hai assalammualaikum

Teh Madu Di Kedai Kopi Hj Zul Taman Melawati - Haritu mr mafia nak jumpa kawan dia, sekali dia ajak nad suruh ikut sekali. Nad ni memang on je kalau dia dah ajak, yela spesis duduk rumah je, bila keluar tu satu kelegaan tau tak..hahahhaa. Dia cakap nak bawak nad rasa air Teh Madu dekat satu tempat ni. Nad pun ikut jela, sejenis nak merasa juga, sedap ke? Walaupun dah biasa minum teh ais ni, tapi ni campur dengan madu.


Kedai yang dituju Kedai Kopi Hj Zul Taman Melawati. Ia berada di belakang Melawati Mall. Sampai je kedai, terus mr mafia order Teh Madu dengan Nasi kukus untuk nad sementara dia berborak dengan kawan dia dekat meja lain.


Ni la rupa Teh Madu tu. Macam teh leleh je..hehee. Tapi sebenarnya yang leleh tu madu dia. Macam mana dia jadikan madu tu berbuih tak tau la. Jadi kalau nak minum, sila makan buih tu sekali..hehee..Manis memang takyah cakapla, memang manis. Dapat merasa okla, jangan minum setiap hari..hehee. Rasanya memang sedap. Rasa tak cukup je segelas..hahahaa.



Yang ni pulak nasi kukus. Nad suka dengan sambal dia,pedas dan sedap..Yang besar tu ayam, ku fikir burung puyuh..heheehe..

Not bad juga la rasa dia. Sedap juga. Mana yang berdekatan bolehlah rasa teh madu ni. Harga boleh tahan juga la RM5..hehee..Tapi sekali sekala takde hal la kan.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

26 comments so far,Add yours

  1. Peh!teh madu diaaa...meleleh...

    ReplyDelete
  2. terliur tgk teh tarik tu. kalau dpt ni, gastric semua tolak tepi. hehe

    ReplyDelete
  3. dasyat teh tu bebuih meleleh. hihi

    ReplyDelete
  4. meleleh sekali ailio kita menengok bebuih ituuuu

    ReplyDelete
  5. kenapa rasa terliur betul tengok teh madu tuuu

    ReplyDelete
  6. meleleh2 buih teh nya alahaii. sedap ni

    ReplyDelete
  7. meleleh tgk.. sedapppp tuuuu....... aduh!

    ReplyDelete
  8. Uish! Sedapnya! Air teh madu dia tu nampak kaw sangat. Teringat pulak minum teh madu kat kelantan dengan classmate dulu. Dekat KL pun dah boleh dapat dah teh madu macam ni.

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya nampak! tapi awat jauh sangat cheq oi! hahahaha kalau dekat shah alam boleh pi terjah

    ReplyDelete
  10. Allahu tergoda nad oiiii tengoh Teh Madu dia. Mengidam nad oiii,huhu... Satu kepuasan kan kalau dapat minum teh madu ais gini :D

    ReplyDelete
  11. i wanna go for a cuppa.. looks nice.. hahah great kedai kopi.. yummy! and nice..

    ReplyDelete
  12. Bestnya nad! Bab yg duduk rumah je tu setuju bila suami ajak keluar . Waima pergi pasar ikan pon dah rasa seronokkan? Apatah lagi pergi minum makan. Hehe menarik betul teh madu dia. Kalau manis² nau, boleh potong kaki. Hik³. Nasi kukus ayam berempah tu is my favorite! Sukanya!

    ReplyDelete
  13. Fuyoooo meleleh buih dia..memang nampak terus teringin jadinya. Tak pernah tau ada restoran ni..kalau ke Mela2ati bolehlah sis singgah

    ReplyDelete
  14. Perghhhhh meleleh buih air teh madu tuh. Manis tak ?Sebab kalau yang banyak buih ni manis srbab guns susu banyak sikit lah. Tapi tengok teh tuh memang padu dan kaw

    ReplyDelete
  15. Eh, kira ok la harga secawan tu RM5. pernah try minum kat tempat lain, harga sama tapi kurang manis la. macam ceroi-ceroi gitu. memang tak puas hati la.

    ReplyDelete
  16. Teh madu sampai meleleh ni... sedapnya!

    ReplyDelete
  17. sedapnya teh madu tu..kemain buih sampai meleleh keluar. makan pulak dengan nasi kukus memang ngam betul. manis tak teh tu?

    ReplyDelete
  18. Hari tu we all gi minum teh madu yg ori kat kelate..nampak sama sedap dgn yg kat sini ye..terbaik la

    ReplyDelete
  19. Emi pernah minum teh madu yg meleleh macam ni sekitar bulan lepas. Tp bukan kat kedai ni la. Emi minum kat kg baru

    ReplyDelete
  20. Eh. RM5 ok la harga dia. Rawlins pula sejenis mudah leka bila melihat lelehan buih dia nan gebu dan lazat tu. Tapi manis la kan. Bak kat nad, merasa boleh la, jangan la buat minuman harian ye tak.

    ReplyDelete
  21. saya memang tea lover tapi, kalau teh yang dibancuh macam tu sampai meleleh~leleh, I selalu ada imaginasi lain tau...'seperti minuman tu tak selamat diminum' hahaha...

    ReplyDelete
  22. Allahu nasi kukus tu. Kita ni dah la penggemar nasi kukus. Tak kuat iman macam ni. Sedapnya

    ReplyDelete
  23. Uish gila lah...dari skrin pun dah boleh rasa tahap manis ni. But that nasi kukus looks equally yummy though.

    ReplyDelete
  24. Kat sblh mana ni Nad? deret depan pintu masuk Melawati Mall ke belah belakang tu?

    ReplyDelete
  25. Allahu sis. Sampai hati tau buat kita terliur. Pernah minum sekali je kat Klate. Memang sedap teh madu gini. Makan pula Nasi kukus, fuh padu. Nak gi try la nanti

    ReplyDelete
  26. Berapa harga tuuuuuuuu. Dekat juga ngan rumah akak. Bleh cuba nanti. Nak mai masa lunch. Hehe

    ReplyDelete