hai asslammualaikum

Minggu Keusahawanan & PKS Di Pahang Berlangsung Dengan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti - Ingat tak, sebelum ni, nad ada war-warkan Karnival Minggu Keusahawanan & PKS akan berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dan karnival itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pada 26 hingga 28 Julai lepas. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dan PKS Wilayah Timur dan Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) 2019.



Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 zon Pantai Timur telah disempurnakan oleh YB Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Bin Ngah

Karnival ni dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara dan ini  memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan.

Nad tengok karnival ni mendapat sambutan ramai, dan berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu pagi acara MB Fun Run & Ride 2.0, tengokla ramai betul yang join ye. Flag Off  dilakukan oleh YB Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kerajaan Negeri Pahang & Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia..Seronok tengok aktiviti macam ni.








Ada juga pertandingan E sport yang memang mendapat sambutan hangat..Bab ni ramai yang hebat..hehee..Nampak tak ramai anak muda yang join. Bagus kan program macam ni..




Pada waktu malam, ada pula sesi ilmiah TC Berselawat bersama  Shamsul Ghau Ghau, Ejam Medicine dan Maulana Zawawi.





Paling menarik, ada juga aktiviti untuk pelajar . Business Proposal Challenge Kolej Vokasional.. sekarang ramai pelajar dah minat untuk berniaga, jadi masa ni la diaorang boleh sertai, untuk tunjukkan kebolehan mereka. Nad ingat lagi dulu nad belajar keusahawanan, tunjuk proposal dekat Pensyarah, macam kau ni seorang peniaga yang nak menjadi seorang usahawan, kena tau semua perkara bab perniagaan.






Tengok pelajar ni semua ada muka suka berbisnes ni..hehe..Semoga terus berjaya ye dik..

Acara paling menarik, semestinya CEO Talk session. Yang bagi talk ni pun bukan biasa-biasa punya orang, mereka adalah usahawan yang berjaya. Siapa yang pergi dan dengar talk ni memang beruntung. Dapat ilmu percuma dari sini.


Kerajaan Bantu PKS Tembusi Pasaraya Tempatan

SME Corp. Malaysia melalui Program Jejak PKS Pantai Timur 2019 melawat syarikat PJ Food Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan projek pembungkusan produk, pensijilan dan pembelian mesin. Syarikat ini telah bertahan selama lebih dua (2) dekad dan kini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Melalui bantuan yang telah diterima ini, syarikat yang berpengalaman dalam aktiviti pembuatan rempah ratus dan tepung goreng ayam ini telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produknya dan seterusnya berjaya menembusi pasaraya tempatan seperti Pasaraya Darul Makmur (PDM), Tunas Manja Group (TMG) dan Pasaraya Nirwana.




Program Jejak PKS Wilayah Pantai Timur disempurnakan oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia

Boleh nampak kepentingan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, dan karnival ini merupakan salah satu platform kepada PKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka selain memberi peluang dan akses yang lebih besar dalam membantu PKS tempatan mengembangkan pasaran.

Kerajaan telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi pembangunan PKS di Malaysia termasuk melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2020-2030 pada 11 Julai 2019 yang lalu. Selari dengan matlamat DKN, Minggu Keusahawanan & PKS 2019 telah dianjurkan di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS, selain menjadi platform penyebaran maklumat mengenai program Kerajaan dalam membantu pembangunan PKS tempatan.

Diharap, program ni akan dilaksanakan setiap tahun.
SHARE 36 comments

Add your comment

  1. This looks like such a great program

    ReplyDelete
  2. Macam best program macamni. Utk tingkatkan semangat keusahawan.

    ReplyDelete
  3. Wah so happening, bagus event macam ni. Boleh belajar sambil santai kan.

    ReplyDelete
  4. Best dapat join karnival kan.. Macam macam info baru boleh dapat.

    ReplyDelete
  5. Meriah dgan aktiviti. Harap dpt diteruskan pada masa akan dtg.

    ReplyDelete
  6. Bagus kan ada program macam nie kan Nad..

    ReplyDelete
  7. Uik di pahang... bestnye.. nape tataw ni..

    ReplyDelete
  8. Meriah ya.. Utg org Pahang

    ReplyDelete
  9. Bagus ada karnival keusahawanan macam ni. Usahawan berpeluang untuk tahu dan belajar lebih lanjut

    ReplyDelete
  10. karnival usahawan macam ni memang bagus untuk sama-sama share business idea, untuk improves current ideas, etc

    ReplyDelete
  11. Nice weekend spend. I'm sure many peoples will benefit with the program to make them a better business person and increase the awareness of their business.

    ReplyDelete
  12. Banyak aktiviti menarik. Teringin nak sertai program mcm ni, tapi selalu xde peluang sbb busy dgn benda lain. Terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  13. Bagus inisiatif gini. Kena la kasik up iks. Ke depan kan produk iks dgn cara gini lebih efektif berbanding nak buat sendiri2.
    Khidmat nasihat sgt penting bagi yg bisnes bwh iks. Packaging, labelling, etc. Agar nampak cantik & boleh compete d peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  14. Bagus karnival macam ni. Patut di teruskan untuk akan datang.

    Malam siap ada sesi ilmiah lagi.

    Semoga produk IKS berkembang pesat dan maju. Bagus untuk ekonomi usahawan malaysia.

    ReplyDelete
  15. Ohh bagus karnival mcm ni diadakan, boleh membantu usahawan tempatan untuk lagi teguh bertapak dan luaskan rezeki kan. Nampak meriah dan menarik dgn pelbagai aktiviti yg ada tu jugak.

    ReplyDelete
  16. I suka carnival yang boleh tambahkan ilmu. Usahawan yang baru memang perlukan bantuan untuk kick start dan bagus untuk economy negara. thanks sharing

    ReplyDelete
  17. Event sebegini mesti ada seluruh negara khususnya , ia dapat memberi satu informasi yang berguna pada masyarakat yang baru nak berjinak di dalam bidang keusahawan ini

    ReplyDelete
  18. Bagusnya program sebegini. Satu inisiatif dari SME yang memberi peluang dan ruang buat bakal usahawan. Nina sebagai pengguna pun suka pegi karnival gini. Best!

    ReplyDelete
  19. Ini adalah good program sebenarnya kerana apa pihak yang berwajib datang kepada rakyat dan juga kepada usahawan dalam memastikan mereka terus berkembang dan juga berjaya. Tengok aktiviti memang banyak meriah dengan program gambar pun banyak hehehehe..

    ReplyDelete
  20. Bestnya ada banyak program macam ni. Baru lah orang rasa berbaloi nak join event macam ni kan.

    ReplyDelete
  21. Memang terbaik program sebegini cuma ianya kurang diketengahkan dekat Sabah walaupun dekat KK sendiri. Tak tahu mengapa, sedangkan saya sendiri memerlukan event sebegini untuk mencari networking dalam perniagaan. Hope akan ada banyak event sebegini dianjurkan dekat negeri Sabah khususnya.

    ReplyDelete
  22. bagus nya join program macam ni. kena pandai rebut peluang. jangan di sia sia kan

    ReplyDelete
  23. Bagus ada program macam ni. Memberikan galakan, sokongan dan ruang untuk diterokai. Pengalaman2 yang sangat bermakna untuk masa hadapan. Semoga yang diberikan peluang memanfaatkan peluang sebaiknya.

    ReplyDelete
  24. Banyak nya aktiviti menarik. Usahawan pun kena la santai-santai beraktiviti sekali skala kan. Sambil buka mata masyarakat setempat ttg PKS ni.

    ReplyDelete
  25. Wah bestnya. Banyak aktiviti menarik diadakan. Macam macam ada kan

    ReplyDelete
  26. Bagus now orang east coast tak payah go to KL, lagi ramai orang Pahang boleh benefit kan

    ReplyDelete
  27. Event yang sangat menarik 👍

    ReplyDelete
  28. bestnya dpt join event keushawanan mcm ni..ciktom mmg suka..

    ReplyDelete
  29. Best klo de event mcm nie..suzie suka tgk produk-produk yg dijual..suzie memang support produk2 dia orang..

    ReplyDelete
  30. Suka juga join event macam ni. Boleh tengok macam-macam benda baru

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  31. banyaknya aktiviti!bagus ni dapat join!

    ReplyDelete
  32. Meriah betul nie !! Ruginya tak berkesempatan untuk turut serta. Next time kalau ada event mcm nie, nak pergi. Banyak info boleh dpt mengenai bidang nie

    ReplyDelete
  33. Meriah, usahawan kecil perlukan sokongan dan bantuan sebegini..

    ReplyDelete
  34. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  35. Bagus carnival mcm Ni. Benefit juga untuk usahawan kecil dapat pendedahan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2