BENGKAK LEHER, DISYAKI TIROID

in , , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid - Bila kakak kau seorang nurse, dan dia boleh nampak bengkak dekat leher kau, terus dia cakap


" diah, leher ko nampak besar la, pergi klinik cek, takut ko kene tiroid ke"..tu kata-kata sebelum raya haji, tapi aku tak pergi juga klinik.

Masa raya haji, aku balik kampung, kakak tegur lagi " ko tak pergi klinik lagi ke? , pergi la..nampak sangakt leher ko besar, bengkak ni "..aku dah mula cuak..sejak dia cakap tu memnag aku google je la pasal tiroid ni. Kakak sorang je perasa, aku, mak, atau suami, langsung tak perasan pasal bengkak dekat leher ni..huhu..


Kakak cakap, antara sebab tiroid, kurus badan tak naik, mata hampir terkeluar. Aku tengok diri aku, memang ada semua tu, tapi ni sejak dari sekolah lagi..mana la nak terfikir semua tu. Aku tengok leher sebelum ni biasa je ( yela tak tau lagi pasal penyakit tiroid ni ).

Dan, dalam beberapa hari tu, kadang-kadang, aku susah bernafas, aku fikir, rumah ni sempit. Tapi kalau balikkampung, ok je..Yela rumah kampung boleh keluar, udara lain sikit. Lepas tu aku cepat marah. Aku fikir, sebab aku banyak kerja. Kerja tak siap, anak kacau, memang la marah..huhu. Haritu susah nak tidur. Cepat debar, jantung laju. Tapi tu bukan selalu. Tu bila waktu aku macam banyak kerja, dengan perangai anak lagi..dengan keadaan rumah..sebab tu aku tak fikir lain.

Ada terbaca pasal tiroid, apa yang aku alami ni salah satu punca juga simptom tiroid.

Tapi dah kakak pesan, pergi jela klinik, dia ambil darah, je, nak tau ade tiroid ke tak..ok la aku pun pergi. Risau juga.

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid

Pergila klinik kerajaan. Jumpa doktor, bgtau diapasal bengkak leher ni. Dia tengok, dia syaki aku macam kena tiroid. Dah cakap macam-macam, dia google terus, pemakanan apa yang tak boleh aku makan.

Antaranya, brokoli, kobis, pasta,..ada lagi dia sebut, aku lupa. Dan kalau nak tau, makanan ni semuala yang aku suka makan..oh my..

Lepas tu dia suruh pergi cek jantung. Ya, jantung aku laju..ni pun salah satu antara simptom tiroid. Tapi dia masa tu tak kene ambil darah. Dia suruh datang bulan 10. Pergh!!, lambat..aku nak tau cepat.

Whatsup kakak aku, kemudian dia cakap, " cek jela dekat klinik biasa, cepat sikit. ambil darah sekejap je "..

Esoknya pergi klinik biasa, sebab aku sendiri dah risau, dan nak tau pasal penyakit aku ni. Macam biasa bgtau dekat doktor, kenapa. Dia cek, dia ambil pernafasan, tekanan darah semua.


Doktor ni cek, tengok leher, kemudian belakang, dia cakap ada bengkak sikit di bahagian leher belakang belah kiri. Dia cakap lagi, ada rasa mudah lupa tak, aku cakap tak..hhahaha..sebab setiap kali barang laki aku dia lupa letak mana, aku yang ingat atau jumpa. Melainkan aku buat kerja ruamh banyak, then aku lupa nak buat ape lepas tu..ahhaa..tapi tu biasalah mak-mak, dah buat tu nak buat ini..kihkih..

Pastu dia cakap ada rasa debar tak?, hah, tu aku cakap sekali sekala, nafas laju. Kemudian doktor suruh aku angkat tangan. Sebab salah satu simptom tiroid lagi, bila ko angkat tangan ke depan, akan goyang, macam mengeletar. Aku buat ok je..hahaa..

Weii doktor cakap, rambut gugu rpun punca tiroid..hahaa..aku memnag la ade rambut gugur, duk fikir sebab anak je..hehee..


Dia kata takpe, ambil darah nanti tau keputusan dekat situ. Doktor tu suruh nurse ambil jarum, untuk ambil darah tiroid. Macam baisalah, dah nampak jarum, aku paling ke tempat lain la. Darah pun dah ambil. Dah selesai, balikla..tunggu jele keputusan darah tu.

Dan semalam, klinik tu call, kata keputusan darah dah keluar. Harini aku pergi. Harap takde perkara yang membimbangkan..Risau memang risau, dan macam biasa, aku akan buat perkara macam tiada apa berlaku..

Ni antara info sedikit berkenaan Tiroid..

Tiroid ni ada dua tau satu hypotiroid dan satu lagi hypertiroid.

Apa itu kelenjar tiroid?
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan. Semua orang ada tiroid ni, tapi akan jadi maslaah jika

Hipotiroidisme: Apabila thyroid anda tidak mencukupi hormon tiroid. Ia juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Ini melambatkan banyak fungsi tubuh anda, seperti metabolisme anda.

Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
- Lesu
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
- Kulit kering
- Sembelit
- Sentiasa berasa sejuk
- Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

Hipertiroidsime: Atau tiroid terlalu aktif, menyebabkan tiroid anda membuat lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan anda. Ini mempercepatkan banyak fungsi badan anda, seperti metabolisme dan kadar jantung anda.

Gejala atau simptom Tiroid
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar
- Degupan jantung yang laju
- Mudah berpeluh dan panas
- Susut berat badan
- Lesu dan cepat berasa letih

Ni jela..nnati aku cerita lagi lepas dapat keputusan darah. Doakan kesihatan aku baik-baik sahaja ok.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. GWS NAD, semog alekas sembuh tau

    ReplyDelete
  2. gws nad semoga tidak apa2 yang serius la

    ReplyDelete
  3. kwn sy tiriod.. sian dia..
    kurus dia skrg.. huhuuu..
    arap nad xde pape la.. semoga sihat sllu.. =)

    ReplyDelete
  4. Semoga tak de apa² la.. Nad follow fb group untuk tiroid. Admin dia blogger lama tu. Kak pah syaripah nama dia.

    ReplyDelete
  5. moga baik-baik sahaja yea Nad. Ina pun kurus, setiap kali mengandung pula, mesti doktor syak tiroid.Haihhh, jenuh lah. Alhamdulillah, bukan pesakit tiroid.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2