hai assalammualaikum

Buka Puasa Bersama Kawan UNI Di Lazeez Hadhramout Danau Kota - Bertahun juga tak jumpa kawan-.kawan kolej belajar sama di UUM. Selalu berhubung dalam whatsup je. Jadi haritu, kitaorang plan nak buka puasa sama. Mulanya tak tau nak berbuka dekat mana, lepas tu ada kawan seorang ni tag satu tempat dekat facebook. Tempat tu nad baca viral dekat twitter. Nasi arab Lazeez Hadramout Danau Kota. Kitaorang pun pilih tempat tu untuk berbuka.


Ok, nad memang rindu gila dengan kawan-kawan UUM ni..sebab dulu dengan diaorang menggila masa zaman belajar. Bila dah habis belajar, masing-masing dengan hal masing-masing. Masa ni la berborak sakan, nak tau perkembangan masing-masing. Sampai tak sedar dah nak waktu berbuka.




Tempat kitaorang makan ni, nasi arab yang disediakan secara buffet. Jadi, makanan disediakan di luar, kena la ambil sendiri. Kedai restoran kecik macam tu, pulak tu ramai orang, kenalah beratur masa nak ambil makanan. Boleh dikatakan murah la buffet nasi arab dekat sini. Harga dewasa RM25, kanak-kanak RM15. Makanlah sampai puas.

Dekat sini ada Nasi Arab ,mandy , kabsa & maqlubah, Lamb, chicken mandy, manisan & buah buahan. air pun disediakan. Diaorang akan refil bila dah habis.

Memang kena bersabarla ye, masa nak ambil makanan..hehee..



Masing-masing penuh meja..

Habis je makan, solat, sambung borak lagi. Tapi tu pun macam tak lama..Biasalah, macam ni la bila jarang jumpa, kalau boleh nak borak tu bior lama, tapi tak dapat. Masing-masing esoknya kerja. Masing-masing kawan nad ni lain-lain tempat, macam nad dari Pandan Jaya, ada yang dari Rawang, Saujana Utama, Putrajaya, ada pulak tu dari Pahang..hah sanggup dia turun nak buka dekat sini nak jumpa kawan-kawan tau..hehee..Tapi dia turun KL pun pergi rumah abang dia dulu..



Nanti kawan kitaorang seorang ni yang tak dapat ikut berbuka ni ada yang nak kawin. Jadi waktu tu la boleh reunion lagi. Macam tu la bila kitaorang nak jumpa. Ada tu diaorang pergi bercuti. Macam nad, sebelum ni tak dapat pergi bercuti sebab ada si kecik tu. Lepas ni bolehla kot..hahaa..Dalam semua ni, nad jela seroang yang dah kawin..lain masih single..hehee..semoga mereka dipertemukan jodoh..amin..


Oh korang kalau nak cuba nasi Arab ni, korang boleh je Waze : Lazeez Hadhramaout Restaurant ( berhampiran Hospital Colombia Setapak depan PV15 kondominium )
For reservation can call : 018 6691323

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟
    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete