hai assalammualaikum..

Nasi Goreng Berlada Kunyit Ciptaan Mr Mafia - Malam semalam, mood malas memasak. Dah penat nak fikir menu apa nak masak. Bagitau mr mafia,  " abang tolong masak boleh. ."..hahaha. .Lepastu dia turun dari bilik dia, cakap,  " sayang masak nasi,  abang buat nasi goreng"..dalam hati " horeyyy"..Memang teramatla suka.. Hahahha..

Memang susah ya nak suruh laki kita masak.  Orang laki ni pandai masak,  tapi kadang sifat malas diaorang tu ye. Selalunya kalau nad cakap mals masak,  mr mafia beli je. Boleh dikira,  dia masak berapa kali je....mungkin malam ni dia malas nak keluar.. Jadi nak taknak,  masak jela. Masak simple pun ok,  isteri dia tak memilih pun. .Kihkihkih..

Dia masuk dapur,  takda pulak bunyi pung pang pung pang. .Nad dekat bilik atas,  tengah mengemas. Tengok-tengok dia panggil cakap " sayang jom makan sekarang"..kita pun turunla makan. .

Nasi goreng berlada kunyit

Tengok nasi gorengnya merah. Tanyala dia,  nasi goreng apa ni.  Dia cakap " nasi goreng berlada kunyit "..terus kita buat muka berkerut. .Hahaaha.. Pelik,  nasi goreng letak kunyit. Rasa dia bolehla. .

Kita ingat warna merah dia blend cili besar, rupanya dia pakai cili giling. Tanyala lagi macam mana buat? Apa bahan dia? Ni nak bagitau ni.

Bahan-bahannya
- Bawang besar
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Cili giling
- Nasi
- Kunyit
- Garam
- Cili besar

Cara membuatnya
- Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis bersama dengan ikan bilis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili giling, masak sehingga sekata.
- Dah agak kering sikit,  masukkan nasi dan gaul sama rata.
- Bubuh garam sedikit.
- Masukkan cili besar merah.
- Last sekali masukkan kunyit sedikit. Gaul nasi dengan rata.

Nasi goreng ni memang simple,  nak lagi sedap letak sayur, bebsbol ke, apa-apa la. Laki kita tak letak sebab dia cakap cari sayur tak jumpa. Kita pun cakapla,  kenapa tak panggil, cakap bagitau. Dia kata sayang kat atas,  malas nak panggil. .Lol!!! !

yang ni makan nasi goreng dengan sayur..hehee

Asyik mintak je, peluh kat dahi tu..hahahaa

Malam tu, anak-anak berselera makan. Menambah makan. Lagi si kecik,  nak, nak je.. Nak kata ledas,  pedas sikit je,  tapi bolehla rasa pedas dia. Sampai berpeluh. .Hehehe. .Sebb kipas tak sampai ke tempat meja. Sedap sangat la tu daddy masak. .

Lepas ni entah bila dapat merasa masakan daddy lagi ye. .Ahhahha. .
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Akak yang baca entry ni tetiba berkeriuk lapar tgk nasi goreng korang makan ni...best kan bila orang lelaki masak...diorang kalau masuk dapur masak telur goreng pun sedap dah haha

    ReplyDelete
  2. Wahh..terbaik tuh Nad! resepi rare. Kreatif husband Nad.

    ReplyDelete
  3. tu dia..berpeluh2 makan..:)

    ReplyDelete
  4. Pandainya anak anak makan cili. Anak I Lada hitam pun Tak boleh

    ReplyDelete
  5. Haha.. Kalau letak sayur mmg lagi umpp kan nad.. Biasa nasi goreng mkn dgn keropok

    ReplyDelete
  6. hahahaha sampai berpeluh2 makan tu..wpun pedas sedap sgtlah tu..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi goreng ni Nad Nak try jugaklah. Nampak sedap. Thanks share resipi

    ReplyDelete
  8. rajinnye en suami masuk dapur.. untung la pandai masak.. kite en suami x pandai masak.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Pehh rajin suami masuk dapur.. Hehehe..nasi goreng cili kering ni sdp gk kan

    ReplyDelete
  10. wah.. bila mr mafia turun ke dapur yea.. syok la mamanya gantung kuali today ye.. ada orang masakkan.. hehehe.. untung..

    ReplyDelete
  11. Haha dia main campak ikut suka hati je kot bahan apa dia nak letak. Itu sampai kunyit pun dia letak, hehe. Tapi rajin betul suami kak nad masuk dapur ye. Bagus, time wife tak sihat boleh la dia yg masak.

    ReplyDelete
  12. Air tgn org lelaki selalunya sedap walau hanya nasi goreng.

    ReplyDelete