hai assalammualaikum


Usaha Tambahkan Susu Badan Untuk Fariza, Mommy Kunyah Mamom Milkbooster Je!!

Badan Kecil Tapi Susu Banyak? Ni Usaha Aku Tambahkan Susu Badan - Alhamdulillah, setakat ni, susu badan nad tak pernah berhenti. Dari susukan anak pertama, Fariza sampailah ke adik dia Farhanah. Fariza dapat susu badan dari dia lahir, lepas tu berkongsi susu badan dengan adik dia baru lahir sewaktu usia dia tiga tahun. Fariza dapat susu badan sehingga usia dia 4 tahun, lepastu terpaksa stop sebab dia dah besar, dan sekarang adik jela yang sambung susu badan. Memang belum berhenti lagi susu badan nad. Syukur sangat, walaupun badan kecil, tapi susu sentiasa ada. Memang selalu orang akan tanya, "ada lagi ke susu ko".."banyak lagi ek susu tu"..Nad jawab je dengan senyum, alhamdulillah ada. Mulalah ada yang nak tau, macam mana susu nad banyak.


Banyak cara nad buat untuk tambahkan susu badan. Makan kena selalu dan kerap, minum air banyak. Nad jarang pam, sebab kakak dan adik direct susu sahaja. Jadi dah macam konsep mengepam la kan..ahaha. Dan nad cari jalan lain juga dengan mengambil produk untuk tambahkan susu badan. Sekarang ada pelbagai jenis produk, ada jenis bancuh, jenis tablet dan macam-macam lagi la. Nak mudah nad ambil jenis tablet, kunyah sahaja. Nad ambil Mamom Milkbooster untuk tambahkan susu badan.


Ibu-ibu yang menyusu di luar sana,mesti pernah dengar Mamom Milkbooster ni. Mamom ni jenis tablet, dan cara makannya mudah sahaja.Hanya ambil 2 tablet semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Kalau nak lebih berkesan boleh makan 4 kali sekaligus pada bila-bila masa. Hanya kunyah sahaja,  sambil buat kerja lain.. Hehee.


Rasanya pun sangat sedap, rasa vanilla, kadang nak makan satu botol tu..hahaa..tapi kenala makan ikut cara arahan pemakanan yang disuruh ye. Bahan yang terkandung di dalam Mamom ni ialah susu, serbuk kaang soya, susu kambing, serbuk spirulina, vitamin dan mineral, ekstrak alfalfa, serbuk madu lebah, ekstrak kurma, serbuk kismis, ekstrak halba dan macam-macam lagi. Semua bahan ni memang memabntu penambahan susu badan ibu.


Botol ni sangat ringan, botol jenis plastik, memang mudah di bawa ke mana-mana saiz pun takda besar mana. . Mommy memang perlukan Mamom ni bila jalan jauh.

Alhamdulillah, nad memang serasi dengan Mamom ni. Susu makin bertambah,  Farhanah pun sentiasa kenyang je. Selalunya lepas dia susu,  memang lambat juga nak ada susu semula,  tapi lepas makan Mamom,  cepat je penuh.


Kalau sebelum ni,  nad tak pernah pam sebab direct terus bagi Farhanah susu. Lagipun Farhanah ni jenis nak melekat je. Tapi, lepas ambil Mamom, terpaksa pam  sebab kadang Farhanah dah kenyang jadi susu yang penuh ni perlu dipam buat stok dia juga. Boleh tahan juga bila nad pam susu,  dapatla lebih 10 plastik. Dah lama  tak pam tau. .Hahaha. .


5 Tips Semasa Untuk Ibu Yang Ambil Mamom Milkbooster ni
- minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter
- amalkan semasa perut kosong
- elakkan minum minuman berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan pil perancang kerana ia akan mengurangkan keberkesanan produk ini.
- amalkan secara konsisten dan setiap hari
- makan dua tablet waktu pagi dan malam

Mamom telah diiktiraf Halal dan Selamat dan telah mendapat kelulusan Halal JAKIM dan KKM. Jadi takyah rasa was-was ok..Ibu-ibu yang susu tengah merudum tu boleh cuba Mamom ni. Bawah ni nad tunjuk testimoni yang mengambil Mamom ni. alhamdulilah, semua feedback yang bagus, yang penting konsisten dan baca arahan di kotak.





Ibu-ibu yang nak mencuba Mamom, boleh tengok di
Website: www.mamom.my
Facebook; https://www.facebook.com/MaMomMilkBoosterHerbaworks/
Instagram: https://www.instagram.com/mamomhq/

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Alhamdulillah & Tahniah!!!
    Bukan senang nak dapat maintain & tambahkan susu badan ni...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya produk ni sangat membantu pertambahan susu.

    ReplyDelete
  3. Lama juga tempoh Nadia menyusukan si kakak. Alhamdulillah :)

    Kita geng BFMum. Hehe.

    Done follow #1131

    ReplyDelete
  4. Me too. I'm also still breastfeeding but luckily no supply issue

    ReplyDelete
  5. memang strugle mak2 bila nak menyusukan anak ni. Cemana pun kena ada milkbooster. Ada orang sesuai ambil makanan semulajadi .Tapi ada juga yang lebih sesuai dengan suplement.Semoga Nad terus dapat menyusukan anak-anak..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah seronok dpt bf anak..dulu sis pun bf anak smpi 4 tahun..rindu nak bf walaupun penat tu x pyh nk ckp..sbb tu kena ada supplement utk tambah susu..sbb bila letih kita stress n susu x byk

    ReplyDelete
  7. Boleh war war kan pada yang tercari2 milk booster ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus ni.. Alternatif lain utk tambah susu.. Kdg2 tgk rmi yg bdn kcil tp susu bdn byk kan..

    ReplyDelete
  9. Boleh try ni bila dah ada baby. Selamat kan amalkan

    ReplyDelete