hai assalammualaikum

Sayur Campur Masa Sos Tiram - Siapa tak suka makan sayur, mestilah adakan. dalam keluarga nad yang kurang makan sayur, en suami..hahaa. DIa makan, tapi ada sayur tertentu je. Jenis memilih sikit dia tu. Tapi nad dengan anak-anak, kitaornag jenis tak kisah makan apa. Mudah nad masak bila anak-anak ikut jejak mak ni..hahaa..Nad memang suka kalau masak sayur campur ni, sebab ada pelbagai jenis sayur ada. Sayur campur nad suka macam sayur kobis bunga, lobak, jagung kecik dicampur denagn sayur kacang buncis. Sayur macam ni memnag ngam dicampur.


Harini nad masak sayur campur sos tiram Bagi rasa lain sikit, kalau tumis sahaja pun boring juga kan. Ala buatnay senang je. Potong kesemua sayur kecik-kecik. Lepas tu basuh bagi bersih. Potong bawang merah dan bawang putih. Kalau nak letak cili, potongla cili. Tapi nad tak letak cili pun.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau semerbak. Masukkan sekali sayur lobak dahulu, sebab nak bagi dia masak. Lobak kan keras. Nak bagi dia lembut..kemudian masukkan sayur lain, kubis bunga, jagung dan kacang buncis. Gaul sama rata.

Kemudian, masukkan sos tiram, garam. sedikit air..Gaul dan biarkan amsak seketika..Lepas tu siap, dah boleh hidang dan makan.



Fariza ni masa mula-mula suka makan lobak je, pastu nad ajar makan jagung , dengan kubis bunga ni, lama-lama dia pun suka. Makan sayur kan bagus. Kalau dia nampak lobak, terus suruh masak lobak. Kadang rebus je lobak tu, letak garam sikit, bagi dia makan gitu je dia makan..hahaha..

Okla kan anak suka makan sayur..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Bagus nya Fariza..nak makakn sayur..

    Anak-anak akak dua2 nya makan sayur dan buah masa diaorang kecik2.. Bila dah besar memilih itu tak nak ni tak nak..lama2 semua tak nak..Makan nasi pun tak nak..

    ReplyDelete
  2. waa..anak suka makan sayur yea..anak saya liat betul nak makan sayur

    ReplyDelete
  3. suami kita pun macam mr mafia nad...tak berapa suka makan sayur, sayur tertentu aje dia nak makan

    ReplyDelete