hai assalammualaikum


Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap - Pertama kali rasa kopi yang betul-betul KAW!! Tak manis, rasa kopi tu memang asli. Makanan pulak sedap dengan suasana yang santai. Hah, tu la kedai makanan yang nad pergi di Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur. Lokasi kedai ni berdekatan dengan MRT Pasar seni. Jangan risau, ada tempat parking untuk kereta, tapi kalau malas nak bawak kereta, boleh je naik MRT..senang..


Hari cuti haritu, Sempena Hari Keputeraan Agong, nad dan keluarga  pergi jalan-jalan ke Pasar Seni. Disebabkan dah lama tak jalan area situ, jadi kami pun menghabiskan masa dalam Kuala Lumpur sahaja, duduk rumah pun bosan. Lagipun, ia berdekatan juga dengan Petaling Street. Sebelum jalan tu, mestilah kene isi perut dulu. Dah kenyang baru syok jalan-jalan kan..ehehe.

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur, Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap

Luckin Kopi ni, dari luar tengok kedai macam Chinese punya je, sebab dia macam kawasan China Town, tapi jangan risau, kedai ni Halal dan makanan yang dihidangkan pun makanan Malaysia yang biasa kita makan. Harga sangatla berpatutan.




Kedai pun macam rumah je..hehee..Tu baru luar, belum tengok dalam. Masuk je dalam, wah!!, dekorasi memang santai dan kampung gitu. Memang unik sangat. Kedai ni ada dua bahagian tau. Dan ditengah-tengah kedai ni, ada kawasan menarik untuk bergambar dan bersantai sekejap.



Hah, ni la tempat dia..cantik kan..Ada kerusi, pokok, air..Memang menarik..Sangat sesuai makan sini dengan keluarga atau rakan-rakan. Oh dekat sini ada juga disediakan WIFI free..hehee..


Menu Luckin Kopi, Asian Cuisine

Ok jom tengok apa yang nad makan waktu tu.



Kalau dah namanya kedai kopi, mestilah minuman dia kopi. Kopi dia bukan baisa-biasa, kopi dia memang KAW punya..Kopi yang diproses sendiri dari bji kopi segar yang memberi aroma kopi yang menyenangkan. Memang syok dapat layan kopi dengan keluarga atau rakan-rakan.

Untuk air nad pilih kopi Luckin Kopi Kaw Peng dan Luckin Cham Peng. Siapa pengemar kopi memang patut cuba datang minum kopi dekat sini.

Banyak pilihan makanan yang ada dekat sini, iaitu Nasi Lemak, Pasta, Chicken Chop, Hotpot dan Dessert.

Sebab dah lama tak makan Chicken Chop, nad pun order Chicken Chop with Sos Salted Egg. Set ni sekali ada kentang dan timun. Nampak je simple, tapi sos tu yang menarik kan. Selalu makan balckpepper je, hah sekarang kita cuba Chicken Chop dengan Salted Egg.


Perghh, memang tak salah pilih order, sedap sangat. Ingat pelik ke rasa dia..hehee..Cicah sos tu banyak-banyak, memang tak berhenti makan. Ayam pun digoreng sempurna je, garing diluar lembut di dalam. Memang terbaik.

Chicken Chop ni ada tiga jenis, Chicken Chop Salted Egg, Buttermilk Sauce dan Hainanese.

Mr Mafia pulak, pilih Nasi Lemak, tambah dengan side dish Buttermilk Prawn. Dia kalau tak makan nasi, tak boleh. Mujur ada Nasi Lemak. Sambal dia sedap, dia cakap. Nad rasa pun, sedap, pedas dan memang kena dengan tekak. Buttermilk prawn dia pun not bad.


Nasi Lemak biasalah, ada timun, ikan bilis, kacang, dan yang ni ditambah dengan keropok. Side Dish ada macam-macam, selain Butermilk Prawn, ada juga ayam berempah, ayam goreng, kari ayam, rendang ayam, sambal udang, sambal petai dan sambal sotong.


Kitaorang ada juga order makanan dalam Hotpot. Hotpot untuk yang ada cheese. ada dua menu pilihan, Cheese Chicken dan Fries dan Indomee Cheese dan Egg. Siapa yang suka cheese, boleh order. Nad pilih Cheese Indomee ni. Yummy..Makan dekat sini, ringan-ringan je. Memang kenyang. Indomee dengan cheese, memang sedap..Telur pulak jenis tengah kuning cair..pergh memang marbelous.

Snack untuk anak-anak, pilih kentang goreng. Banyak lagi snack yang ada.


Masa kitaorang pergi cuaca panas, dengan jerebu segala. Jadi nak sejukkan badan, kitaorang order ABC untuk dessert.

Selain makanan dekat atas nad order ni, ada lagi lain, seperti Toast, rojak, baos, dan macam-macam lagi la. Memang semua makanan Asian punya.


Petai Pasta Menu Rare Di Luckin Kopi

Dan menu paling rare yang mesti korang tak pernah jumpa, ialah Petai Pasta..hehee..Rare kan..Mana ada tempat lain, buat pasta dengan petai. Nak order, tapi dah habis..nampak sangat tinggi permintaan tu. Nad ni dahla giler petai..ehhee..Nampaknya kene datang lagi untuk rasa Petai Pasta tu..

Hah, korang pun kene cuba rasa ok. Tempat best, makanan pun sedap. Kalau boleh nak je makan semua apa yang ada, tapi perut tak muat..makan yang di pesan ni pun dah kenyang giler..Puas hati sangat..Kena cuba kopi dia..kaw sangat..


Korang kalau nak datang sini cuba, boleh
Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
( berdekatan dengan MRT Pasar Seni )
Tel : 016 – 3976898
Facebook: https://www.facebook.com/luckinkopi/
Instagram: https://www.instagram.com/luckinkopi/
SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Nampak tempting.. Nt boleh singgah ni

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ABC tuuuu...terliur weeiii..

    btw, yg duduk kat kerusi santai tu, kakak dengan adik2 nya ke?mak mana mak?heheheh

    ReplyDelete
  3. bestnya ! another port untuk lepak lepak and makan makan dengan kawan kawan atau keluarga. tentunya sedap kopi kaw tu !

    ReplyDelete
  4. cafe hipster dengan sajian menu yang menarik! hmm rasa macam nak try lah pegi situ nanti

    ReplyDelete
  5. Tempat dia cantikkk.. Next time boleh la singgah makan sini.. Menu dia pun best2 tengok

    ReplyDelete
  6. Menarik tempat dan makanan kat sini Nad..

    ReplyDelete
  7. DESIGN KEDAI SANGAT CANTIK DAN MENARIK YER MEMANG MENJADI TARIKAN HEHEHE TAMBAH LAGI DENGAN PILIHAN MAKANAN YANG SANGAT NAMPAK MENYELERAKAN BUAT KITA NAK CUBA LAH BILA NAK AJAK KITA MAKAN SEKALI NI HEHEHEHEHE...

    ReplyDelete
  8. Wahhh deco dia cantik. Nampak esklusif dan lain dari yang lain. Geram tengok kopi tu. Nak juga. Hihihi

    ReplyDelete
  9. serius cantik tempat ni. tengok menu-menu diorang pun mengancam sungguh. best ni dapat lepak sini.

    ReplyDelete
  10. Jarang kedai makan yg nampak hipster jual makanan yg ada petai. Kalau petai tu rangup perhhh sedapnya.

    ReplyDelete
  11. Kak Sam sedappppppnyaaaaaaaa. Hajak kitaaa next time! HAHAHAHAHA. Alaaa kita semalam semalam kat area ni jugak. Nampak sedap-sedap makanan dia nampak old recipe yang sedap tu. Pekat likat padu aummmm. I tau kawasan ini boleh jalan kaki je! Nak goooo nak makan nak rasa. Tapi harap tak penuh sebb ruang kecik kan hehehe.

    I nak go ambik gambar toooo!

    ReplyDelete
  12. Cakap pasal rasa kopi kaw teringat kluang rail coffee. Best tengok menu dy. Macam2 jenis ada so takde lah krik2 sgt nak order apa. Boleh lepak sini bila dtg kl melawat adik jat sana. Tq share...

    ReplyDelete
  13. Ramainya orang kat sana. mesti sedap kan kalau tak mesti x ramai org nak datang situ selalu. Haishh makin byk la wish list kedai nak sggah kalau balik KL ni haha

    ReplyDelete
  14. Mata Rawlins terus terbuka tengok deko dia yang cantik - ada feel ala-ala rumah lama gitew.
    Then ternampak plak ABC - memang sesuai la dengan cuaca panas kan.
    Naik MRT la senang ye tak.

    ReplyDelete
  15. Tempat cantik Menu menarik. Boleh cuba ke sini nanti.

    ReplyDelete
  16. sedapnya makanan kt sini. btw suka degan suasana dkt kedai ni. nampak cantik dan unik. bolehlah singgah nnti sbb selalu jugak pgi mrt pasar seni tu. :)

    ReplyDelete
  17. all the food looks so tempting.. i start feeling hungry and feels like wanna eat now... hmm..

    ReplyDelete
  18. Nanti Kalau pergi KL nak singgahlah nampak sedap menu2 yang dikongsikan

    ReplyDelete
  19. Tak sangka dalam kedai ada dekorasi cantik mcm tu. Ramai juga customer. Nanti boleh cuba. Suka kopi stail lama-lama. Hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2