hai assalammualaikum


Masa Mandi Lebih Menyoronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar : Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi

Sabun Mandi terbaru Carrie Junior Bubbly Bar - Memang budak-budak, kalau nampak sabun mandi Carrie Junior, laju je nak mandi. Yela, sabun dia dengan packaging yang comel, dan berwarna tu memang menarik anak-anak nak mandi. Carrie Junior ada keluarkan produk sabun mandian terbaru, jenis sabun buku. Hah, kalau sebelum ni jenis dalam botol kan, kali ni jenis bubbly bar. Carrie Junior mengeluarkan sabun mandi terbaru iaitu Carrie Junior Bubble Bar.


Kalau dekat botol ada mainan di bahagian belakang, dekat bubble bar ni pun ada mainan yang akan korang dapat. Fariza dapat puzzle tu.

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar bagi memberi keseronokan lagi mandian anak-anak. Sabun ni buakn biasa-baisa sahaja tau, tapi sabun ni ada lukisan Gajah..hehee. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun, anak tengok pun seronok. dapat pegang gambar gajah tu. Bau dahla wangi.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Sebagai ibu bapa, mestilah sentiasa memastikan kulit anak terhidrasi dan dapat melembapkan kulit anak sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.





CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan dengan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.



Bila ada sabun buku Bubbly Bar ni, anak-anak mesti lebih seronok di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. dapat kat anak akak ni, confirm terlebih rajin dia bersabun...haha

    ReplyDelete
  2. ada mainan rahsia pulak..lagi lah excited nak bagi anak-anak!

    ReplyDelete
  3. teringat zaman kecik2 dulu..family kita tak pakai sabun carrie junior ni, tapi kalau jumpa kat rumah sedara mara, kemain gembira mandi sebab bau wangi sangat...sekarang dah bentuk sabun buku pulak ye..

    ReplyDelete
  4. Bdk2 ni pn sakan mandi dgn carrie jr. Mummy pn suka sebb wangi

    ReplyDelete
  5. Comelnya model sambil kenyit mata! Suka Carrie Junior, wangi!

    ReplyDelete
  6. kemain comelnyaa. tapi Carrie Junior ni dewasa pun suka =)

    ReplyDelete
  7. halah halah...kenapa syomel sangat model cilik carrie junior ni

    ReplyDelete
  8. Wahhh carrie jr dh ada soap eh..nti nk beli sbb ank2 mmg suka carrie jr ni

    ReplyDelete
  9. We use Carrie junior too. But the head and body shampoo. Haven't seen the soap bar yet

    ReplyDelete
  10. Tak suka la guna siap bar walaupun yg ni comel je nampak.. Haha

    ReplyDelete
  11. budak budak dapat carrie junior ni memang suka lah mandi dan main main dalam bilik air..seronok banyak buih dan bau wangi

    ReplyDelete
  12. Budak2 mmg suka carrie junior ni kan.. Zaza pun minat sebab bau dia bbeza dgn lain..

    ReplyDelete
  13. Siap dapat bag pink eh..
    Comelnya la hai..
    Bau sabun tu sama macam mandian yang jenis cecair tu ke nad?

    ReplyDelete