hai assalammualaikum


Baju Kurta 5 Waktu Pilihan Baju Raya Tahun Ni Untuk Suami - Dah lama nad berkenan dengan Baju 5 waktu ni, lagi-lagi baju kurta dia, nak bagi suami pakai. Suka tengok rekaan dan cutting baju tu yang sesuai dengan lelaki. Bila tengok duta baju 5 waktu, Aeril Zafri pakai, bayangkan laki kita pakai, wah hensem bergaya kau..hahah..Suami kita pun badan bukan besar, badan jenis tuff juga macam Aeril..eh..kihkihkih. Jadi, raya kali ni, nad suruh suami pakai baju kurta 5 Waktu ni. Suami turutkan saja, janji bukan baju pelik-pelik..ye dakk...

Pembukaan Butik 5 Waktu Di Seri Bangi Seksyen 8

Disebabkan raya tahun ni, nak sangat suami pakai baju kurta 5 Waktu, nad ajak dia pergi ke Pembukaan Butik 5 Waktu di Seri Bangi pada Sabtu lepas. Katanya, sebelum ni, Butik 5 Waktu ni terletak di Bangi Sentral. Disebabkan di situ terlalu sesak, jadi mereka buka cawangan lain di Seri Bangi Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ni. Nad ni tak pakar sangat tempat di Bangi, bila nak pergi waze je..hahaa..Jarang shopping baju di Bangi. Haritu je, sebab nak dapatkan baju kurta untuk suami, nad gigih ke pembukaan butik 5 Waktu ni. Butik terbaru ni terletak bersebelahan dengan restoran RSMY, kedai best cheese nan meleleh. Lokasi terbaru ni, nad tengok takda banyak butik baju, jadi, takda la crowded sangat. Parking pun senang.


Sampai je ke lokasi, mak aihh,, tu dia..ramai yang dah beratur nak dapatkan baju 5 Waktu ni..Mereka datang lagi awal ye..hahaa..agak-agak pukul berapa agaknya?? Baju 5 Waktu memang dah terkenal, jadi tak hairanla kalau ramai yang datang nak dapatkan baju ni. Lagipun, pada hari tu, 100 pengunjung yang datang awal akan dapat sehelai baju percuma..Perghh..mau tak berpusu-pusu yang datang. Bagusnya, diaorang ni menunggu dengan penuh sabar ye, menunggu untuk masuk dapatkan baju 5 Waktu ni walaupun yang tak dapat menjadi 100 terawal tu, termasuk nad..hahaa..


Tengok dekat luar pun dah ramai orang, masuk dalam butik pun masih ramai orang..hahaha. Tapi keadaan masih lagi terkawal ya. Masing-masing datang nak dapatkan baju 5 waktu dengan harga yang istimewa sempena Pembukaan Butik 5 Waktu ni. Masing-masing pilih mana yang berkenan di hati termasuk nad sendiri...hahaa..




Baju 5 Waktu ni khas untuk orang lelaki, tapi nad yang sibuk ni mencari. Suami, apa yang isteri pilih, tu la yang dia akan pakai. Ni la pertama kali nad tengok koleksi baju 5 Waktu dengan lebih dekat. Serius, memang tertarik dengan rekaan dia. Setiap baju tak sama, ada yang jenis cutting ada yang tak. Tapi nad suka yang bercutting, jadi nampakla hensem, bergaya suami kita pakai. Kain dia memang berkualiti, tebal, tak panas dan nampak selesa bila dipakai. Baju pun kurang berkedut.

Hah, gigih nad pilih untuk suami. Memang paksa suami tukar baju ni, tukar baju tu..hahaha.



Tengokla ni, hensem kan bila dia pakai baju kurta ni..huhu..


Baju 5 Waktu ni bukan baju kurta sahaja, ada baju jubah juga. Saiz dari XS sampaila XXL..tengok baju juga..


Harga pulak takda mahal sangat, paling murah serendah RM59..

Siap pilih baju Kurta 5 waktu untuk suami. raya tahun ni berkurta la dia. Segak seperti duta 5 waktu..hahahaa



Haritu juga, duta Baju 5 Waku , Aeril Zafril dan Chazy datang merasmikan pembukaan Butik 5 Waktu ni. Pelanggan dapatla beramah mesra dengan diaorang, dapat bergambar. I sempat dengan Chazy je..hehee..


Meh layan video ni.

Haritu, pengunjung takda la rasa penat sangat, sebab disediakan makanan dan minuman di luar butik. Sambil menunggu, boleh makan dulu alas perut dahulu. Dah selesai membeli pun boleh jamah lagi makanan..hahaha..Mau taknya event sampai ke petang..Ada kambing golek semua..hah...

Hah, para lelaki, jejaka atau para isteri dan wanita di luar sana yang berkenan denagn baju 5 Waktu ni, korang boleh dapatkan di Butik 5 Waktu di Seri bangi Seksyen 8 ni. Terjah awal-awal, sebab macam ni, stok masih banyak. Kalau lambat, last minute takut baju yang dikehendaki takda pulak..hehee..


Nak tau lebih lanjut atau promosi Baju 5 Waktu ni, korang boleh ke
BUTIK 5 WAKTU
(Seri Bangi) G10, Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
0122828907
Facebookhttps://www.facebook.com/limawaktuofficial
Instagramhttps://www.instagram.com/limawaktuhq/




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. Ha senang sikit ada kedai fizikal macam ni kan. Kalau sebelum ni dieorang jual online je. Ada je lah yang tak sempat sampai sebelum raya. Sedih oh. NI kalau ada kedai macam ni, senang orang nak datang pastu terus beli je

    ReplyDelete
  2. Wahh nice jugak kurta2 dia tu. Beli mcm ni senang sbb baju melayu sat lgi pakai raya sekali pastu tak pakai-pakai dah. bazir je.

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak jubah lima waktu ni hehehehe memang best kalau dapat ni tapi tu lah sayang tak ada saiz kita hehehehee nak tengok yang sado-sado jer pakai wakakakakaa...

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhH! seronok la orang Bangi dapat shopping kurta 5 waktu. Dekat je kan dengan orang Bangi tu. Kain dia dengar kata best dan selesa. nanti nak g usha ah,hehe

    ReplyDelete
  5. yeayyy ! butik 5 waktu dah bertukar lokasi. lepasnie mudahlah si jejaka nak shopping kurta n baju melayu. xperlu bersesak-sesak ke bangi sentral yg majoritinya menjual pakaian dan aksesori wanita

    ReplyDelete
  6. Good to know that they now have a physical shop to cater to all the customers. Now everyone can get to feel the clothes before buying it. :)

    ReplyDelete
  7. meriahnya grand opening butik 5waktu ni. tahun ni beraya pakai kurta lagi ke.. rasanya mungkin beli sehelai dua untuk pakai pergi open house nanti. aduh belum puasa dah pikir pasal open house raya hehe

    ReplyDelete
  8. Cantiklah kurta 5 waktu nih, ohh model dia Aeril Zafril yea, menarik sekali...nak ajak suami pergi tengoklah nanti bolehlah shopping sekali tuk raya

    ReplyDelete
  9. Butik 5 waktu memang koleksi baju untuk lelaki sahaja ke? Sebab nice sangat baju lelaki ni. Design n warna pun.

    ReplyDelete
  10. Kalau kat Bangi dekat je lah nak datang. Kurta nampak cantik dan smart .Bolehlah beli untuk suami nanti. Sebab dia selesa pakai kurta je.

    ReplyDelete
  11. Wah. . . Meriah havoc grand opening 5 waktu! Dah tukar tempat ni lagi memudahkan pembeli. Suka design material 5 waktu ni, nak ajak geng pi usha laaaa

    ReplyDelete
  12. baju diorg slim fit ke nad..kalau beli kat tok laki mmg tak muat kut..kalau ada size besar bolehlah..harga pun boleh tahan murah juga..hari tu beli kat kedai arab tya kurta tu dia RM100 kut huhu

    ReplyDelete
  13. Cantikla kurta 5 waktu ni. Warna dia pun menarik. Nak ajak suami la nanti beli baju raya dia kat sini. Mana tahu dia suka dengan design ni.

    ReplyDelete
  14. cantik cantik baju dari koleksi 5 waktu ni. kita pernah ada sehelai koleksi dia. memang cantik, kain dia pun selesa dan nampak mahal.

    ReplyDelete
  15. Best le dah ada kedai..dulu online je. Boleh le pilih2 n cuba terus kat sana. Tapi tu lah..jauh sgt dr tempat sis nak suh anak bujang ke sana

    ReplyDelete
  16. Baju apa? 5 waktu! Lima lima waktu, lima lima waktu..terngiang lagu jofliam :))

    ReplyDelete