hai assalammualaikum

Eatz @ Hong Kong The Garden Mall - Selalu sangat dah makan makanan Korea, Thailand,  Jepun,  apa kata tukar pulak,  sesekali makan makanan Hong Kong pulak. Yes, Hong Kong ye guyss.. tak terfikir macam mana makanan diaorang kan,  sebab jarang nampak. Nak pergi Hong Kong entah tak tau bila,  jadi, kita cuba dulu makanan mereka ni di Eatz Hong Kong dekat The Garden Mall. Kedai ni berada di LG Floor,  dan bangunan ni bersebelahan dengan Mid Valley Mall. Kedai ni baru dibuka, ia halal dan muslim friendly.








Nad suka dengan dekorasi kedai ni. Tengokla lukisan di dinding,  seperti berada di Hong Kong je. Lukisan ni dibuat oleh pelukis mural tempatan iaitu Aleff Ahmad mengisahkan tentang makanan Hong Kong. Cantik kan.

Dan kedai ni sangat luas, tempat duduk pun banyak dan selesa.  Memang lokasi yang menarik makan bersama keluarga atau rakan-rakan.


Ada kawasan playarea untuk anak-anak juga. Kalau bawa anak-anak makan luar,  memang seeloknya ada tempat khas anak-anak bermain. Walaupun tak sebesar mana tapi macam ni pun anak nad dah suka dah.. Takdela diaorang bosan kan.. Hehehe..

Jom tengok menu pulak..

Eatz @ Hong Kong The Garden Mall Menyajikan Pelbagai Jenis Menu Yang Menarik Untuk Dirasai


Selalu nak cari makanan Chinese ni yang halal memang susah dan kalau ade yang halal pun makanan sama sahaja dan sangat terhad.  Tapi, di Eatz Hong Kong, akan membuatkan korang pening nak memilih, sebab ia mempunyai hampir 100 menu yang menarik, dari appetizer,  makanan berat sampai ke dessert..hehehe..Yes,  100 menu yang ko rasa nak makan semua..




Tengok gambar dekat menu je dah buat rasa lapar dan terliur.. Apa yang ada dalam gambar sama je macam mana dihidangkan dekat kita.. Hehee..

Untuk pengetahuan korang, Eatz @ Hong Kong ni dibuka seawal 8.30 pagi. Jadi, mana yang berdekatan, nak sarapan pagi, bolehlah datang ke sini. Mid Valley ni memang kawasan yang sibuk kan, memang elokla Eatz @ Hongkong ni dibuka di sini.



Masuk je ke sini, ada makanan yang dipaparkan di bahagian hadapan. Hah, semua makanan ni boleh korang pesan. Antaranya ialah, Egg Tart, Polo Buns, Read Bean Ice Pudding dan air mereka yang korang boleh beli dan bawa balik ni..Memang wajib rasa ok..sedap ya amat.



Ada tiga jenis air iaitu kopi, milk tea dan Ying Yang ( gabungan kopi dan milk tea ). Nad minum Milk tea dan Ying Yang, memang sedap. Botol pun menarik kan.




Nad ni memang penggemar tart. Bila ada Egg Tart, laju nad order..hehee. Sedap guys..Anak nad, Fariza pun suka. Pastry dia rangup dan dalamnya, isi dia sangatla creamy, dan lembut.


Ni pulak Cheesy Ball. Tapi takde banyak cheese pun. Makan panas-panas baru sedap. Cheesy ball ni elok juga bagi anak-anak. Tengok Farhanah, menikmati cheese ball ni..

Yang tadi tu macam appetizer je,hehee, hah, ni nak tunjuk menu berat pulak. Haritu nad rasai sendiri menu di situ, antaranya Satay Beef Rice , Mala Spicy Jumbo Fish Balls , Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice, Swiss Sauce Chicken Wings, Fish Fillet Spaghetti, Braised Beef Brisket Rice , Ms Souffle, Polo Bun With Ice Cream (Strawberry) dan Red Bean Punch.


Mala Spicy Jumbo Fish, ni fishball yang pedas. Jadi kalau korang suka pedas, boleh order yang ni. Bagi nad takde la pedas mana, sebab nad memang suka jenis pedas-pedas ni.


Swiss Sauce Chicken Wings, rasa biasa, dan boleh dinikmati oleh semua.


Satay Beef Rice ni rasa daging tu memang macam satay..hehee..Dan makan pulak dengan nasi. So bolehla makan waktu lunch, atau petang atau malam, cari nasi, boleh cuba ni.


Untuk penggemar cheese macam nad, hah dekat sini pun ada menu cheese tau. Menu cheese dia memang lain daripada yang lain. Menu yang nad pilih Cheese- Baked Chicken Cutlet With Rice. Pergh, dia hidangkan panas-panas ok. Memang banyak betul nasi dia. Tak pelik sangat makan cheese dengan nasi, sebab memang kena sangat dan sedap giler. Ia digabungkan dengan potongan ayam yang digoreng rangup. Ayam pun elok je dimasak, rangup di luar, lembut di dalam. Selalu fikir, makan cheese, mesti muak, tapi buakn ni, takde muak langsung. Lagi nak masuk mulut dan habiskan..hehee..

Ada banyak lagi menu cheese ni, korang boleh tengok dekat gambar menu yang and letak dekat atas.


Macam Fariza, semestinya, kegemaran dia ialah spagetti. Jadi Fish Fillet Spageti untuk dia.


Ada lagi menu nasi untuk suami, iaitu Braised Beef Brisket Rice. Suami kita memang suka daging-daging ni. Menu ni berkuah, dan rasa dia ada masam manis macam tu, serupa macam asam pedas..ehhee..

Menu lain yang diperkenalkan,


Australian Beef Striploin


Smoked Duck with Pumpkin Rice


Mala Spicy Fishball in Dry Noodle. Nak makan ramen pun ade dekat sini. Nampak menyelerakan kan.


Curry Seafood Rice


Prawn Toast


Ok, untuk korang yang nak rasa pedas, setiap meja ada disediakan tiga jenis chili untuk menambah kepedasan pada hidangan korang. Rasa cili ni dari rasa cili biasa sampai cili yang paling pedas.


Semestinya dessert tak dilupakan lepas makan berat. Antara dessert yang dipilih ialah Ms Souffle . Weii serius, nad teringat sampai sekarang dan rasa nak datang semula lagi nanti sebab Ms Souffle ni. Korang tengok gambar, nampak sedap kan. Memang sedap gila. Ms Souffle ni lembut, fluffy, rasanya yang sangat light dan ringan bila masuk dalam mulut. Memang berbaloi order Ms Souffle ni tau dan menu yang tak dilupakan..hehee.. Walaupun kena tunggu lama dalam 20 minit, sebab mereka akan buat apabila di order, dan sampai dalam keadaan yang panas, korang mesti terus makan. Rasa dia lagi vavavom..rasa lembut sangat bila masuk mulut..yummy!!..Memang kene datang lagi semata untuk Ms Souffle..hehee..Ms Souffle ni dibuat dari kuning dan putih telur yang dipukul bersama.


Dessert lain Polo Bun With Icecream ( Strawberry ). Ni anak-anak sukala..hehee..sebab ada aiskrim..


Ada lagi iaitu Red Bean Punch..Macam ABC macam tu..memang sedap..


Polo Bun with Truffle Scramble Egg. Yang warna hitam tu, telur truffle hitam dalam mentega rangup yang digoreng. Lain daripada yang lain kan.


Red Bean Rice Pudding, pertama kali nad tengok. Cara makan dia macam makan lolipop..hehee..Tapi Tak keras pun, maksudnya makan pegang lidi dia tu..hehee. Tapi rasanya ada juga dihidangkan dalam bekas di hadapan makanan yang dipaparkan.

Ni antara air yang korang kene cuba, sebab air ni sangatla special dibuatnya..hehee..Korang tengok pun rasa wow kan..


HK Milk Tea On Ice Bed. Nampak lain daripada yang lain kan. Ais dia dibahagian luar. Memang rasa air ni asli dan kaw punya,  sebab ais di bahagian luar dan tidak bercampur.















Expressive Espresso. Ok air ni bila korang pesan, dia akan bawak sekali bekas tu. Kopi yang ada, dimasukkan dalam bekas. kemudian dipasang api, dan kopi akan keluar daripada bekas tersebut. Kemudian kopi yang dah keluar, diletak dalam cawan dan ditambah dengan susu.



Video macam mana terhasil, ni nad sediakan.


Pineapple Punch



Kebanyakan makanan di Eatz @ Hong Kong ni, dibuat dan diproses sendiri. Dari bahan mentah dan dihasilkan menjadi menu yang sangat sedap. Bagi nad, makanan di Eatz @ Hong Kong ni memang lain daripada yang lain dan sangat unik dan jarang jumpa. Rupa unik tapi rasanya memang sedap sampai buat kita taknak lupakannya ok..hehhee. Makanan sedap, kerana sentuhan daripada chef profesional itu sendiri. Kekreatifan Chef Johnny berasal dari Hong Kong ni, telah membuat hidangan  menjadi sangat asli dan pelanggan terasa betul seperti berada di Hong Kong. Dibantu juga oleh Chef Kak Noor yang manis ni.

Antara menu yang nad suka dia Eatz @ Hong Kong ni semestinya Mala Spicy Jumbo Fish, Cheese- Baked Chicken Cutlet With Rice dam Ms Souffle..


Memang enjoy makan dekat sini, dengan pelbagai pilihan menu yang ada. Sesuai untuk semua usia, dari anak-anak kecil sampai la dewasa. Memang suka sangat dengan persekitaran kedai ni, makanan yang unik dan sedap, dengan harga yang berpatutan. Nad memang recommend sangat korang datang kedai ni dan rasai sendiri menu di sini. Tak dapat pergi Hong Kong lagi tapi dah boleh rasa Hong Kong Cuisine di Malaysia ni..hehee..Cuba tau..cubaaa...


Eatz @ Hong Kong The Garden Mall
Alamat : LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City
Facebook : EATZ at Hong Kong 
Instagram : @eatz_hk 
Twitter : @eatz_hk 
Phone Number : +603 – 2201 0886
Email (Enquiry) : info@eatzhk.com.my
Website : www.eatzhk.com.my
Operating Hours : 8.30am – 10.00pm Daily
SHARE 33 comments

Add your comment

  1. dh xpyh pegi hongkong..
    kat sni pon ade.. hihi

    ReplyDelete
  2. Pineapple punch tue macam sedappppp je...

    Baru-baru ini ada juga lalu dekat area Garden Mall... Maybe tak perasan kot.. Next time boleh juga singgah sini

    ReplyDelete
  3. Uishhh sedapnya tgok makanan Hong Kong ni. Sis masa ke sana dulu try gak makan makanan dia yg halal, mmg sedap. Now dah tak yah ke sana dah..kat sini pun dh leh cari

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan makanan kt sini.. Nampak best pulak hihi

    ReplyDelete
  5. K.Sal tak pernah try lagi menu Hong Kong . Nampak menarik jugak menu yang disediakan. Ada peluang nak ajak la Mr Husband gi sana. Yang penting Halal !

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak pernah rasa makanan Hong Kong. Banyak jenis noodle ye. Memang macam Chinese cuisine. Eh yang milk tea tu best. Saya pernah gi Jepun dan kalau gi kedai, asyik pilih Milk Tea je!! Macam teh susu la gitu. Haha. Ying Yang tu best la, first time dengar ni kopi campur teh! Camne la rasa dia..

    ReplyDelete
  7. Tengok gmbr pun menyelerakan, belum makan lagi.

    Kter kalau boleh, memang suka g kedai makan yang tak ada play area utk budak sebab nak anak fokus makan. nasib baik anak suka makan. so, makan makan dan makan.hahaha

    ReplyDelete
  8. Menariknya deko dan makanan kat sini Nad, teringin pulak Kak Sue nak cuba..

    ReplyDelete
  9. Smoked Duck with Pumpkin Rice tu nasi ke nad? Kenapa tak macam nasi pun.bubur?

    ReplyDelete
  10. Wahh sekarang dah ada makanan Hong Kong yang boleh dinikmati oleh orang Malaysia tak perlu nak terbang kat sana kan hehehe. Takut sekarang tengok orang Hong Kong merusuh ganas tapi makanan mereka sedap-sedap berlaka...

    ReplyDelete
  11. nampak sedap menu2nya,eh botol tu boleh bawa balik ke kalau minum kat situ pun?

    ReplyDelete
  12. 100 menu? Memang lama la Rawlins nak memilih makanan kat situ.
    Rawlins tertarik dengan minuman dia tu - nak try la kelak.

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak menu yang ada kat sini kan Nad. Nampak sedap menu yang ada. Nanti nak ajak suami makan kat sini la

    ReplyDelete
  14. Nak makan makanan Hong Kong takyah pergi luar negara dah ye. Dalam malaysia pun ada. Hehe..
    Suka tengok cara air kopi tu dibuat. Menarik..

    ReplyDelete
  15. banyaknya pilihan makanan hongkong kat sini. Semuanya nampak sedap dan menarik. terutama milk tea dia nampak kaw giler..ingat nak cubalah nanti...

    ReplyDelete
  16. cantik la tempat dia. cosy. another port nak ajak kawan lepak. hehe. semoga harga dia okei okei sahaja.

    ReplyDelete
  17. Wowww!!...tgk gambar pn dh rasa lapar....mesti sedap2 menu dia...boleh jgk nnti ajak en suami ke sini cuba makanan kt sini..

    ReplyDelete
  18. looks so yummy.. no go hong kong also can experience delicious hong kong foodie.. nice leh..

    ReplyDelete
  19. TB tertarik tengok yang section cheese lover tu.. hehehehe.. kalau menu ada cheese rasa nak cuba je.. menarik semua menu dia

    ReplyDelete
  20. Tak pernah tau mcm mana menu dan makanan hongkong. Hehe. First time tau bila baca review ni. Nampak sedap menunya. Harga pun boleh tahan. Bolehlah bwk member ke sini nnti.

    ReplyDelete
  21. Banyak menu dia...semua nampak sedap. Belum pernah try lagi makanan hong kong ni.

    ReplyDelete
  22. OMG all these good food makes me feel so hungry

    ReplyDelete
  23. Okay semua makanan2 dia buat zaza rasa teruja untuk mencubanya nanti.. Tart telur tu so yummyyyy

    ReplyDelete
  24. wah. nampak sedappp semuanya nad. wlupun agak pelik tapi tb teringin nak try Baked Chicken Cutlet With Rice. sebab nad kata sedap dan tak muak

    ReplyDelete
  25. Sally ada lalu last week, ingatkan kedai non halal...kalau tau la cuba harituuuu...dah la xtau nak makan kat mana masa tuuu...sbb malas nak berjalan ke Mid Valley blk...nnt nak g...dapnyaaa nmpk tart tuuu

    ReplyDelete
  26. Banyaknya pilihan. Semua nampak sedap sgt. Nak juga lah g sini nanti.

    ReplyDelete
  27. Alamak.. Kenapa nampak sedap2 semuanya ni... Geram lak tengok... Banyak juga menu yg ada cheese ek... Ms souffle tu mcm sedap je...

    ReplyDelete
  28. Banyaknye menu.. Semua sedap2 pulak tu bolehlah try lepas ni.. Tq Nad info

    ReplyDelete
  29. Makanan hong kong memang sedap. Lps ni dh tak rindu makanan hk..kat sini pun dah ada.

    ReplyDelete
  30. Terliur tengok option makanan. Sedapnya!!! Baguslah ada banyak pilihan lain-lain, kalau datang makan ramai-ramai ada banyak option untuk puaskan tekak masing-masing. Bolehlah datang cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  31. Cheese is irresistible! Mouse mommy and kids MR MH love cheese always! Will definitely go eat with family! Looks like authentic HK Foodies!

    ReplyDelete
  32. omg !!! nampak sedap betul makanan-makanan dekat restoran nie. rasa macam nak makan semuanya. okay nanti boleh singgah bawak family ke sini. mesto dorg suka

    ReplyDelete
  33. fuhhh terliur ni..hehehe..sedapppp tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2