hai assalammualaikum


Tollyjoy Baby Day 2018 - Haritu nad pergi ke event Tollyjoy Baby Day 2018. Kali kedua nad turut serta dan ia lagi meriah. Nad tak pernah lepaskan peluang untuk turut serta event ini sebab banyak info dan topik yang menarik untuk dibincangkan. Kali ni topik tentang Kesihatan Mental Anak dan Kemurungan Selepas Bersalin . Nad sendiri pernah hampir mengalami tekanan masa berpantang, pertama kali jadi ibu, pertama kali ada anak, dapat pula anak yang selalu menangis. Hampir rasa nak campak je, tapi syukur, iman masih kuat dan takda buat benda tu semua.

Sekarang banyak kes dera baby, bunuh baby disebabkan tertekan. Bukan senang ye nak jadi ibu ni. Memang seronok bila ada anak ni, lagi-lagi mereka yang pertama kali menjadi ibu, tapi kalau jiwa tak kental, tak tau nak buat apa, dapat pulak jenis anak nangis je. Bila penat dan tak cukup tidur, maka jadilah tekanan dan kemurungan. Sebab tu orang berpantang ni kena ada orang jaga dan bantu, atau ibu tu sendiri boleh pergi ke mana-mana untuk belajar tentang cara mengendalikan situasi bersama anak.

Disebabkan banyak dah kes yang berlaku, Tollyjoy Corporation dengan kerjasama OrphanCARE Foundation telah menganjurkan sebuah sesi interaksi bagi para ibu-bapa bagi memahami kepentingan dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental ibu dan anak. Perbincangan menarik ini disampaikan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS tentang cara menangani kemurungan selepas bersalin dan kepentingan kesihatan mental bayi. Sebagai seorang ibu, nad rasa, topik ini sangat perlu ditekankan supaya kita, sebagai ibu bapa dapat muhasabah diri atau membantu orang lain yang dalam kemurungan ni.

Tollyjoy Baby Day 2018

Dilancarkan sebagai initiatif khusus bersama OrphanCARE Foundation pada Jun 2015, Hari Bayi Tollyjoy ditujukan khas untuk menghargai si kecil dan mengiktiraf kepentingan perjalanan yang dilalui oleh para ibu-bapa dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ia turut merupakan sebuah hari untuk meraikan kepentingan kasih sayang sesama ahli keluarga dan penjagaan bagi setiap orang anak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.

Seterusnya ucapan daripada Pengurus Tollyjoy. Sejak 1971, Tollyjoy telah menyokong para ibu dan anak-anak dan Hari Bayi Tollyjoy merupakan bukti bagi sokongan ini, dan ia akan kekal komited untuk memberikan yang terbaik bagi menangani keperluan para ibu-bapa dan anak-anak mereka.


“Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik,” kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation.


Sheerin Khan, Advocacy, Communications and Fundraising Manager of OrphanCARE Foundation  berkata, “OrphanCARE turut berasa gembira turut serta dalam Hari Bayi Tollyjoy kerana ia sejajar dengan pendirian mereka – untuk meraikan bayi-bayi dalam pelbagai cara yang mungkin dan menyokong perjalanan para ibu-bapa.

"Acara tahun ini adalah sangat penting kerana kami meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental para bayi dan ibu. Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria. Selain itu, para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik.”

Topik: Kemurungan Selepas Bersalin

Meh nad kongsi info topik yang dbincangkan pada waktu itu. Topik tentang Kesihatan Mental Baby dan kemurungan selepas bersalin. Topik ini telah disampaikan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS.


Kemurungan selepas bersalin, ia adalah sebuah keadaan yang dikaitkan dengan perubahan kimia, sosial dan psikologi berikutan kelahiran bayi atau bahasa mudah yang kita boleh paham ialah meroyan. Jangan dibuat main dengan meroyan ni. Yela, ibu lepas bersalin, semestinya penat, sakit luka jahitan, anak pulak menangis siang malam, bukan mudah jadi ibu kalau tiada ilmu tentang parenting.


Walaupun punca sebenarnya masih tidak diketahui, keadaan tersebut boleh muncul dalam pelbagai simptom termasuk berasa sedih, mudah marah, cemas dan bimbang, berasa tidak mampu, merasa ganas atau agresif, mengasingkan diri dari orang-orang tersayang, berasa terputus dari bayi, meragui kebolehan diri untuk menjaga bayi dan/atau berasa bersalah kerana tidak menjadi seorang ibu yang baik dan pemikiran untuk membunuh diri.


Disebabkan inilah terjadinya tekanan dalam perasaan sehingga ibu yang baru bersalin akan terdengar-dengar suara, atau delusi atau halusinasi sehingga menyebabkan kecederaan pada baby dan diri sendiri. Sangat takut kan bila ni terjadi.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Malaysia 2016, 12.7% dari 850 orang responden telah didapati positif mengalami kemurungan selepas bersalin. Kemurungan selepas bersalin tidak semestinya berlaku sebaik selepas bersalin mahupun dengan kelahiran anak sulung. Simptom-simptom boleh muncul secara beransur-ansur dalam tempoh tahun pertama, atau selepas melahirkan anak kedua atau ketiga. Kita kaum ibu ni banyak kerjanya, bukan fokus satu sahaja, sebab tu kemurungan boleh terjadi.

Apa yang ibu-ibu perlu buat jika simptom meroyan tersebut ada pada diri??
- Pastikan keperluan asas anda dipenuhi
- Dapatkan bantuan di sekitar rumah
- Bercakap dengan ibu baru yang lain
- Dapatkan bantuan profesional

Bila diri rasa tak larat, penat, mintalah bantuan daripada keluarga. Luahkan apa yang dirasa. Paling penting adalah suami. Tugas suami sama-sama buat anak, sama-sama kena jaga..hehee. Suami jangan anggap perkara ni sambil lewa, kerana ia akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri. Kesian si isteri, terabai tanpa teman pada waktu-waktu yang amat kritikal dalam tempoh pemulihan si isteri (biasanya sewaktu tempoh berpantang). Suami perlu memahami kepayahan dan kesakitan isteri waktu berpantang.

Percayalah sikap suami masa merawat isteri dalam pantanglah yang akan menentukan tahap meroyan si isteri. Suami yang tak abaikan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dahsyat ni.


Sebenarnya, kemurungan selepas bersalin bukan sahaja terjadi pada para ibu, tetapi juga pada para bapa..huish terkejutkan..seram kalau dua-dua kemurungan..Sebab tu suami isteri kena saling tolong menolong. Bila tertekan, buat sesuatu yang boleh tenangkan diri dan rawat segera.

Topik : Kesihatan Mental Anak

Kemurungan selepas bersalin akan menjadi lebih teruk sehingga mengganggu kebolehan si ibu untuk berfungsi dengan betul, lalu mengakibatkan pengabaian dan menyebabkan tekanan pada anak.  Anak akan berasa terabai, lantas menyebabkan tangisan berpanjangan dan hubungan fizikal yang berkurangan di antara ibu dan anak.


“Tekanan pada peringkat bayi dan permulaan zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada pembesaran anak sehingga mereka dewasa. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara ikatan ibu-anak yang penuh kasih sayang dan perkembangan sihat emosi, sosial dan kognitif anak, terutamanya ketika dua tahun pertama kehidupannya . Oleh itu, persekitaran selamat, stabil dan penuh kasih sayang yang dibentuk sejak dari kecil akan banyak membantu dalam membentuk masa depan si kecil anda dan membuka peluang untuk kejayaan kemudian dalam hidup,” kata Foo.

Kesihatan Mental Anak amat penting dalam membentuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat. Anak dapat membantu mengawal tekanan, membantu mengawal emosi. Kesihatan mental ni juga memberi kesan kepada perkembangan kognitif, menjejaskan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain dan mempengaruhi pembangunan harga diri & keyakinan diri.


Sebab tu kita kena ada ilmu parenting, supaya tidak terjadi perkara yang boleh mengundang kepada masalah kesihatan mental anak. Kita tak sedar bahawa tekanan kita akan membuatkan kita mengabaikan anak-anak, sedangkan anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang kita dari baby lagi.

Ni adalah cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menggalakkan kesihatan mental bayi yang baik:
- Luangkan masa untuk berhubung dan berkomunikasi dengan bayi (senyuman, sentuh, bercakap, bernyanyi, urut)
- Ambil masa untuk memahami tingkah laku dan isyarat bayi anda
- Respons terhadap keperluan bayi anda
- Apabila mereka takut, marah atau cedera, peluk dan yakinkan mereka.
- Mengelilingi kanak-kanak dengan hubungan memupuk
- Membuat penjaga harian yang rutin, stabil, dan konsisten di rumah dan penjagaan kanak-kanak
- Menjaga kesihatan anda sendiri
- Model hubungan yang baik dan cara yang sihat untuk menguruskan konflik

Semoga ibu-ibu semua dijauhkan dari simptom meroyan ini dan berpantang dengan sihat. Jaga diri betul-betul semasa berpantang supaya semua gejala yang tidak baik dapat dielakkan. Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat kita akan rasakan apabila sudah mendapat bayi 


Bagi memeriahkan majlis lagi, mereka ada kan satu aktiviti yang menyeronokkan iaitu" Sketch The Baby " melukis gambar baby di atas piring kertas yang diletakkan  di atas kepala. Jadi pandai-pandaila korang lukis ye..hahaha..Nad punya entah jadi apa, takda rupa baby pun. Muka kemana, mata ke mana, telinga ke mana, rambut ke mana..hahaa.. Walaupun tak menang tapi nad seronok, sebab macam-macam ragam kita boleh tengok..hahaa.


Selain itu, pertandingan " Make your Baby Smile "..nad bawa Fariza ke depan, join sekali..Dia pun macam blur je apa yang mommy cuba buat..hahaha..Memang enjoy habis masa tu..nak bawak masuk adik, adik tidur pula.


Dan paling best, waktu event tu ada diberi seorang satu plant dalam pasu. Jadi kita kene jaga sampai dia tumbuh. Nama game ni " Grow a Plant"..tengok jela nad mampu ke tidak jaga pokok ni. Tumbuh ke tidak. Selalunya mati sahaja kalau tanam pokok..hahaa..





Memang enjoy habis kalau datang ke Tollyjoy Baby Day ni. Bukan sahaja dapat berkongsi dengan ibu-ibu tentang masalah yang dihadapi, malah dapat info yang menarik tentang parenting ni. Harap dapat join lagi nanti.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

28 comments so far,Add yours

  1. Setuju sangat Nad, kesihatan mental anak-anak sangat penting. Di corakkan sejak baby lahir. Jenama Tollyjoy ni memang bagus, dah lama ada kat pasaran. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  2. tollyjoy brand kukuh. dari kecil adik min dia pakai ni. now kakak kakak min pun pakai brand ni

    ReplyDelete
  3. Huhuhu.. Brand baby ai tau Anakku, Pureen dengan Johnson je..

    ReplyDelete
  4. harap takdelah simptom ni.Kalau ada pun ,nak berlaku..cepat cepatlah ingatkan allah.Banyak zikir,insyallah,setan tak mudah kawal diri kita.

    ReplyDelete
  5. Bahaya simpton ni... Tengok la kat surat khabar, banyak kes sebabkan kemurungan lepas bersalin...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya attend program camni, boleh tambah ilmu parenting.

    ReplyDelete
  7. kena ada persedian awl sebelum menjadi ibu..ambik info sebanyak mungkin kan

    ReplyDelete
  8. Such a lovely event from tollyjoy... it's great to create awareness on mental health issue.. most people will neglect this part which is truly important..

    ReplyDelete
  9. pokok tu bwa balik ke kak nad? so skrng apa ksudahan pokok tersebut?
    da nmpk hasil tak? hehe =p
    #tanyaje

    ReplyDelete
  10. Bestkan aktiviti macam ni. Macam2 ilmu kita dapat. Ibu2 zaman skrg mmg kena rajin datang acara seperti ininutk tambah ilmu 😍

    ReplyDelete
  11. Bagus majlis perkongsian ilmu macam ni..banyak yang perlu ibu2 muda pelajari especially masalah selepas bersalin, ramai ibu2 yang mengalami depression kan..eh pokok tu boleh bawa balik ke?

    ReplyDelete
  12. Takutnya kan bila dengar banyak kes sekarang ni. Dulu tak dengar sangat maybe sebab orang sorok-sorok. Hopefully Fadzi beranak berpantang jaga anak kali ni, tak ada apa apa masalah lah

    ReplyDelete
  13. Memang best join event macam ni. Dapat memberi pendedahan dan info untuk satu2 topik. Kita kena banyak belajar untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak kita. Brand ni masa Dania kecik pun pernah guna jugak.

    ReplyDelete
  14. Wah ramai juga ibu-ibu bersama baby comel. Kesihatan mental memang penting untuk memastikan kesejahteraan yang lain. Kalau mental tak stabil pemikiran pun sukar dikawal dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Baguslah sangat berinfo dangat post ini memang banyak perkara yang perlu ibu bapa ambil tahu bila mula ada orang kertiga dalam rumahtangga seperti anak memang penting supaya tak menjadi masalah gangguan mental...

    ReplyDelete
  16. Post partum depression and post partum psychosis is real and should be treated as serious matter. This mental illness after child brith can be treated and its important for the loved ones to detect this signs early and consult a medical professional. Its also main caise of suicide among new mothers as well.

    ReplyDelete
  17. memang bagus ibu muda join workshop sebegini yelah untuk tambahkan ilmu sebelum mendapat cahaya mata kan

    ReplyDelete
  18. Great workshop, postpartum depression can be a problem, I notice during my first I had it, I was so emotional and crying for no reasons at all but with help from family and friends it was just a phased.

    ReplyDelete
  19. Masuk workshop kebaikannya kita dapat tambah ilmu dan juga kenalan sebab masa nilah kita ada aktiviti dalam kumpulan dan sebagainya

    ReplyDelete
  20. bagus event tolly joy..dapat menyelami hati ibu-ibu yang ada anak kecil.especially yang rasa nak depress.

    ReplyDelete
  21. Tolly joy memang senang nak cari di pasaraya. Barang nya berpatutan dan nampaknya selamat di gunakan. Pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  22. Sekarang ni pun Maznee guna brand ni untuk botol susu anak. Ok lah, harga pun mampu mulik. Tak macam botol susu premium

    ReplyDelete
  23. Bestnya event macam nie. Penuh dgn informasi mengenai parenting. Bilalah nak merasa event parenting nie. Teringin pulak. Hahaha

    ReplyDelete
  24. Such an educational event for parents, and so much fun too. This is the first time I heard about post-partum depression for new fathers, as well as mental stress on babies. Scary!!

    ReplyDelete
  25. Jadi ibu tak semudah Yang disangka kan . Nampak mudah n best bila ada anak . Nak lalui tu yg pernah jadi ibu je merasa kan . Bagus juga program anjuran Tollyjoy sekurang-sekurangnya dapat membantu dan membimbing para ibu dalam proses pantang Dan kelahiran .

    ReplyDelete
  26. Wahh bagus event mcm ni. Info sharing yg menarik ni

    ReplyDelete
  27. Tollyjoy ni barang baby rupanya..

    ReplyDelete