hai assalammualaikum

Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang - Sekarang nad tengok ramai dah Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia ni. Kebanyakan orang kita memang suka buka bisnes secara kecil-kecilan. Kadang dengan berniaga ni, dapat puas kan hati diri sendiri dan orang lain. Kebanyakan orang kita ni memang kreatif, ada sahaja nak dijualnya, tak kira la dari segi makanan, minuman, kecantikan, kesihatan ataupun kraftangan. Tapi kadang, bila dah berniaga tak tau macam mana nak pasarkan produk mereka, atau yang nak berniaga tapi tak tau macam mana cara yang betul.


Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Hah!!, ni nad nak kongsi dengan korang, bagi orang Pahang yang ada perniagaan atau ingin menjadi usahawan, korang boleh datang ke Karnival Minggu Keusahawanan & PKS Di Kuantan. Karnival ini akan berlangsung pada 26-28 Julai 2019 bertempat di Teluk Cempedak. Tak rugi kalau korang datang sini. Banyak ilmu yang korang akan dapat. Karnival Minggu Keusahawanan & PKS ni dah ada dijalankan di Sarawak dan Kedah. Kali ni khas untuk orang Pahang pulak.

Antara objektif utama Minggu Keusahawanan & PKS ni ialah untuk :
● Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
● Membudayakan keusahawanan
● Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
● Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS




Karnival yang berlangsung ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan produk Keusahawanan PKS, menyertai aktiviti yang dijalankan dan mendapatkan informasi daripada sesi taklimat daripada agensi kerajaan dan ushawan yang terlibat. Paling best ada sharing session bersama usahawan berjaya. Masa ni la korang boleh korek rahsia mereka berjaya dan bagaimana mereka memasarkan produk mereka sehingga dikenali. Masa ni pun korang boleh beramah mesra dengan usahawan di situ dan mana tau, boleh bekerjasama sekali..Hah!!, pandai bercakap, banyaklah korang akan dapat.

Banyak lagi aktiviti yang dijalankan semasa karnival ini.  Tak nak nampak bosan, ada je aktiviti jualan, zumba, mewarna untuk anak-anak dan memasak. Sesuai untuk semua peringkat usia datang ke sini.





Baru-baru ni, program Business Matching telah berlangsung. Tengok ramai betul yang hadir. Bersungguh mereka datang sebab nak jadi usahawan yang berjaya..

Aktiviti seperti ni memang bagus bagi mereka untuk belajar bagaimana cara mempromosikan barangan dan memberi peluang perniagaan untuk mereka yang berminat menjadi usahawan. Masa ni la korang kene pergi..Pergi sini pun percuma je..tak perlu bayar apa-apa..

Pengusaha perlu mempunyai motivasi yang kuat dan berani dalam melakukan perubahan sekiranya ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Pengusaha harus beranikan diri melangkah keluar dari kedudukan sekarang agar dapat meningkatkan lagi ekonomi serta perniagaan yang sedang diusahakan. Korang harus bijak menggunakan peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta pandai membuat keputusan dalam membangunkan perniagaan yang korang dah bangunkan.






Nad suka ke tempat macam ni, sebab nad sendiri sebenarnya minat berniaga. Dulu pun nad belajar dalam bidang keusahawanan. Pernah menjual, pernah buat macam-macam di universiti. Memang bukan senang ye, sebab tu kena ada ilmu dan orang yang bimbing kita untuk berniaga ni. Jadi, untuk orang Pahang, korang save date tu, dan jangan lupa pergi ya...tak rugi pun..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

27 comments so far,Add yours

  1. menarik.. klu dekat harus pergi ni..

    ReplyDelete
  2. menarik ni ..peluang untuk timba ilmu jugak nii

    ReplyDelete
  3. I didn't know there's such an interesting talk in kuantan

    ReplyDelete
  4. wahh mcm2 aktiviti ada..demo masakan pun ada..menarik event ni..hari tu kat penang tak sempat nak join

    ReplyDelete
  5. Banyak aktiviti tu. Rugi org business x join karnival ni.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya karnival yang diadakan, macam-macam aktiviti ada. selain dapat timba ilmu, dapat juga membeli produk-produk pks yang dijual kat sana nanti.

    ReplyDelete
  7. Kalau orang orang bisnes datang karnival ni mesti banyak ilmu yang dieorang boleh dapat. Banyak aktiviti pulak tu

    ReplyDelete
  8. Teluk cempedak. Tempat kenangan zaman U dulu. Best dapat join karnival macam ni. Boleh dapat info2 baru

    ReplyDelete
  9. Wah menarik dan best untuk menimba ilmu di dalam bidang keushawan. Terbaik aktuivti yang di adakan. hehe

    ReplyDelete
  10. Menarik aktiviti dorang, klau ada karnival zira suka tengok aktiviti dia apa

    ReplyDelete
  11. Ala buat kat kampung kita tapi time ni kita tak balik sana lagi hehehehe Kalau tidak dah boleh kita pergi meriahkan majlis hehehehe tak apa nanti tunggu dekat-dekat kita pergi ok jom...

    ReplyDelete
  12. such a great event. is good to learn more things ..

    ReplyDelete
  13. fuhhhh~ minggu ni tapi sayangnya kat Kuantan pulak...kalau kat KL boleh singgah kannn

    ReplyDelete
  14. tu dia mcm mcm aktiviti ada.. bestnya bila sesekali join program yang mcm gini.. dapat kenal rramai orang dapat ilmu bau... paling best dapat muhasabah diri juga.. tp sayang walau buat kat pantai timur tp jauh nuu kat pahang haaa... alahai...

    ReplyDelete
  15. best talk camni.. boleh bag inspirasi pada kita

    ReplyDelete
  16. Bagusnya ada karnival sebegini. Tentu meriah kannn? Nak ajak husband pi laaa nanti. Nak ajak gak adek ipar, dia minat keusahawanan ni

    ReplyDelete
  17. Alhamdulilah. Rawlins suka acara sebegini sebab membantu meningkatkan ekonomi rakan-rakan yang mencari peluang menambahbaik ekonomi keluarga masing-masing. Harapnya ada perancangan untuk dibawa ke Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete
  18. Menarik betul karnival keusahawanan ni. Nanti nak suh adik kat kuantan join. Akak nak join jauh sangat..hihi

    ReplyDelete
  19. wow !! best nya !! nasib baik jauh.. hee~ kalau tak nak juga saya singgah sekejap..

    ReplyDelete
  20. SME usahawan ni amat baik untuk menggalakkan bisnes keusahawan di Malaysia. Berharap ramai pemuda-pemudi mengambil peluang ini untuk pencapaian yang berjaya.

    ReplyDelete
  21. Cx paling suka pergi karnival keusahawanan . Dulu pon aktif masa dkt sekolah dok berniaga. Kelab keusahawanan sekolah. Heheh cx pon jns suka berniaga. Memang seronok tapi skrg niaga onlin je hehe

    ReplyDelete
  22. Wow, talk tu percuma je kak Nadia? Bila free ni jadi teringin pulak nak pergi hahah. Tapi kemain jauh lagi Telok Cempedak. Kalau area yang berdekatan Nad, memang Nad terjah dah ni. Ilmu free business orang nak bagi heheh.

    ReplyDelete
  23. Wow this is good for the east coast people, they dont have to come all the way to KL to attend this carnival.

    ReplyDelete
  24. wowww.. karnival keusahawan.. best ni kalau dapat join.. suka aktiviti macam ni.. dengar talk tentang keusahawan ni boleh beri banyak ilmu untuk perbaiki kekurangan dalam dunia keusahawan

    ReplyDelete
  25. waah menarik, menambah ilmu. Semangat kalau dapat join program macam ni.

    ReplyDelete
  26. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete