Articles by "UUM"
Showing posts with label UUM. Show all posts
hai assalammualaikum

Meriah Sungguh Suasana Perkahwinan Kawan Nad Ni - Bulan lepas, 13/10, kawan satu Universiti telah menamatkan zaman bujang dia. Tahniah kepada Sanawiyah. dia ni kawan seuniversiti, UUM. Walaupun dia duduk area Gombak, nad duduk Pandan Jaya, tapi jarang sangat berjumpa sebab komitmen masing-masing. Macam biasa, bila rakan nak kawin la baru dapat berjumpa. Bestnya, dapat berkumpul dengan kawan seuniversiti yang lain, yang datang dari jauh macam Pahang, Kedah, Seremban, Perak, Kelantan...hah mana yang boleh turun memang dapat turunla..Ya semua kawan jauh-jauh, tapi ada yang bekerja di KL.

Bila Sanawiyah ni nak kawin, kami dalam group dah decide, baju macam mana, stay dekat mana. Perancangan kena awal, supaya tak kelam kabut. Jadi, masa dia kawin, kami decide, kain batik baju bebas. Sorang kawan, ain namanya dah dapat homestay yang dekat dengan rumah Sanawiyah untuk diaorang duduk. Masa tu, nad pun nak menyibuk duduk homesaty sekali..hahaa..Yela, bila lagi dapat berkumpul dan berborak kan.

Kawan nad ni, sebenarnya orang Indon dari masyarakat Bawean. Orang panggil Boyan. Jadi ada keunikan sikit perkahwinan dia ni.

Sabtu malam tu, terus pergi homestay dulu, letak barang, kemudian terus ke rumah Sanawiyah. Macam nad dulu kawin, sabtu malam ada, ahad siang pun ada. Ana pun buat macam tu. Malam sabtu pakai baju biasa jela, tshirt dan seluar..hahaa..Orang cakap datang selamba je..hehe..


Homestay ke rumah Ana, 5 minit je. Meriah juga kenduri kawin dia waktu Sabtu malam tu. Kami sampai, Ana dekat pelamin. Masa tu pulak ada ceramah dekat kenduri dia..hehee..Terkjut juga..lain sikit ye siap ada kenduri..Mak dan kakak Sanawiyah memang dah kenal kami, sebab sebelum ni, kami pernah datang rumah dia. Kakak dia cakap, sebenarnya nak panggil orang kompang, tapi kenapa ntah, tu yang panggil orang ceramah. Tapi bagus juga dipanggil orang ceramah ni, banyak ingatkan kita tentang alam perkahwinan ni..ehhee..Dengarla sampai habis..hehee..Pengantinla kena dengar..kami pergi makan dulu..hehe

Makanan diaornag buat bukan biasa-biasa..hahaa..Selalu kenduri kawin makanan, ayam, sayur, yang baisa-biasa tu. Tapi dekat sini, makanan, ayam, udang, ikan keli, ulaman, sayur dan macam lagi..hahaha..Siap ikan keli dan udang kau..pergh!!..



Apa lagi, ambil semua je..hehee..dah macam food review..

Masa ni tak sempat nak ambil gambar, sebab nad bawa dua orang anak sekaligus. Nak layan diaorang, sush nak ambil gambar semua.

Selesai makan, selesai ceramah habis, terus kitaorang masuk dalam rumah Sanawiyah.

Lainnya lagi bila ada orang kawin dekat kampung diaorang ni, semua jiran pakat bagi hadiah. Hadiah berasla, hamper la..pergh penuh rumah. Kalau kita kawan je yang bagi..kalau ada saudara nak bagi tu mana yang nak bagi jela. Tapi, kampung dia, semua jiran bagi..meriah gila..hahaa..


Hah yang ni, kitaorang sempat ambil gambar dalam rumah..hahaa. Masa ni Sanawiyah tukar baju. Biasalh, kadang ada tukar-tukar baju tu kan..hah macm tu.

Lepas tu kitaorang balik homestay. Lepak duduk sama-sama. Membawang tu biasala..hahaha..Lam a tak jumpa uii..




Esoknya Ahad, kitaorang pakai yang dijanjikan. Pagi-pagi siap sarapan semua. Lepas tu tak lupa bergambar dekat homestay dulu. Masa ni dah keluar terus dari homestay.


Hah beg pink tu la hadiah untuk Sanawiyah..dia memang suka pink..hahaa..Ni kawan-kawan yang pilih, diaorang pergi ke Melawati Mall. Masa tu nad tak dapat pergi sana. Jadi kongsi hadiah jela. Siap ada banyak barg lain lagi dalam beg tu..


Sampai rumah Sanawiyah, meriah habis. Makanan sama macam malam tu. Kami sampai Sanawiyah belum berarak lagi. Sempat la ambil gambar. Lepas tu, baru dipanggil untuk berarak sebab pihak lelaki dah sampai.




Suami Ana ni satu kampung juga dengan dia. Jadi senang la rumah dekat-dekat..hehee..

Bila tengok yang membawa dulang bukan 10, tapi macam lebih 10..hahaha..siap hamper berapa belas dah..kihkih..dekat kampung diaorang dah biasa buat macam tu. Kena sediakan hamper untuk diberi kepada pihak perempaun dan lelaki..Jiran pun akan bagi..Siap beras, dan minyak masak kau..hahaa..

Bagi duit tu biasa juga la..

Kalau macam kita, ada jugala hantaran manisan, coklat , tapi tak banyak kan..ehhee..diaorang lain sikit,.

Tapi kata Ana, hanya dekat kawasan kampung dia sahaja, kalau kawin dengan orang lain, pihak laki takda buat macam ni. Hantaran macam biasa jela..ehhee..

Suami nad, datang pun dia cakap " kawan sayang orang apa?" nad cakap la " Kenapa? "..Sebab dia nampak tetamu yang datang tu pakai kot hensem-hensem..Jadi dia fikir mesti bukan masayrakat Melayu ni..hahaa.. Nad cakapla dia orang Indon.

Masa kitaornag selesai makan, pengantin tengah atas pelamin. Kitaorang pun macam biasa duduk dalam rumah nak tunggu Sanawiyah. Sekali dengar Sanawiyah pengsan, muntah..Kata kakaknya dia tak makan pagi..alahai Sanawiyah..dia ingat boleh tahan sampai makan tengahari. Ana ni ada penyakit gastrik, kalau datang sakit hah macam ni la..Kesian dia..


Ni hadiah yang dia dapat..




Jadi, dah tengok keadaan dia macam tu, kitaorang cadang balik je. Ambil jela gambar dekat pelamin tanpa pengantin lelaki dan perempuan..hahaha..Nasib dah ambil awal-awal dengan pegantin perempuan.



Balik tu, kakak dia sediakan kitaorang macam-macam jenis makanan, jajan, siap bagi satu hamper..hahaa..ni Sanawiyah suruh bagi la ni..hahaa..memnag penuh la balik tu..Terima kasih Sanawiyah..

Dalam group, Sanawiyah cakap sedih tak dapat potong kek, tukar baju, ambil gambar outdorr. Kitaornag cakap, takpe, boleh ambil lain..hehee..kesian dia..yang penting selamat dah semuanya..

Kitaorang ada plan pergi bercuti ke tempat lain lepas ni..So nantikan tahun depan..hahaha...
hai assalammualaikum

Buka Puasa Bersama Kawan UNI Di Lazeez Hadhramout Danau Kota - Bertahun juga tak jumpa kawan-.kawan kolej belajar sama di UUM. Selalu berhubung dalam whatsup je. Jadi haritu, kitaorang plan nak buka puasa sama. Mulanya tak tau nak berbuka dekat mana, lepas tu ada kawan seorang ni tag satu tempat dekat facebook. Tempat tu nad baca viral dekat twitter. Nasi arab Lazeez Hadramout Danau Kota. Kitaorang pun pilih tempat tu untuk berbuka.


Ok, nad memang rindu gila dengan kawan-kawan UUM ni..sebab dulu dengan diaorang menggila masa zaman belajar. Bila dah habis belajar, masing-masing dengan hal masing-masing. Masa ni la berborak sakan, nak tau perkembangan masing-masing. Sampai tak sedar dah nak waktu berbuka.




Tempat kitaorang makan ni, nasi arab yang disediakan secara buffet. Jadi, makanan disediakan di luar, kena la ambil sendiri. Kedai restoran kecik macam tu, pulak tu ramai orang, kenalah beratur masa nak ambil makanan. Boleh dikatakan murah la buffet nasi arab dekat sini. Harga dewasa RM25, kanak-kanak RM15. Makanlah sampai puas.

Dekat sini ada Nasi Arab ,mandy , kabsa & maqlubah, Lamb, chicken mandy, manisan & buah buahan. air pun disediakan. Diaorang akan refil bila dah habis.

Memang kena bersabarla ye, masa nak ambil makanan..hehee..



Masing-masing penuh meja..

Habis je makan, solat, sambung borak lagi. Tapi tu pun macam tak lama..Biasalah, macam ni la bila jarang jumpa, kalau boleh nak borak tu bior lama, tapi tak dapat. Masing-masing esoknya kerja. Masing-masing kawan nad ni lain-lain tempat, macam nad dari Pandan Jaya, ada yang dari Rawang, Saujana Utama, Putrajaya, ada pulak tu dari Pahang..hah sanggup dia turun nak buka dekat sini nak jumpa kawan-kawan tau..hehee..Tapi dia turun KL pun pergi rumah abang dia dulu..



Nanti kawan kitaorang seorang ni yang tak dapat ikut berbuka ni ada yang nak kawin. Jadi waktu tu la boleh reunion lagi. Macam tu la bila kitaorang nak jumpa. Ada tu diaorang pergi bercuti. Macam nad, sebelum ni tak dapat pergi bercuti sebab ada si kecik tu. Lepas ni bolehla kot..hahaa..Dalam semua ni, nad jela seroang yang dah kawin..lain masih single..hehee..semoga mereka dipertemukan jodoh..amin..


Oh korang kalau nak cuba nasi Arab ni, korang boleh je Waze : Lazeez Hadhramaout Restaurant ( berhampiran Hospital Colombia Setapak depan PV15 kondominium )
For reservation can call : 018 6691323

hai assalammualaikum


Jumpa Kawan UUM, Makan di Seoul Garden Melawati Mall - Dah lama juga tak jumpa dengan kawan-kawan study UUM ni. Selalu borak dekat group whatsup je. ada juga rancang nak jumpa, tapi waktu tak sesuai. Mana yang boleh jumpa, diaornang jumpa la, kadang ada yang bercuti bersama. Ada je kawan UUm yang tinggal dekat KL sama dengan nad, tapi disebabkan komitmen masing-masing, dengan kerja, dengan keluarga, jadi susah juga nak jumpa. Tapi haritu disebabkan ada seorang kawan Sue, dari Johor nak turun KL, jadinya kitaorang rancang nak jumpa. Cuma tiga orang termasuk nad, 4 ornag je boleh jumpa. Tu pun dah kira ok. Kitaornag rancang jumpa dekat Melawati Mall.

Masing-masing ada naik grab, ada orang hantarkan. Nad naik grab jela, mr mafia ada keje, tapi dia jaga Fariza..hehee. Nad keluar berdua dengan adik sahaja. Macam biasa, adik memang baik je..hehee..Senang nak bawa keluar. Kitaorang jumpa dekat depan pintu masuk Melawati Mall, dekat San Fransisco Coffee. Bila dah semua sampai, apa lagi cari tempat makan, sebab masing-masing dah lapar. Kitaorang memang dah rancang, nak makan dekat Seoul Garden. Nad pun tak pernah makan lagi..Jadi nad on je.


Seoul Garden steamboat, katanya tempat ni lebih kepada korea..Memang luas tempatnya. Okla takdela sesak sangat. Makanan dekat sini macam baisa, ada makanan bergoreng, sayuran, seafood, salad, air batu campur, aiskrim, air dan sos yang pelbagai. Tapi tak banyak pilihan. Harga untuk seorang paling rendah RM38, tapi kitaornag ada cas apa ntah, tambah RM10 seorang. Jadi seorang RM48. Takpela, kita cuba makan dekat sini ya.


Sambil makan, sambil berborak dan bergosip..hehee..Tukang masak baju purple tu..kihkih..Dia memang reti masak, dia ada jual sos perap daging, tapi tak beli-beli lagi..hahaha. Lagipun dia tengah diet, hah makan jela yang digrill dan sayur..hahaa..Kitaorang yang lain semestinya makan semua apa yang ada dekat situ..hehehe..

Mula la berborak macam-macam. yela, lama tak jumpa. Jumpa dulu pun masa Fariza setahun, lepas tu belum jumpa. Ni kali kedua jumpa lepas adik fariza keluar..hahaa..Punya la lama kan.


Lepas makan tu, kitaorang pergila ke tempat dekorasi-dekorasi ni, mana lagi aklau bukan Kaison, Mr Diy dengan SSF. Nad survey dulu, sebab pertama kali masuk dekat Melawati Mall ni. Sue la membeli, bukan setakat pandai masak, rumah pun pandai dekorasi..hah gitu. Memang tempat ajib pergi ni tau..hehee..



Salah seorang akan tamatkan hari bujang dia..heehe. Mula lasakat dia..ehhee.. Sebab dia jenis gabra, macam kelam kabut gitu..ehehe. Sampai dia terfikir, macam mana la dia nanti, dahla tak reti masak, jaga anak macam mana la pulak..ehehe.. Kelakar dia tu. Kitaorang sebagai kawan harap urusan dia dipermudahkan nanti. Bagi nasihat bila dah jadi isteri kena macam ni, macam tu..hhaa..ada anak macam ni..hahaa..

Nanti dapatla reunion masa dia kawin..hahaha..Macam tu la kitaorang..bila ada kawan kawin baru dapat jumpa semua..tak sabarrrr..


hai assalammualaikum

Selalunya kitaorang berhubung dekat whatsup je. Nasib ada whatsup bolehla berborak, berhubung lagi kan. Takdela terputus selepas habis belajar. Masa nad kawin diaorang datang. Selepas kawin, pun ada jumpa juga, tapi selepas masing-masing dah semakin sibuk, nad pulak dah ada anak, sibuk juga, susah nak keluar, memang tak dapat jumpa diaorang ni la.

Bila nak jumpa tu kena betul-betul tarikh yang sesuai. Tapi bila tarikh dah sesuai, ada juga yang tak boleh nak jumpa. Sudahnya jumpa yang siapa boleh je la. Okla tu, dari tak jumpa, rindu dengan diaorang ni. Terkenang zaman belajar dulu, walaupun nad stay bilik blok lain. Tapi disebabkan sama kos, kitaorang rapat sampai sekarang.

Kami sebahagian Geng UUM Di Pesta Buku

Haritu, ada pulak pesta buku dekat PWTC. Adala beberapa kawan nad ni memang ulat buku, yang seorang tu suka baca novel. Dia la beria mengajak ke Pesta Buku ni. Nama dia Ana..hehee. Ana yang cadangkan pergi Pesta Buku. Dia cadang pergi 6 Mei, semalam ler kitaorang berjumpa. Nad nak ikut bukan sebab nak beli buku, tapi nak jumpa diaorang..hahaa. Nad bukan suka baca buku ke apa. Majalah pun tengok  apa yang suka. Tapi haritu memang tak teringin nak beli buku ( maybe suami tak ikut nak pow beli buku takde dia..hahaha)

Dari Kiri, Ya, Bitah, Aku, Pah (tudung hitam), Ana (shawl hijau)

Masa tu nad pergi dengan Fariza je. Mr mafia ada kerja. Dia tolong hantarkan nad ke Pesta Buku je. Kitaornag jumpa dekat PWTC sana. Bila dah jumpa, tengok kawan-kawan dah start beli buku..hahaa. Ramai orang dekat Pesta Buku tu. Nad tengok jela. Nak juga cari buku untuk Fariza, sebab dia suka menulis dan membaca, tapi buku yang jenis berbunyi takda. Ada memang ada, tapi mahal gilerr..jenis bayar bulan-bulan, memang takla..Takpe, nanti kita cari lagi ye.

Semua kawan-kawan nad ni ada yang kerja dekat Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang. Bitah dengan Pah jauh datang. Yang lagi dua walaupun duduk KL sama dengan nad, nak jumpa susah..sebab dua orang tu kerja. Nad pulak kena tengok jadual suami. Nad pun kerja blogger, pergi sana sini, lagi dengan jaga anak dekat rumah. Bila ada waktu memnag betul-betul nak jumpa, baru nad kosongkan waktu tu..Memang nak sangat jumpa dengan diaorang ni, berborak, bergosip..hehee. Teringat dulu tengok cerita la, ish macam-macam la masa belajar dekat UUM dulu. Lagi best dapat bercuti bersama.

Dah puas pusing-pusing PWTC, dapat dah kawan-kawan cari buku, apa lagi balik cari makanan ler..hehee..nak tau kitaornag makan dekat mana..hah!! baca entry seterusnya ok..
hai assalammualaikum

Reunion Geng UUM Ke Majlis Pengantin - Bila dah habis belajar universiti semua akan bawak haluan masing-masing. Lagi-lagi semua kawan-kawan UUM nad semua jauh-jauh belaka. Jadi nak berdating bersama memang susahla..Kalau nak keluar bersama kene set masa dan time awal supaya semua boleh berkumpul. Nad memang plan masa nad kawin nad nak jemput semua geng UUM ni..datang tak datang tu lain cerita..tapi rasa best sangat sebab ramai yang on..waa  terharu..hangpa nak amik berkat kan..hehee..


Sejak ade group whatssup memang senang la kitaorang nak bincang apa-apa. Nak cerita kelakar, sedih cerita 18xxx...semua balun..hahaa..tu bestnyer..ada seorang member nak datang masa nad makeup..dan tak jangka diaorang memang datang time nad tengah dimakeupkan..rasa nak menjerit je bila nampak diaorang..yela lama dah tak jumpa...apa lagi amik masa untuk bergambar banyak-banyak la..

Ada dua orang member UUM ni bakal menjadi isteri orang jugak..Yang lain single mingle wokeeyy...haha..Jadi datang nak amik berkat dulu..ahhaha...tips akan dibagi dekat whatssup..kihkihkih..aku pun mintak tips dekat member aku..wakaka...ok sekejap je jumpa..tak puass..


Taknak lepaskan diaorang  balik je rasa..tak berbual banyak dengan diaorang...tak dapat bergosip panjang lebar..ni yang tak best ni...yela dah la susah nak jumpa..dah jumpa tak dapat bual panjang pulak..takpela..umur panjang kita jumpa lagi ye member-member..Ezy dan Sakinah...turn korang pulak lepas ni..siap sedia semua persiapan..hehee..



Tengok sweet tak hadiah diaorang bagi..leh gantung dekat dindng gambar ni...sayam korang ketat-ketat la...

 Cantik sangat hadiah ni..kenangan kami semua dekat UUM..kenangan jalan-jalan..Kenangan Konvo..Frame ni boleh digantung dekat bilik kahs untuk semua hadia yang berkaitan..

Kalau korang nak tau hadiah ni diberi oleh Geng UUM nad ni..unik kan..nampak sangat nak suruh nad jadi isteri yang rajin memasak..hahaa..okla terimak aksih..takyahla nad nak beli lagi..dah jimat dah ni..lengkap dah set untuk memasak ni...hahhaa..thank you..thank you...

p/s: kalau umur panjang, takda aral melintang boleh pergi ke Pahang..majlis member kawin..kasi gegar..

hai assalammualaikum..

2 haribulan aritu..kawan UUM nad kawin..dan die dapat orang Kuala Lumpur..dan rumah suami die berdekatan dengan rumah jejaka mafia..tapi sebelum pegi nad kene ambik member UUM kat puchong..sebab kami semua ni memang rapat..so dah masing-masing berdekatan..peluang ni la yang kami gune untuk perjumpaan member UUM..hehe..yela dahla masing-masing negeri jauh2..pahang, Johor..so bile yang half tu dah keje dekat sini..ambil la sekali..dapat makan free..makan rumah orang kawin..hehee..so nad ambil kawan nad ni anmanyer jue..dan kawan nad yang sornag lagi die gerak dari pahang..die ade kete sendiri..xpela..lagipun die dah biasa jalan dari Phang ke Kuala Lumpur..so kami decide jumpe kat rumah pengantin..

sesampai di umah pengantin..pengantin dah siap makan beradap..haha..punyer lambat kitaorng..biasalah..kami memg macam ini..haha..tapi kami tetap gembira..samapi2 je makan..lapo tahap gaban..hehe..
gambar selesai makan...sedap jugak lauk katering die..yang baju biru tu jue..hah die lapo tahap gaban..siap nak tambah lagi..haha..yang baju merah tu la yang datang dari Pahang..namanyer bitah..sebelah tu adik bitah..


bergambar memang semestinyer..haha..nad ngan jue memng jenis gila2..hahaa..tula pengantinnya..sue namanyer..kami memang poyo..haha..

yeah dua orang member UUM lagi datang dah..lagi lambat diaorng datang..nasib makanan x habis lagi..hehe..ooppss abby tu bukan anak and ok..tu anak nurli yang pakai baju coklat..yang pakai kelabu tu namnyer liza..


hahaha..anak die pandai pndang kamera..mesti suka amik gambar ni..mase ni dia baru bangun tido..so mak ayah die nak makan..nad pegang kejap anak die..eheh gambar kami pandang antara satu sama lain..haha..comey je..biasalah..nad dah biasa jaga baby..babaysitter terhebat ni..hehee..(terbyg nak anak sndri..sabr nad..sbar..)..

ni la pengantin sue..sue selamat pengantin baru..semoga kekal dunia dan akhirat..semoga menjadi isateri yang solehah..semoga cepat2 dapat anak..weeeeeeeee...amik berkat...hehe
hai assalammualikum..

pagi tadi nad dikejutkan dengan message telefon..bile nad buka..seorang sahabat UUM nad iaitu hanis bagitau sahabat kami telah meninggal dunia..Ya Allah..macam x caya je..nama arwah musa..nad kenal dengan musa pun mase praktikal..die kawan baik hanis..nad x kenal die mase kat UUM..sebab kami lain kos..dan lain hostel..kelas pun xde yang sama..mase praktikal..musa memang seorang yang baik..tapi die pendiam..x taula pemalu kot..dan mse praktikal..nad tumpang musa untuk balik umah sewa..musa dikhabarkan meninggal kul 3 pagi akibat excident di Muar..sebelum ni die bekerja di subang jaya..selepas tu dapat keje di kluang..smoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman..amin..=(

kenangan nad dengan arwah...
hai assalammualaikum


korang msti kenl kan game ni..hahhaa..orang paggil dam ular..padahal ade tangga gak..hhahaha..ni game dulu-dulu mase kite budak2 main kaaann...sekrang pun nad main gak..ceritanyer mse nad praktikal..mse tu ade dpt voucher buku kan..ala yng rm50 tu..pastu and dh x tau nak bli pe..last2 ade member nmnyer hanis cdgkan bli mainan ni sebb kitaorng keboringan..nsb leh gune voucher tu..so dlm tu mainn tu bukn shj ade game dam ular..malah bnyak lagi game..mcm dam, pstu yang kotak2 tu nth ape nm..banyakla..haha..mmg mainan ni dapat merealsekan tension bile pikir kje..hahaa..dan dapat bg tension sebb ASIK JATUH BAWAH BILE KNE KAT ULAR...hahaha..syokla main ni...kdg2 nak smpai hbis lmbt nor disebabkan ular tu..spe yang bertuah menang la die..hehee..


tengokla tu..bukan main khusyuk lagi kitaorng...oo time ni holiday..p tasik shah alam..pstu main dam ni..hahaha...ni bru nmnyer berpicnic..lallala