hai assalammualaikum



McDonald's Malaysia Keluarkan Pelbagai Menu Sempena Ramadhan 


McDonald's Malaysia Keluarkan Pelbagai Menu Sempena Ramadhan - Hah, bulan puasa nanti, kalau dah buntu nak makan apa, pergi je bersahur dan berbuka di McDonald's. Bulan puasa nanti, McDonald's pun ada menu sedap, lazat dan mengenyangkan tau..hehee..Bila masuk bulan puasa, ada orang suka makan simple, ada orang perlu makan berat. So, kalau korang fikir, McDonalds mesti ayam je, burger je, kali ni muncul kelainan sedikit dimana sempena bulan puasa nanti, mereka akan mengeluarkan dua menu eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover.




Kalau bulan puasa, nad memang wajib kena makan nasi. Kalau tak boleh menggigil oo..Nad dah rasa Nasi McD ni di preview haritu, ya ampun..memang sedap ok. Nasi McD ni didatangkan dengan sos kari baharu dan ayam goreng McD beserta coselaw dan Iced lemon Tea bersaiz medium bagi melengkapkan hidangan berbuka puasa nanti. Bagi nad Nasi McD ni memang cukup rasa, dengan sos kari dia yang pedas. Ya, nad ni sejenis suka makan pedas, jadi bila tau sos kari dia pedas, lagi nad suka. Kalau korang tak suka pedas, takyah la bubuh banyak kuah tu, dan coselaw tu pun buat kurangkan pedas. So korang cuma tambah RM1.50 untuk dapatkan sos kari ni. Nasi McD ni boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD ye..Kalau nad pilih dua ayam, sebab ayam dia kan sedap..ehhee..

Makan Nasi McD ni memang buat perut kenyang. Boleh la bertahan bila puasa nanti. sebab nad makan pun, sampai ke malam kenyangnya. Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95.



Siapa pernah makan Chicken Foldover McDonald's?, nad belum pernah lagi dan haritu preview, tu la pertama kali nad rasa. Bulan puasa ni, Chicken Foldover akan dikeluarkan semula untuk dirasai bersama ketika berbuka puasa. Chicken Foldover dibalut dengan roti nipis dan  didalamnya mempunyai dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar serta sos istimewa baharu. Dihidangkan bersama McDonald's French Fries dan Iced Lemon Tea Medium. Hidangan lengkap ini pastinya memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.


Nad dah rasa sendiri Chicken Foldover, boleh dikatakan, nad puas hati dengan rasa dia, ayam lembut je. Yes truly, memang ada rasa pedas juga..hehehe. Nad suka sebab ia letak banyak sayur dalam tu. Oh, Chicken Foldover ni memang hanya chicken sahaja, takda beef.  Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95.


Selain makanan berat, McDonald's juga ada mengeluarkan pencuci mulut tau. Yela, dah makan berat mesti nak makan manisan sedikit kan. Ada dua jenis pencuci mulut yang ada iaitu aiskrim D24 Durian McFlurry yang digemari ramai dan Banana Pie..yeahh!!..kita suka..kita suka..Siapa yang tak suka dua pencuci mulut ni, haritu masa McFlurry durian keluar, habis setiap tempat tau..laku..



Banana Pie ni, memang sesuai diambil ketika berbuka puasa dengan inti pisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald's. Rasa inti pisang tu..sedapp..


Buat pelanggan yang sentiasa on the go , atau mereka yang ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, McDonald;s menawarkan aiskrim Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.


Nad suka dengan air Ice Blended Ribena ni, terus segar tekak tau.

Waktu Sahur McDonald's Buka Sehingga Jam 6 Pagi
Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan mereka yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s. Seronok juga sahur dekat luar kan, kadang ada yang tak sempat hah pergi je Mcd..hahahha..

Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.  ".

Download Apps McDonald's Malaysia sekarang!!
Selain tu McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Tunggu apa lagi ?? Silalah download segera !


McDonald's ada buat aktiviti tahunan  tau, dimana semua 270 restoran McDonald's di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid. Inisitaif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat. Sehubungan itu, McDonald's Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka pausa untuk anak-anak yatim.


Alhamdulillah, bagus apa yang dibuat McDonald's ni. Hah!!, jadi puasa nanti, terlambat sahur, nak berbuka puasa dengan makan simple je, boleh terus ke McDonalds. Taknak duduk dalam restoran boleh drive thru..hehee..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my .
SHARE 36 comments

Add your comment

  1. Lapar oi. x lunch lagi, ahahaha.. sdp menunya

    ReplyDelete
  2. bestlah. Kalo rasa dh lambat nak masak sahur,bole la singgah sini.Ehehehe.. lgpun dekat je McD dengan rumah Ina.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan kat MC D ni.. suka Chicken Foldever tu.. Sedap kan..

    ReplyDelete
  4. ehmm..bagus idea nasi tu. chicken foldover pun dah cukup waktu berbuka. Nak kena tryyy ni

    ReplyDelete
  5. Woww nampak best ni nad.. Kena try ni nanti

    ReplyDelete
  6. Sy mmg gemar sgt dgn foldover tu! Tiap tahun tggu. Haha

    ReplyDelete
  7. All these new menu look so attractive and yummy. Selamat berbuka

    ReplyDelete
  8. aduimak chicken folder tuh memang favourite kak lily tau, tak boleh miss wokeh mesti nak kena rasa jugak nanti. tapi mc D drive thru ni selalu nau penuh manjang line up nyer lah

    ReplyDelete
  9. Macam2 pulak menu baru he mcd keluarkan time puasa ni. Saje lah tu. Memang buka puasa nnti nk terjah. Nak makan. hehehe

    ReplyDelete
  10. Banyak pula menu time bulan puasa ni kad mcd

    ReplyDelete
  11. Mcdonalds every year without fail sure will do Ramadan set... so.. this year.. something new to try then!

    ReplyDelete
  12. wahhh McD pon tak nak ketinggalan nak keluarkan menu dan promosi ramadhan. okay chicken foldover tu mmg favourite gila. rasa dia sangat sedap dan isi dia meriah. nanti nak beli lagi

    ReplyDelete
  13. adoiii sedapnya..kena try ni..time cuti masak boleh terjah mekdi

    ReplyDelete
  14. Dah try chicken foldover tu. So yummy. Aish teringat2 pulak skrg ni.

    ReplyDelete
  15. waa McD pon tak ketinggalan yea untuk nk buat berbuka & bersahur disana..baguslah sbb mereka alert ramai pelanggan mereka yg berpuasa, tp tak ketinggalan unt try menu2 baru disamping bulan puasa ni kan. Ribena ice blended tu mmg nmpk sgt menyegarkan, adoi haus pulak tgk ptg2 tgh2 puasa ni haha.

    ReplyDelete
  16. mc flurry durian tu sedap! dah makan dah before puasa. hihi

    ReplyDelete
  17. Pehh makin meriah lah mcd setiap hari spjg bln ramadan kan..hehe

    ReplyDelete
  18. aiskrim durian is back!!! owh my itu feveret hakak. semua pun memang akak makan dan semua pun sedap. time lepas berbuka ni baca entri cenggini rasa nak singgah drive tru. perghh supper beb

    ReplyDelete
  19. Patut kita pergi Mcd nak makan ayam dah tak ada kena order ayam sekali dengan nasi hurmmm hehehehe tapi aiskrim tu sangat sedap kita suka yer boleh beli selalu wakakakakkaka

    ReplyDelete
  20. Baru je tengok iklan Nasi Ayam MCD tadi kat TV. terus rasa nak gi makan sekarang jugak. Aiskrim durian tu memang Lia suka juga beli sebab rasa dia betul2 durian asli.

    ReplyDelete
  21. Jarang McD nak keluarkan banana pie tu, lama dah tunggu menu yang satu ni. Sahur kalau malas masak, memang singgah sini la jawabnya.

    ReplyDelete
  22. Chicken foldover tuh mensrik narik perhatian ku

    ReplyDelete
  23. Wah Mc donals dah ada chicken foldover kena cuba nih.. Sedanye nan belila nnr

    ReplyDelete
  24. Kak Sue kadang kalau tak ada selera nak sahur memang sesekali datang sahur kat McD nie Nad..

    ReplyDelete
  25. Suami & anak dah cuba nasi ayam McD..sedap katanya. Akak jamu mata je sebab tgh pantang...xsabar nak cuba nanti...hihi

    ReplyDelete
  26. Meriah jugak set tu. Banyak benda dia bagi. And durian datang lagiiii. Bagi Fadzi la kan, yang durian tu yang paling best

    ReplyDelete
  27. Ini yang keluar iklan kat tv tu ya? Tengok laki tu makan macam sedap

    ReplyDelete
  28. Teringat zaman kerja McD dlu first time Chicken Foldover ni dikenalkan. Mmg terus jatuh cinta. Hmm sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  29. oh yes chicken foldover is back! dah macam burger prosperity tuk cny, time puasa ada foldover. tertunggu jugak kalu version daging akan keluar. tiap tahun bila lepas terawih mesti datang mcd makan foldover sebab kenyang amat makan sorang

    ReplyDelete
  30. Wah Macdonal pun ada special menu untuk ramadan. mesti panjang beratur kalau drive true kan. BTW nampak menu-menu dia sangat menarik tu.

    ReplyDelete
  31. Tak tahu lak ada menu untuk Ramadan, best le macam tu, kalau terasa malas nak memasak, haaa boleh je terjah MCD atau order je online, senang cerita.

    ReplyDelete
  32. Dah rasa nasi ayam kuah kari dia. Meletop rasa dia! Sedappp.... Harga pun cun dengan hidangan yang cukup mengenyangkan. Sesekali malas masak memang pi McD aje. Hehee

    ReplyDelete
  33. Makanan takpe lagi. Nampak air dan dessert McD nie yang boleh buat jiwa luruh dan air liur kecur nie. Macam nak try gak la one of these days.

    ReplyDelete
  34. Ahhh... my favourite come back the chicken foldover and i m loving the new Nasi McD the curry memang best.

    ReplyDelete
  35. Chicken Foldover tu sedap and kenyang.

    ReplyDelete
  36. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2