October 2019
hai assalammualaikum


Memasak Dengan Kreatif Menggunakan Teh BOH Bersama Dato Fazley Yaakob - Korang mesti biasa kan minum air teh BOH. Air teh BOH yang menggamit memori dan sentiasa ada di sisi kita tidak kira waktu gembira atau sedih, waktu hujan atau panas. Aroma dan rasanya yang masih sama dan tidak pernah berubah. Baru-baru ni, nad ada join satu majlis BOH sempena ulangtahunnya yang ke 90 di SukaSucre Bistro. Selalunya, teh BOH, kita buat minuman, tapi pada haritu nad belajar memasak dengan kreatif menggunakan teh BOH. Tak sangka, teh BOH boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Nak tau juga macam mana cara dan rasa dia.





Ni antara produk BOH yang ada. Nad selalu nampak teh BOh bungkusan merah dan teh BOH Green Tea je..Lain jarang sekali. Korang boleh nampak, ada pelbagai jenis teh BOH yang ada.


Selamat Ulangtahun BOH yang ke 90 tahun. BOH dah lama di pasaran dan semua menyukai air teh BOH ni. Air yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.


“Sebagai sebuah jenama yang telah berada di dalam pasaran selama 90 tahun, kami amat mementingkan konsistensi dan kualiti produk kami - dari segi rasa, aroma malah warna teh itu juga. Bakal mencecah satu abad, kami berazam untuk terus memberikan pengguna kami yang terbaik. Kami juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar dikenali sebagai minuman sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, kami sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Oleh itu, dalam acara sebegini dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan teh dalam masakan harian mereka untuk rasa yang lebih Ummph!” jelas Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersil BOH Plantations.

Memasak Dengan Kreatif Menggunakan Teh BOH Bersama Dato Fazley Yaakob

Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) yang ke 90, Dato’ Fazley telah bekerjasama denagn BOH, dan pada haritu, Dato’ Fazley Yaakob akan menunjukkan cara terbaru menikmati teh BOH. Teh BOH bukan sahaja boleh dibuat minuman, malah boleh juga digunakan dalam pelbagai masakan. Semasa sesi demonstrasi memasak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre, BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea untuk menggunakan teh di dalam masakan harian.


“Saya benar-benar teruja bila pihak BOH menghubungi saya untuk mencipta menu menggunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan masih belum ramai yang mencubanya lagi. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan. Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperolehi di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah dapat menambah lebih ‘Ummph’ dalam ketiga-tiga hidangan ini.” kongsi Dato’ Fazley, jurucakap jenama BOH.

Dengan mencipta tiga hidangan mudah iaitu, Ile Flottante menggunakan BOH Hibiscus Zest, Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim, Kek Cawan Teh Tarik dengan coklat putih dan krim Teh Hijau Jasmin, BOH terus kekal dekat di hati rakyat Malaysia melalui citarasa tempatannya yang sememangnya ekstra Ummph!


Gigih ambil video Dato Fazley buat demo masakan menggunakan teh BOH. Nak tunjuk dekat korang semua, teh BOH yang digunakan tu..hhehe..



Memulakan acara masakan adalah sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan ini digunakan untuk memasak meringue bagi menghasilkan Ile Flottante dengan kehalusan tekstur serta kombinasi rasa buah-buahan, bunga-bungaan serta daun pudina.




Sajian seterusnya mengajak para jemputan untuk turut sama memasak  hidangan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Ia menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menghasilkan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu malah kaya dengan remedi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Penggunaan bahan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta manakala Sirih Purut pula meningkatkan keenakan rasa berkrim yang pedas serta amat menyelerakan.


Untuk pencuci mulut pula, Teh Campuran Segera 2 dalam 1  digunakan untuk menghasilkan Kek Cawan Teh Tarik yang penuh berkrim, dengan kehalusan tekstur serta dilengkapkan dengan topping coklat putih dan krim istimewa berperisa Teh Hijau Jasmin. Uncang Teko BOH juga boleh digunakan untuk menghasilkan kek cawan ini.

Resepi yang dihidangkan Dato Fazley Yaakob ada nad bubuh dekat bawah sekali..korang boleh scroll sampai bawah..kot nak cuba buat kan.

Keunikan Teh BOH dalam masakan

Kalau korang minum air teh, mesti korang suka aroma dia kan. Hah, teh BOH dalam masakan, boleh mengharumkan rumah sebab bau dia yang tersendiri tu.

Lagi satu, teh BOH boleh menghilangkan bau hanyir seafood seperti udang, sotong dengan hanya memasukkan uncang BOH Herba Ratus ke dalam air yang penuh, kemudian rendamkan seafood dalam air tersebut. Takde bau hanyir dah..bau sedap ada..hehee..


Selepas selesai Dato Fazley Yaakob menyediakan 3 hidangan, giliran kitaorang yang hadir pulak untuk masak satu menu yang ditunjukkan Dato Fazley tadi..Hah, masakan yang kitaorang kena buat ialah Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim. Pertama kali nampak produk BOH ni, dan pertama kali kitaorang cuba masak menggunakan herba ni.


Setiap kumpulan ada tiga orang. Nad bersama dengan Kak Sueaida dan Nuramni.




Bila dia cakap start je, terus kelam kabut..hahaa..Resepi kami semua campak-campak je. Yang pentig ikut apa yang Dato Fazley tadi buat..ehhee..


Setelah bertukus lumus, hasilnyaa..seperti dalam gambar..hehee. Nampak pelik tapi rasanya kebabom ok...hahaha.. .Aroma teh yang menyegarkan, rasa yang sedap, buat makanan menjadi unik dan enak...


Bila Dato Fazley rasa, debar weii..Kira pertandingan juga la, siapa paling sedap, plating menarik ada hadiah..hehee..

Tapi kitaorang tak bertuah..hehee..Takpe, yang penting harini nad belajar sesuatu yang baru, dimana teh BOH boleh digunakan dalam masakan.

Bawah ni nad sediakan resepi tiga hidangan yang Dato Fazley buat tu.

BOH TEA RECIPES



1) Hidangan Pertama : Île Flottante
Hibiscus Zest Infused Poached Meringue with Butterscotch Sauce and Mixed Berry Compote

Ingredients
Poached Meringue (îles)
5 bags BOH Hibiscus Zest
Egg white
Caster sugar
Fresh Milk

Butterscotch Sauce
1 bag BOH Hibiscus Zest
Butter
Brown Sugar
Salt
Fresh Cooking Cream

Toppings & Plating
Mix Berries
Cinnamon Powder
Lemon Zest

Directions
Poached Meringue (îles)
1. To prepare the poaching liquid, heat the milk and infuse with Hibiscus Zest tea bags
2. For the îles, in a separate bowl, whisk the egg white until it is cloudy
3. Slowly add sugar and continue whisking
4. Crush tea while it remains in the tea bag
5. Add crushed tea in egg white
6. Continue whisking until egg white is stiff
7. Remove tea bags from simmering fresh milk. The colour of the tea from the tea bag should have a hint of lilac purple
8. Take a spoon full of îles, flip it halfway through to place it in poaching liquid
9. Remove îles from poaching liquid when they puffed up and firm

Butterscotch Sauce
1. Melt butter in a heated frying pan
2. Caramelize brown sugar with butter
3. Crush tea while it remains in the tea bag
4. Add crushed tea in the frying pan after cutting it open
5. Slowly add in fresh cooking cream to simmer
6. For additional flavour, add a pinch of salt

Toppings
1. Grease pan with butter
2. Pan fry mixed berries and cinnamon powder
3. Pour a little bit of Hibiscus Zest infused milk from the poached meringue for extra flavour
4. (Optional) Sprinkle a tinge of brown sugar

Plating
1. For serving, pour butterscotch sauce onto the bottom of individual plates
2. Place poached meringues (îles) on top of each serving
3. Drizzle with toppings
4. Sprinkle with lemon zest for a pop of colour
5. Serve


2) Hidangan kedua: Herba Ratus Seafood Pasta with Sirih Purut Infused Cream

Ingredients
3 bags of BOH Herba Ratus
3 bags of BOH Sirih Purut
Spaghetti
Fresh Cooking Cream
Shrimp
Mussels
Squid
Portobello Mushrooms (Sliced)
Garlic (Chopped)
Green Chilli (Chopped)
Sesame Oil
Butter
Olive Oil
Salt
Chilli Flakes
Bunga Telang (Butterfly Pea Flower)
Cherry Tomatoes
Pucuk Pegaga (Pennywort)

Directions
Spaghetti
1. In a large pot of boiling water, cook pasta according to package instructions
2. Drain well and set aside

Seafood
1. Infuse 3 bags of Sirih Purut in boiling water
2. Slightly salt water for added flavour
3. Add in seafood to boil
4. Leave to cool in a bowl

Sauce Base
1. Using the same pot where the seafood was prepared, infuse cream with 3 bags of Herba Ratus
2. Leave to simmer
3. In a separate sauté pan, melt butter together with olive oil
4. Sauté chopped garlic and green chilli
5. Season with salt
6. Add mushrooms to sauté pan
7. Add in Sirih Purut infused seafood to fry
8. Add in some water from the seafood
9. Pour Herba Ratus infused cream into sauté pan and stir well
10. Sprinkle chilli flakes and add some sesame oil
11. Add in pasta and stir well
12. Season dish with salt again and add one or two spoons from the seafood

Plating
1. Line plate with banana leaf
2. Place pasta on plate with seafood on top
3. Decorate with bunga telang, pucuk pegaga, cherry tomatoes, and sprinkle chilli flakes
4. Serve


3) Hidangan Ketiga:Teh Tarik Mug Cake with White Chocolate Jasmine Green Tea

Ingredients
Cake
2 Packets BOH Teh Tarik 2-in-1 (can also be made using BOH’s Potbag Tea)
All-Purpose Flour
Baking Powder
(Optional) Baking Soda
1 Egg
Fresh Milk
Butter
Brown Sugar

White Chocolate Cream
5 Bags BOH Jasmine Green Tea
White Chocolate (Chopped)
Fresh Cooking Cream

(Optional) Plating
Cocoa Powder
Brown Sugar
Strawberries

Directions
White Chocolate Cream
1. Slowly heat the cream and infuse with tea bags
2. Leave to simmer before adding the bowl of chopped white chocolate
3. Let it sit to infuse before mixing with batter

Cake
1. Add Teh Tarik 2-in-1, All-Purpose Flour, Brown Sugar, Baking Powder, and Baking Soda to a large bowl and mix
2. Add egg to flour and mix
3. Add in milk and butter and mix until smooth
4. Fill half the microwave safe cup with batter
5. Microwave for 1 minute on maximum output

Plating
1. Spread white chocolate cream onto a plate
2. Remove cake from mug by turning cup upside down before placing it on the plate
3. Sprinkle with brown sugar and cocoa powder
4. To make it a Crème Brûlée Teh Tarik Cake, add brown sugar on top of the cake and torch till it makes a crystal sound when tapped on
5. Add strawberries for a pop of colour
6. Serve



Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat ini di dalam menu, BOH berharap dapat melahirkan minat rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan harian mereka disamping menyatukan hati mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH. Banyak lagi makanan yang kita boleh buat dengan menggunakan teh BOH, yang penting kreatif.

Sila cuba..resepi dah ade tu..hehee..

hai assalammualiakum,

#SunwayForGood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan di Lost Word of Tambun - Baru-baru ini, Sunway Group melancarkan program #SunwayForGood Cheer Deepavali untuk memberi keceriaan  kepada 900 anak sekolah Perak yang kurang berkemampuan di Lost World of Tambun.

Selalunya, dalam perayaan, ramai yang meraikan festival ini dengan penuh kegembiraan, makanan yang sedap dan berkumpul ahli keluarga. Namun suasana ini kadangkala tidak dirasai oleh masyarakat yang kurang berkemampuan terutama yang ada di masyarakat B40. Oleh sebab tu, Sunway group membuat program ini supaya dapat memberikan senyuman kepada mereka yang memerlukan.



#SunwayForGood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan di Lost Word of Tambun

Selain membawa senyuman kepada masyarakat, program ini juga bertujuan memastikan masa depan anak-anak kurang berkemampuan ini melalui pendidikan. Program The #sunwayforgood Deepavali Cheer termasuk lawatan sambil belajar di Lost World of Tambun; pengedaran bekalan sekolah; menaik taraf perpustakaan sekolah; dan induksi program Bantuan Literasi ICT.





Program Lawatan Sambil Belajar di Lost Worl Of Tambun
Program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober di mana 160 kanak-kanak dari pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla membuat lawatan sambil belajar di Lost World Of Tambun dengan mempelajari tentang pelbagai haiwan di dalam zoo serta bagaimana untuk membina terratium.

Kemudian, sesi diteruskan di Lost World Hotel dan pelajar turut menikmati hidangan tengah hari yang lazat. Semasa majlis makan tengah hari, para pelajar menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, air dan bekas makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun cuci mulut dan sabun mesra alam oleh Sunway Hotels & Resorts dari Wong Wan Wooi dan YB Sivanesan Achalingam.



Program #sunwayforgood Deepavali Cheer yang disokong oleh Pejabat Ahli EXCO Perak, Jabatan Pelajaran Perak, dan Friends of Mankind direka sebagai tindak balas segera terhadap kajian yang menunjukkan terdapat penurunan kadar keciciran dari 0.35% pada 2016 kepada 0.29% dalam 2017. Melihat kepada kajian ini, kadar keciciran tertinggi terdiri daripada kanak-kanak dari kumpulan B40 kerana ketidakupayaan ibu bapa mereka untuk membiayai perbelanjaan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai YB Sivanesan Achalingam yang hadir pada majlis itu memuji inisiatif Sunway Group sebagai salah satu yang menyokong tumpuan Kerajaan Perak untuk menaikkan isi rumah B40.

"Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti pengenalan kad cat Kad Perihatin Perak, pengembangan projek pertanian masyarakat, rebat bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan kecil dan sederhana untuk membantu kumpulan B40 mengurangkan beban mereka . Inisiatif Kumpulan Sunway sangat penting kerana ia membantu anak-anak dan keluarga mereka memecahkan kitaran kemiskinan melalui memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang mereka layak. "


Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata bahawa keseluruhan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Sunway Group untuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk pembangunan mampan dan saksama tanpa meninggalkan sesiapa pun di belakangnya.

"Pengasas dan pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan menawarkan laluan terbaik daripada kemiskinan. Kami berharap dengan menjangkau 900 pelajar utama dari kumpulan B40 dan menyediakan mereka dengan keperluan sekolah, para pelajar akan bermotivasi untuk meneruskan pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah. Inisiatif #sunwayforgood kami telah mencapai sehingga 40,000 penerima, dan kami berharap dapat menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. "

Inisiatif Kembali ke Sekolah
Kumpulan Sunway akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan pengedaran bekalan sekolah pada 14 Oktober kepada 740 pelajar lain di SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor dan SJK (T) Kg Simee.


Pembekalan adalah sama dengan yang diberikan hari sebelumnya. Ia termasuk beg sekolah, peralatan tulis, kontena air dan makanan, multivitamin, pasta gigi, sabun pencuci mulut dan sabun bertekanan mesra alam sekitar dari inisiatif lestari Soapful oleh Sunway Hotels & Resorts.

Soapful adalah inisiatif lestari Sunway Hotels & Resorts yang menumbuhkan bar suntikan yang digunakan dari hotelnya. Bar sabun yang dikitar semula kemudiannya diagihkan kepada benefisiari terpilih untuk kegunaan peribadi mereka dan juga dijual sebagai sebahagian daripada program perusahaan sosial mereka di jualan amal, pasaran komuniti dan platform sosial yang lain. Projek yang dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2018 adalah kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi projek - Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Komuniti Belia Selangor (SAY).


R.E.A.D. Program
Kumpulan Sunway akan memulakan program Sunway R.E.A.D (Reading Increases Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan diubah suai. Selain daripada kerja-kerja membaik pulih, Sunway Group juga berusaha untuk melengkapkan perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan.

Kumpulan Sunway melancarkan kempen sumbangan buku mereka bulan lalu dengan Friends of Mankind. Buku-buku ini dikumpulkan di premis Sunway terpilih di seluruh negara dan buku-buku akan diberikan kepada perpustakaan sekolah.

Program Bantuan Literasi ICT
 #sunwayforgood membuat inisiatif jangka panjang untuk menjadikan pendidikan dapat diakses oleh pelajar yang layak di negara ini. Dimulakan dengan program Bantuan Literasi ICT pada tahun 2020. Program ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana para pelajar diajar asas-asas teknologi maklumat dan kemahiran pengaturcaraan.

Video Deepavali
Bagi memeriahkan lagi perayaan Deepavali, Sunway Group menayangkan video Deepavali yang menunjukan masyarakat berbilang kaum. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan bagaimana kita dapat menghargai dan merangkul keunikan dan perbezaan budaya kita.

Oh ada contest sedang dijalankan. Korang berluang untuk memenangi paket Deepavali dengan menonton video dan menjawab soalan dalam pautan di bawah: https://www.facebook.com/166738750044444/posts/2772232512828375/

Tahniah kepada pihak Sunway yang menjalankan program ini. Supaya program ini berterusan dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Website : www.sunway.com.my
FB :  Sunway Group
IG : www.instagram.com/sunwaygroupofficial
hai assalammualaikum

Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai - Suka sangat tengok orang main cube sampai terleka dibuatnya. Terfikir macam mana la diaornag boleh selesaikan cube tu dari warna bercampur sehingga dapat warna yang sama. Baru-baru ni, nad pergi ke pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa yang diadakan di Beaconhouse Sri Inai International School. Ramai pemain " cube " termasuk ibu bapa yang memberi sokongan pada anak-anak yang hadir pada waktu tu. Nampak satu keluarga duduk sebelah nad, tengok anaknya masih kecil, dah pro dengan permainan cube. Laju tangan dia selesaikan cube tu menjadi warna yang sama. Tak kelip mata tengok cara budak tu buat..hehee.



Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa ( The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 ) Di Beaconhouse Sri Inai

Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai ini disertai seramai 116 peserta dari seluruh negara, bukan sahaja Malaysia, malah ada Singapore, Indonesia, Thailand, India, The Philippines, Bangladesh, Taiwan, Korea dan The United States. Mereka semua datang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menyelesaikan cube.

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Dunia Cube - organisasi pengawalseliaan di seluruh dunia dan Persatuan Cube Malaysia - badan organisasi serantau. Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 memandang untuk memberi inspirasi semangat persaingan dan menggalakkan peserta dan penonton sama-sama untuk berfikir secara strategik dan penyelesaian dengan berfikir.


Menurut Nicki Coombs (Executive Vice Principal Beaconhouse Sri Inai International School);
"Beaconhouse is proud to have hosted this epic cube competition drawing in participation from enthusiasts across the globe. We have always been focused on holistic development and this was a great opportunity to empower children to continue to pursue their passion".


Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 pada haritu mempunyai beberapa kategori cube iaitu 2x2x2 cube, 3x3x3 cube, 3x3x3 one handed, 4x4x4 cube, 5x5x5 cube, Pyramix, Skewb, Megaminx and Clock. Pergh baru tau ada banyak jenis.

Tiga pemenang teratas dari setiap kategori akan mendapat pingat dan sijil rasmi pencapaian.



Banyak pemain cube yang muda-muda. Kagum pulak kita. Bagus ibu bapa turut sokong apa yang anak mereka lakukan..


Sebelum masuk bertanding, cube mereka akan dicek dahulu.

Kemudian masuk dan duduk di tempat yang disediakan mengikut nombor mereka.



Nad tengok je cara diaorang buat. Tak berapa paham, tapi masih nak tengok..hehee. Setiap kali mereka selesaikan cube, akan diganti dengan cube lain. Ada masa di setiap meja. Ramai yang menyelesaikan cube dengan pantas. Tengok depan-depan, pergh!!.. Nad tanya seorang ibu pemain cube di situ, dia cakap ada 5 cube kene selesaikan..hah macam tu la..


Pada haritu, ada juga seorang pemain cube yang merupakan pelajar Beaconhouse Sri Inai, Lim Hung turut hadir pada pertandingan itu. Kerjaya cubing Lim Hung semakin meningkat, merangkul hadiah top prizes at the World Cube Association Asian Championship 2018 dan memenangi anugerah teratas di rantau ini.


Pada hari tu, The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 telah ditaja oleh Mission Foods, JPearly, Good Morning, Global Nature World dan Arristo Italy.


Bagus juga pertandingan cubic ni. Anak-anak yang berbakat mdenagn permainan cube ni dapat sertai dan berjumpa kawan baru. Selain itu, apa yang nad tengok cubic ni memerlukan teknik dan penajaman otak untuk selesaikan cubic ni. Ia juga dapat melatih anak-anak untuk fokus dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Good Job Beaconhouse Sri Inai International School.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sekolah Beaconhouse, boleh layari www.beaconhouse.edu.my 

hai assalammualaikum

Oniey Beauty Treatment Rawat Masalah Kulit Sensitif - Tanya la pada sesiapa pun tak kira lelaki atau perempuan, pasti mereka inginkan kulit yang cantik, sihat dan flawless. Wajah yang sempurna menjadi dambakan semua orang. Sebab itu kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dalam diri kita, demi untuk keyakinan diri. Tapi, kita juga tak lari daripada masalah kulit, disebabkan persekitaran yang kotor, faktor pemakanan dan tekanan, salah pakai produk atau apa sahaja.

Nad juga pernah mengalami masalah muka yang teruk. Tiba-tiba je muka naik jerawat, dan kulit makin sensitif. Lagi kalau tersalah pakai produk atau kulit muka tak sesuai dengan produk tu, memang lagi bertambah teruk. Sejak tu nad berhati-hati memilih produk. Kalau sebelum ni, nad cuma pakai pencuci muka sahaja, takda pakai produk lain. Tapi, bila nad baca mengenai kecantikan, baru tau, bahawa kita patut pakai produk mengikut langkah yang betul dan antara produk yang patut ada dalam senarai ialah serum dan pelembap.

Serum dan moisturiser, merupakan barang skincare yang perlu dipakai. Serum dipakai sebelum moisturiser. Semenjak tahu serum memang bagus untuk menangani masalah kulit, terus nad pakai. Serum ni bagus sebab dia meresap terus ke dalam kulit. Selepas sapu serum, bolehla sapu moisturizer melembapkan kulit.


Oniey Beauty Treatment ; Acnex Serum Dan Lifting Moisturizing Cream Rawat Masalah Kulit Muka Sensitif

Nak kulit cantik, mestilah kena pilih produk yang betul. Macam nad, kulit sensitif, selalunya nad akan cari produk yang ada bagitau ia dapat merawat jerawat, parut , kulit berminyak dan lain-lain. Kalau setakat nak putih memang tak gunala. Ni nad nak kongsi produk yang dapat merawat kulit sensitif. Korang pun boleh cuba. Produk Oniey Beauty Treatment. Dalam satu kotak ada dua jenis iaitu Acnex Serum dan Lifting Moisturizing Cream. Produk ni sesuai untuk kulit sensitif, kering, berminyak dan jeragat.

Oniey Beauty Treatment Acnex Serum 15 mL

Acnex Serum menggabungkan herba cina teknologi kosmetik barat, gel yang dapat melegakan jerawat, mehilangkan kulit hitam dan sel kulit mati, mengawal pertumbuhan kuman, melegakan haba dan penyingkiran untuk menghalang rembesan minyak yang berlebihan, pori-pori tersumbat yang jelas, keluarkan jerawat dan bengkak.


Bahan yang terkandung dalam Acnex Serum ialah Witch Hazel, Niacanamid ( VIT B ), Ekstrak Cendawan dan Asid Glycolic, Ekstrak bunga Calendulla officinalis dan Ekstrak akar arctium majus.

Witch Hazel
- merawat jerawat
- merawat lebam dan parut
- mencerahkan sekeliling mata
- melegakan sunburn
- merawat kegatalan dan gigitan serangga
- melembapkan wajah dan mengawal minyak

Niacanamid ( VIT B )
- mengatasi Pigmentasi
- mengawal Pengeluran Minyak
- mengatasi penuaan pada kulit
- pudarkan Kesan Jerawat
- membersihkan / Mengecilkan pori pori

Ekstrak Cendawan
- megandungi astrigen & pelembap bantu kecilkan saiz pori , menganjalkan kulit dan memperbaiki tekstur tona kulit baik untuk kulit sensitif serta membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah sehingga kulit tidak sensitif dan tiada lagi jerawat

Ekstrak bunga Calendulla officinalis
- mengatasi jerawat
- mengatasi iritasi kulit
- menjaga kelembapan kulit
- mencegah penuaan

Ekstrak akar arctium majus
- akar Burdock mampu merawat masalah kulit seperti jerawat dan psoriasis.. Ia mengandungi
ciri-ciri antikulat dan antibiotik.. juga membantu melawan bakteria yang menyebabkan
jerawat..juga membunuh bakteria dan melindungi terhadap ketidakseimbangan kulit muka..

Asid Glycolic
- mencerahkan kulit
- meratakan warna kulit
- membersihkan dan mengecilkan pori-pori
- menghaluskan kulit
- memudarkan bekas jerawat
- melawan tanda-tanda penuaan pada wajah


Acnex Serum ni bentuk dalam botol dan penutupnya jenis pump. Mudah digunakan. Nad suka jenis yang macam ni. Boleh ambil ikut banyak mana kita nak. Tapi, selalunya serum ni sedikit sahaja pakai, dah boleh sapu seluruh wajah.


Oniey Beauty Treatment Lifting Moisturizing Cream 20ml

Lifting Moisturizing Cream, cream yang mengandungi kandungan yang sangat baik dari mutiara laut hyaluronic acid emulsion,yang dapat melembapkan kulit, memberi keanjalan kulit, dan kulit akan segar selalu.

Dihasilkan dari Ekstrak bunga matahari, ekstrak oren, Ekstrak Apple dan Ekstrak Biji Anggur. Menarik kan, produk dihasilkan daripada buahan dan bunga ni. Kita pun tau, produk alam semulajadi ni memnag best..hehee..



Kelebihan Oniey Beauty Treatment Lifting Moisturizing Cream

Ekstrak Bunga Matahari
- membantu mempertahankan kelembapan kulit
- mengandugi vitamin  E
- megatasi jerawat
- antioksida iritasi pd kulit sesuai untuk kulit sensitif
- membantu menigkatkan kelembapan kulit sesuai untuk kulit kering dan berminyak

Ekstrak Orange
- mebersihkan kulit kulit mati
- merawat luka
- merawat kulit kering
- mencerahkan kulit
- megecilkan liang ling pori

Ekstrak Apple Stemcell
- mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan membaiki
- epidermis lapisan kulit luar serta memgurangkan kedutan pd kulit
- bertindak sebagai anti penuaan bantu menjadikan kulit lembut gebus licin anjal serta sentiasa lembap segar dan bermaya .
- memudarkan parut jerawat dan jeragat
- menghilangkan lingkaran bawah mata
- mengurangkan blackhead dan whitehead

Ekstrak Biji Anggur
- melembapkan kulit wajah dan meningkatkan kolagen secara alamai membantu atasi kedutan serta mencerahkan kulit menghilangkan flek hitam di wajah.


Kalau tengok tekstur dia macam gel dan bila disapu dia macam bertukar menjadi cecair. Muka pun jadi lembut dan lembap je.



Cara menggunakan produk Oniey Beauty Treatment

Selepas cuci muka, ambil 2 ke 3 titis dan sapukan ke muka kemudian buat urutan membulat supaya dapat melancarkan peredaran darah serta mempercepatkan resapan ke dalam kulit. kemudian gunakan lifting moisturizing cream dan ratakan keseluruhan wajah untuk mengkalkan kelembapan wajah.


Hah, senang kan dua produk sahaja boleh selesaikan masalah kulit sensitif korang. Produk ni boleh digunakan bukan hanya untuk wanita, malah lelaki pun boleh. Yang penting kena pakai konsisten ye.



Satu lagi, hah yang ni korang tak perlu risau, produk Oniey Beauty Treatment ni selamat digunakan sebab kedua-dua produk ini telah pun berdaftar dengan NPRA ( Bahagian Regulatori Farmasi Negara ).Korang boleh semak sendiri di https://www.npra.gov.my ( Pilih bahagian cosmetic dan masukkan nama produk ).




Kalau korang yang ada kulit sensitif, kering, berminyak dan jeragat, dan mencari produk yang sesuai denagn kulit muka korang, boleh cuba Oniey Beauty Treatment ni. Korang boleh dapatkan di
Facebook pagehttps://www.facebook.com/OnieyBeautyHQ/
Instagramhttps://www.instagram.com/onieybeauty_hq/
Contact: Wasap no 0135927431