hai assalammualaikum


Pernah Masuk TV1, Bersama,  En Lazim Cikgu Mencanting Batik - Haritu, lepas habis pergi beraya,  nad ajak mr mafia jalan-jalan ke Sunway Putra. Nampak dekorasi menarik dekat sana. Dekorasi bunga-bunga yang memang sesuai untuk bergambar. Masa tu pulak,  ada aktiviti mewarna batik dalam pelbagai bentuk. Fariza pulak bila dah nampak dia mesti nak buat. Jadi,  nak bagi dia happy,  hah ikutla apa dia nak buat. Yang jaga aktiviti tu seorang lelaki. Sambil Fariza buat,  nad dalam kepala masih berfikir " mana nad jumpa orang laki ni"..fikir punya fikir,  baru ingat,  inila orang yang sama-sama masuk TV 1 rancangan Tumit Tinggi dengan nad...hahhaa. Tak sangka dapat jumpa dekat sini..


Rancangan tu dah lama, tahun 2017. Bila dah ingat tu, nad terus tegur. En,  kita pernah masuk tv sama dulu. En tu pun ingat. Dan nad terus tanya nama dia.. Almaklumla,  benda dah lama,  tak ingat dah nama.. Hahaha.. Otak banyak berfikir. En Lazim,  tu la nama dia.. Hehhee.. Nasib dia ingat lagi pernah masuk tv sama-sama. Terus diaa cakap " lama tak nampak dekat karangkraf. Taknak belajar buat batik?  "..alamak.. Hehee.. Bukan taknak datang,  kekangan masa tu yang sush nak datang.. Ahh gituu..




Anak kita pulak,  suka aktiviti macam ni. Hah, nanti bolehla datang Karangkraf Kuala Lumpur tu.

En Lazim ni memang kerja dekat Kompleks Karangkraf tu bahagian mencanting batik. Kalau korang nak tau,  dekat situ bukan pameran barang kraf orang je,  ada workshop,  aktiviti sesuai untuk keluarga dan anak-anak. Salah satunya,  mencanting batik ni la.

Ingin Belajar Mencorak, Mewarna Batik,  Boleh Datang Ke Kompleks Karangkraf KL

Kalau korang nak belajar mencorak,  mewarna batik,  takyah susah pergi jauh,  dekat Kuala Lumpur pun ada di Kompleks Karangkraf. Bengkel batik ninterletak di sebelah kiri di bahagian belakang tangga. Boleh je tanya orang situ.

Harga bengkel sangat berpatutan. Korang boleh memilih reka bentuk pra-canting (waxed) oleh En Lazim sendiri. Sekiranya korang mempunyai banyak masa, korang boleh mula dari awal untuk membuat lukisan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam atau lebih bergantung kepada berapa terperinci korang. Nampak orang buat macam senang ye,  tapi terkial juga tangan ni tau.. Huhu..

Ia adalah bengkel yang sangat menyeronokkan yang disyorkan untuk penduduk tempatan dan pelancong, orang dewasa dan kanak-kanak juga.

Haritu,  untuk rancangan tumit Tinggi, topik khas saya adalah seni. Jadi lokasi di bahagian batik ni la. Nad cuba sendiri mencanting dan mewarna batik tu. Dahh lama tinggal bab warna semua,  terkedek-kedek jugala.. Hahha. Tapi dengan bantuan En Lazim,  semuanya ok.


En Lazim adalah lelaki yang sangat baik dan sabar. Dia akan berkongsi dengan korang beberapa teknik bagaimana untuk memulakan lukisan dan bagaimana untuk memperbaiki lukisan anda. Cara dia cakap pun lembut je.. Memang aktiviti menarik untuk melakukan lukisan Batik di bengkel En Lazim.

Oh, nad takk buat entry pasal rancangan ni sebab gambar yang mr mafia ambil sampai sekarang dia tak siapkan lagi.. Hahaha.. Jadi malas nak bising,  takdela entry tu. Cuma video rancangan tu ade.. Jadila kan.. Hehehe.


Ni hasil mewarna corak bunga batik yang nad buat.. Hahahha.. Memang bawak balik jadikan kenangan. Jadi kalau korang teringin nak belajar mencnting dan mewarna batik,  bolehla datang ke Kompleks Karangkraf KL dan bertemu dengan En Lazim.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

28 comments so far,Add yours

  1. bestnyaaa!!! lawa batik nad tu! harus frame tu!

    ReplyDelete
  2. rasanya bukan kompleks karangkraf tu.. karangkraf di shah alam.. rasanya kompleks kraftangan

    ReplyDelete
  3. Cantik juga hasil nad tu. Kita teringin nak mencanting batik tay. Angan angan je la dulu. Sampai sekarang tak pernah ada pengalaman tu lagi. Hehe

    ReplyDelete
  4. Things I nak try adalah mencanting batik Walaupun I ni skill seni ke laut. Bila bila nak pi try la

    ReplyDelete
  5. Nice batik exhibition and great activities for kids. Planning to bring my children there to learn on batik colouring too and I'm sure they will love it so much.

    ReplyDelete
  6. wow! such a great artisty batik time.. nice activites for the family.. especially for the kiddos...

    ReplyDelete
  7. Cantik batik nad buat. Dah boleh jadi tokey batik tu. Mesti seronok kan time masukkan warna. Yang paling best, ini aktiviti keluarga

    ReplyDelete
  8. Cantiknya nad buat. Macam orang yan gdah biasa buat je hasil die. Budak budak mesti suka habis menconteng tu kan

    ReplyDelete
  9. Seronok. Bella dari dulu teringin nak mencuba mencanting batik. dulu masa SPM, tgk kawan2 amik Seni buat batik macam seronok je. Btw, ada caj ke pergi bengkel ni?

    ReplyDelete
  10. Dulu masa kecik-kecik akak dok mencanting batik tolong mak & abah. Buat part time. Lumayan jugak sebab ikut helai kain. Pengalaman pun dapat. Tahu mcmana nk menccanting batik dengan baik.

    ReplyDelete
  11. Heheheh bestnya dapat menconteng batik kita tak pernah lagi cuba tengok macma mudah jer tapi kalau buat mesti susahkan apa pun bagus ada aktiviti menarik macam ni boleh bawa keluarga pergi sana hehehee,....

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya dpt belajar mencanting batik macam ni. Teringin nak rasa sebab mmg tak penah even skali pun. hehehe. Nak cuba nnti

    ReplyDelete
  13. Bestnya mencanting batik. Pernah buat dulu tapi rasa nak buat lagi. Nice๐Ÿคฉ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  14. I never try before to draw batik! This is such a nice chance for us to try, the drawing that you done is so pretty, love it!

    ReplyDelete
  15. bestnyaaaa kita suka aktviti seni macam ni..terutama apabila anak2 boleh sertai mesti seronok bukan. tak pernah lagi mencanting dengan keluarga selalu buat sorang2 jer hehehe

    ReplyDelete
  16. Kalau area dekat-dekat saya nak juga join Batik exibition ni. So far saya belum pernah lagi mencanting batik, nak try juga kalau ada peluang.

    ReplyDelete
  17. Canting batik salah satu aktiviti yang Lia nak cuba. Sebab rasa macam unik dan mesti kena berhati-hati nak warnakan batik kan.

    ReplyDelete
  18. Such a great weekend activity. For children to learn about batik

    ReplyDelete
  19. Teringin nak.join aktiviti2 tu tapi kita tangan tak berseni.๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  20. Seronok kan nad mencanting. Walaupun kita tak pernah buat, tapi kita tahu ianya best. Tapi kalau kena gaya lenggong tangan tu lembut je, lagi best.

    ReplyDelete
  21. Dah pernah buat canting dan warna batik di pusat kraf jalan conlay. Mmg sangat membantu

    ReplyDelete
  22. Wah bagus tempat ni, nanti i boleh bawa my visitors from overseas.

    ReplyDelete
  23. bestnye dpt hasilkan sendiri batik..

    ReplyDelete
  24. Wow bestnya dapat belajar mencanting batik. Biasanya kena pergi ke Terengganu macam tu baru dapat belajar, tapi now dah boleh belajar kat KL je

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas info ni. Nnt nak belajar mencanting batik, tahu lah tempatnya. Tq.

    ReplyDelete
  26. Comel je that unicorn. Nak belajar jugakla macam nak melukis/mengecat ala batik. Memang minat pun bab-bab seni ni.

    ReplyDelete