hai assalammualaikum


Kenapa DuckScarves Digemari Walaupun Harganya Mahal?

Kenapa DuckScarves Digemari - Haritu nad dapat hadiah daripada kawan mr mafia, dia bagi nad tudung Duck. Nad post je dekat facebook, semua macam woww je..hahaha. Siapa yang taknak dengan DuckScarves ni kan. Semestinya nak, tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa la diaorang tengok je..Mana yang mampu beli, ya beli kan, ada je orang sanggup beli DuckScarves ni dengan harga RM800. Kalau orang bagi hadiah, macam nad ni, mestilah terima dengan hati terbuka..hahaa.


Harganya tu boleh beli berpuluh helai tudung atau shawl dengan harga murah tau..hahaa. Kalau beli ikan, barang dapur cukupla untuk beberapa bulan.

DuckScarves keluaran Fashionvalet, pengasasnya ialah Vivy Yusof, seorang yang cantik dan berjaya. Nad tengok Vivy ni dalam tv memang bgus dalam kerjanya. Team yang bekerjasama dan selalu buat aktiviti untuk team dia. Tak heran kalau tudung dia mampu terjual walaupun harga yang mahal.


Ok, nad pun dah cuba pakai Tudung Duck ni, memang best sangat. Tak lembut, mudah dibentuk dan terletak elok je dekat kepala. Corak pun cantik je. Tapi tu la jarang..hehee.

Cara pembungkusan dia pun menarik dengan kotak berwarna ungu. Kemas elok je kan. Siapa yang tak tertarik.

Tetiba usha instagram Duckscarves..hahaha..mampu tengok je la..Terima kasih kepada yang memberi.




SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Cantikkk sangat.. Sesuai untuk wanita bekerjaya profesional ni.. 😍

    ReplyDelete
  2. memang cantik tudung ni..orang pakai tambah-tambah cantik,,,,bertuah dapat hadiah nii..

    ReplyDelete
  3. Sy ni jns xreti nk lilit2 tudung shawl jns kain mcm tuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  4. ngintai2 tudung itik cuci mataa je =D

    ReplyDelete
  5. ramai yang suka tudung duck ni tapi saya tak berapa gemar. hihi.. maybe sebab tak mampu beli kot. hihi. saya lebih suka Ariani atau Bokiita

    ReplyDelete
  6. Tudung duck memang berkualiti dan cantik cantik kan .Walauoun harga mahal tapi ramai yang nakndapatkan duckscarves ni kan

    ReplyDelete
  7. Emi tak minat sangat material duck scarve ni. Rasa macam susah nak bentuk, sebab emi dah terbiasa pakai shawl material lain kot.

    ReplyDelete
  8. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2