hai assalammualaikum

Teh Boh Digemari Ramai Walaupun Sudah 90 Tahun - Teringat dulu, zaman kanak-kanak, mak selalu sediakan sarapan pagi atau minum malam dengan air teh BOH. Kitaorang adik beradik, cepat-cepat duduk, dengan cawan masing-masing. Lepas tu, ambil biskut dan cicah. Sambil makan, sambil berborak...rindu sangat waktu tu. Sebenarnya sampai sekarang nad masih buat pun, dengan anak sendiri la..hehee..Teh BOH memang digemari walaupun sudah 90 tahun lamanya. Minuman teh yang menyegarkan dan sedap dinikmati dengan apa sahaja makanan, seperti nasi lemak, kuih, pencuci mulut dan macam-macam lagi.


Teh Boh Digemari Ramai Walaupun Sudah 90 Tahun, Ada BOH Ada Ummph!!

Teh BOH minuman teh popular sejak 1929 lagi. BOH telah wujud selama 90 tahun dan masih kukuh "Experteas" dan merupakan jenama untuk setiap generasi. Teh BOH ni telah menjadi air minuman ruji masyarakat Malaysia, tidak kira Melayu, China dan India. Ia telah menjadi sebahagian daripada keluarga sejak zaman nenek moyang lagi. Nad pasti, air teh BOH ni ada di simpan di setiap rumah di Malaysia.


Minuman ini digemari kerana aromanya yang memikat. Aroma teh BOH sememangnya menjanjikan kelainan rasa dan keunikan tersendiri. Rasanya yang sedap, masih tidak berubah, warnanya yang menarik, dan ketika menikmati air ini, memang dapat melegakan tekak dan menghangatkan badan. Sekali minum, memang rasa Ummph!!!!..


Teh BOH dihasilkan di Cameron Highlands

Korang mesti tau dari mana teh BOH ni dihasilkan. Semestinya tempat percutian yang digemari ramai iaitu Cameron Highlands. Salah satu tempat yang wajib pergi apabila bercuti di Cameron Highlands ialah Ladang Teh Sungai Palas. Teruja sangat kan melihat ladang teh yang menghijau, landskap yang menakjubkan dan pemandangan panorama yang menakjubkan, ladang teh benar-benar indah.

Cameron Highlands adalah salah satu tempat pertanian yang paling subur di negara ini, yang mempunyai semua ciri-ciri yang sesuai untuk meningkatkan teh yang luar biasa. Dengan persekitaran tanah tinggi beriklim nyaman dan tanah yang subur serta kepakaran yang diwarisi turun temurun telah menghasilkan teh BOH yang cukup istimewa dengan aroma dan ciri-ciri tersendiri.


Teh BOH diproses dengan teliti untuk mendapatkan kualiti teh yang bagus. BOH menggunakan gabungan kaedah tradisional dan moden untuk menuai dan menghasilkan teh asli yang asli, rasa dan aroma tersendiri.


Dengan Potbag BOH, Minuman Teh Mudah Disediakan

Kalau dulu, teh BOH keluar dalam bentuk serbuk, kemudian dikeluarkan dalam bentuk uncang atau potbag. Minuman teh jadi bertambah mudah disediakan dengan hanya memasukkan teabag ke dalam sebuah teko, dan rendamkan dengan air panas. Kemudian ditambah sedikit gula bagi menambah kemanisan air teh, Siap!!..Dah boleh dihidangkan. Satu potbag BOH cukup untuk satu teko dan diminum beramai-ramai. Potbag nampak sahaja kecil tetapi ia membawa kehangatan dan
kebahagiaan untuk semua generasi.



BOH Menjadi Sebahagian Isi Rumah 

Sampai sekarang, nad dah bekeluarga pun masih minum air teh BOH ni. Suami nad memang gila kan air teh lagi-lagi teh BOH ni. Stok dekat rumah memang sentiasa ada, tak pernah tak ada. Pada nad, BOH dapat menyatukan keluarga dan memberi ikatan yang kuat sebab semua orang suka dengan teh BOH. Sampai anak-anak sendiri suka minum air teh ni. Anak-anak ikut cara mak waktu kecik. Minum air teh dengan biskut..hehee..


Kemana-mana sahaja, pasti akan ada minuman teh ni. Kepekatan, keunikan dan perisanya, telah menghasilkan teh keemasan kepada mereka yang ingin menikmati masa-masa yang teristimewa bersama keluarga dan sahabat handai. Yang pastinya, Ummph dikongsi bersama. Tanpa teh BOH, rasa tak lengkap je. Bila tetamu datang ke rumah, pasti minuman teh BOH ni akan dihidangkan. Sambil minum, sambil berborak menghabiskan masa bersama.


Ketika buat kerja pun, nad menikmati dengan secawan teh BOH..Masa tu, rasa dapat pulak banyak idea, dan kerja dengan keadaan yang tenang.

BOH telah menjadi sebahagian daripada isi rumah dan menjadi kegemaran semua orang, bukan sahaja orang tua, dewasa, malah anak-anak dapat menikmati air teh ini. BOH dapat memupuk perpaduan dan mewujudkan keseragaman di kalangan orang yang tersayang.


Teh BOH Boleh Dinikmati Pelbagai Cara

Sebenarnya, air teh ni bukan diminum sebagai  air teh biasa sahaja, malah boleh dinikmati dengan banyak cara. Antaranya, air yang nad buat ni, air teh BOH ditambah dengan halia dan madu. Cara ni bagi membuang angin dalam badan.

Banyak lagi cara, seperti teh ais lemon, teh susu, dan macam-macam lagi.


Teh BOH memang digemari walaupun sudah 90 tahun lamanya. Tidak sah bagi masyarakat Malaysia jika tidak menikmati teh tarik dalam sehari. Ia seperti minuman wajib bagi rakyat Malaysia. Minuman teh yang menyegarkan dan sedap dinikmati pada bila-bila masa sahaja, sama ada pagi,petang atau malam. Teh BOH sudah terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.


Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan BOH boleh layari
Website: https://bohtea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/bohteamalaysia/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. My fav ! Dah 90 tahun dah fuhhh

    ReplyDelete
  2. Kak nima sekeluarga suka tea BOH sebab rasa nya yang unik lembut jer....

    ReplyDelete
  3. Memang amalkan boh dari dulu. Green tea pon guna boh punya

    ReplyDelete
  4. Suka boh dari dulu lagi berbanding jenama yg lagi satu. Turun temurun family suka

    ReplyDelete
  5. Suka buat teh o nipis..segar je masuk lalu kat tekak. Teh Boh memang sesuai sangat untuk seisi keluarga

    ReplyDelete
  6. So far Boh Tea is the best among the rest! Syaza suka 😊

    ReplyDelete
  7. Teh boh mmg wajib ada..aroma dia sedap

    ReplyDelete
  8. Tak sangka kan.. Dah berpuluh tahun jenama ni. Mak abah zaza pun selalu beli jenama ni. Mmg sedappp

    ReplyDelete
  9. Dah lama kan jenama teh Boh nie.. harus ada setiap rumah kan..

    ReplyDelete
  10. brand lagend ni.. semua org suka teh..

    ReplyDelete
  11. Teh Boh memang jadi pilihan. Tak kisah nak minum panas ke, sejuk ke... nyaman je tekak :)

    ReplyDelete
  12. Teh boh ni memang sedap, bila minum waktu pagi rasa segar tekak tau

    ReplyDelete
  13. Kalau teh memang tak cari lain. Teh boh dari dulu.

    ReplyDelete
  14. Teh Boh mmg pilihan kami sekeluarga sejak dulu lagi...

    ReplyDelete
  15. Tak sangka dah lama BOH ni.

    ReplyDelete
  16. Dari kecik mmg family suka teh BOH. Cuma baru tau yg teh ni dah lama rupanya.. thankyou kongsi!

    ReplyDelete
  17. Teh jenama BOH memang tidak asing di Malaysia di gemari segenap usia. Satu informasi yang sangat bagus. Lepas ini boleh cari balik BOH . hehe

    ReplyDelete
  18. Siapa yg x kenal jenama boh....sejak turun temurun lg jenama teh ni dh ada....mmg dari dulu lg ramai yg gunakan jenama ni...

    ReplyDelete
  19. Suka jugak Teh Boh, aroma bau dia sangat menyelerakan. Nak pulak kalau minum panas²!

    ReplyDelete
  20. sokong keluaran tempatan. salah satu tempat wajib singgah semestinya ladang teh boh di cameron. dengan kepelbagaian perisa teh sekarang ni, memang boh menjadi pilihan utama.

    ReplyDelete
  21. boh antara brand ayu akan beli sebab ayu tahu kauliti teh dia memang terbaik..dan minum teh ni macam terapi dia memberi kesegaran dari dalam....kalau ke cameron mmg tak sah kalau tak singgah ladang teh heheheh

    ReplyDelete
  22. Teh boh sememangnya kesukaan satu keluarga saya. Dari dulu hingga sekarang masih guna produk yg sama sebab kualiti dan rasanya yg sangat sedap dan kena dgn citarasa keluarga.

    ReplyDelete
  23. Woahhh Kak Sam! Dah 90 tahun rupanyaaaa! Lama jugak kan teh boh. It's good they take it from Cameron daripada tanah air sendiri. For me teh boh ni kalau yg tak berapa nak suka teh pahit can try drink this one. Sbb dia light2 je. I suka buat ni as teh o~

    ReplyDelete