hai assalammualaikum


Banyak Akal Budak Ni- Jarang nad update pasal si adik ni..hahhaa..tak tau kenapa..Tapi ada juga update dekat facebook dengan instagram..ok la kan.. Orang cakap anak kedua ni perangai lain sikit..hahaha. Tapi memang, Farhanah ni lagi ganas dari kakak dia, lagi lasak dari kakak dia..hahaha. Tapi tak boleh berenggang dengan mommy. Kawan setia kakak dia..hehe

Betula la orang cakap, pengaruh kawan tu buat. Dalam rumah ni, kakak dia la kawan dia. Jadi segala apa yang kakak dia buat, dia pun akan ikut. Terus ikut ye, bukan was-was, eh nak buat ke taknak,nak buat ke taknak..Kakak merajuk hentak kaki, dia pun buat. Kakak buat benda elok pun dia ikut..hah yang tu ok..hahaha..

Sekarang dah setahun lebih, memang otak tu tengah berhubung dengan banyak agaknya..hahaa. Mana taknya, dalam diam dia pandai je cari akal macam mana nak buat sesuatu. Part ni rasanya kakak dia pun tak pernah buat, tapi dia buat. Dulu, kakaknya cuma dekat kerusi je, dia lebih dari tu, dia panjat meja terus untuk dapatkan apa dia nak.


Caranya, tolak kerusi besar kebelakang sikit, ambil kerusi kecil, letak dekat dengan kerusi besar. Panjat kerusi kecil, kemudian, panjat kerusi besar, terus naik atas meja..Geram je mommy ni tau denagn perangai dia..haishh..banyak akal betul. Macam ni la selalu , memang tak boleh lelap sikit atau tinggalkan dia ni. Kang ada la benda terjadi ni.


Kalau tengok segi bentuk badan, memnag badan dia nampak tuff, sebab masa lahirkan dia, nad mengharapkan anak lelaki..hahaa..Tapi, dalam nak anak lelaki, kita tak kisah pun dapat anak perempuan. Tu yang keluar dengan badan tuff, peha terlipat..hahaha..

Farhanah ni pemalu sikit, susah nak dengan orang. Tengok la orang tu juga, pandai layan dia, dia ok la..apa pun, membesar dengan baik ye Farhanah uii...




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours