4. Murah sangat2 ni .. macam best jer .. lau dekat2 sini kakya dah terjah ni .. Happy shopping Nad dan anak2 .

    ReplyDelete
  5. dah ramai dah tgk org pergi sini.. tapi kite x try lagi!! x larat nak jalan tgh sarat ni.. hopefully habis pantang nanti bleh tgk2 barang..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wah byk juga dapat kaut ea dengan 3 plastik tu.. Berbaloi beli sbb baju2 msh elok lagi..

    ReplyDelete
  7. Baru p jjj semalam..tiap kali p x sah kalau x bawak balik brg. Style ai cari barang yg rare n colletors item. Kalau dpt yg nak mmg puas hati

    ReplyDelete
  8. Amboi kak nad shopping abis yer. Bestnya ad jualan murah2 mcm ni. Memang selalu akan grab bnyk sbb boleh buat baju basahan.hehehe

    ReplyDelete
  9. Bamyak jgk blh muat 3 plastik.. Murah pun murah.. Lama dah tak shopping nih

    ReplyDelete
  10. Wow...harganya memang murah giler kan. 3 plastik besar hanya RM10...tak boleh percaya lar. Betul ke ni? :D

    ReplyDelete
  11. murahnyeeee..RM 10 utj 3 plastik..kene pi serbu jugak nih

    ReplyDelete
  12. murah sangat tu..best nya..lepas ni ramai la serbu tempat tu..

    Amboi..Fariza punya posing kemain lagi dia..hehhe

    ReplyDelete
  13. geramnya tengok. murah! mana nak dapat baju dengan harga macam tu. cantik-cantik lagi pulak tu. kalau dekat, sure pi serbu jugak :) hihihi

    ReplyDelete
  14. Ooo nad shopping baju saja ke? Akak shopping beg ,mangkuk, tuala apa lagi entah lupa. Tapi memang best shopping sini sebab barnag murah dna berkualiti

    ReplyDelete
  15. Tengok elok cantik je nad. Tak macam baju preloved je. Nampak baru. Kalau la 26helai tu harga biasa, jenuh nak membayar beratus kan. 😄

    ReplyDelete
  16. Kalau event baju macam ni mesti banyak baju perampuan dan kanak-kanak jer heheh eorang laki tengok jer lah terutama yang saiz besar macam kita ni mesti tak ada baju tu kan hehehe tapi ok lah kalau RM10 jer untuk banyak tu....

    ReplyDelete
  17. bestnya dapt shopping banyak baju. Sis pernah gak masuk sana..tak banyak baju saiz sis..untung betul org yg baersaiz mcm Nad..huhuhu

    ReplyDelete
  18. Memang best tapau sab tu. You just take jer dont have to worry about the price tapi kena pandai lipat and susun.

    ReplyDelete
  19. Murah giler nad. Sbb diorang kira berapa bag plastik kan.bukan ikut helaian baju.

    ReplyDelete
  20. Next time mohon ajak Rawlins sekali - nak gak membeli bebaju untuk anak-anak saudara Rawlins kat sana kelak.

    ReplyDelete
  21. Wow murahnya. Emi tak pernah pergi kedai ni, jauh la haha. Kualiti baju2 yg akak beli kat situ okay tak?

    ReplyDelete
  22. Adoi napelah kat penang takde jalan jalan Japan .Nak juga shopping baju murah. Geram je dengar 3 plastik rm10 je .Memang berbaloi.

    ReplyDelete
  23. Ni mmg untung kalau pandai nak lipat baju bg kemas masuk dlm plastik. Haha. Lagi2 baju bdk2 mg banyak la leh dapat. Mak nye baju besar sikit kan.

    ReplyDelete
  24. wahh..macam tak percaya pulak 26baju RM10..kalau akak pi kena bawa lori kot..ahahaha. Walaupon murah tapi cantik berbaloi penat memilih

    ReplyDelete
  25. Murah gila barangnya, borong banyak pula tu memang berbaloi

    ReplyDelete
  26. amboii syoknyaaa depa...kalo dekat, akak da ajak adik kat shah alam nuuu beli untuk anak dia...hihihihi

    ReplyDelete
  27. murah gila. mesti banyak borong barang kat sana. bukan senang nak beli barang rm10 dpat 3 sekarang ni kan?

    ReplyDelete
  28. pergh kalau semua baju tu just rm10, memang murah sangat..harapnya kualiti pun masih ok kan

    ReplyDelete
  29. Wahhh murahnya, baju pun elok dan cantik.

    ReplyDelete
  30. Murahnya! Biasa pi JJP ni tak pernah lagi beli baju. Tak tau pun ada tapau sab ni, rugi rugi. Kena ajak hubby pi laa nnt.

    ReplyDelete
  31. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2