Tollyjoy Baby Day 2019 peranan pasangan dalam membantu isteri dan membesarkan anak-anak

hai assalammualaikum

Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak - Rasa bertuah dapat sama-sama menyambut Tollyjoy Baby Day 2019 yang ke-5 pada tahun ni sejak pelancarannya pada 2015. Ini kali ketiga nad turut serta bersama Tollyjoy Baby Day, banyak ilmu, pelajaran berkenaan parenting nad dapat. Ya, menjadi seorang ibu bapa memang suatu pengalaman yang manis, tapi pada masa yang sama ia mendebarkan dan bukan mudah, lagi sekarang, sangat mencabar membesarkan anak. Sebab itu, kita perlukan ilmu supaya dapat mengendalikan tanggungjawab dengan betul. Banyak dah isu yang dikupaskan semasa Tollyjoy Baby Day, seperti Nutrisi Ibu Menyusu dan Mengandung, Kesihatan Mental Ibu dan Anak, kali ni, berkenaan Partners in Parenting.


Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak

Tollyjoy Corporation bekerjasama dengan PPAS ( Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ) Jaya One dan OrphanCare Foundation ( OrphanCare ) bagi melancarkan ' Partners in Parenting ', sebuah platform pendidikan yang menemukan para pakar dan ibu bapa untuk saling berkongsi sudut pandang, pengalaman dan pengetahuan sambil membina ' rangkaian sokongan ibu bapa ' bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka.



Pada hari itu, turut sama merasmikan ' Partners in Parenting ' ialah Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mr Mark Tan berkata " Sejak mula lagi, kami telah bekerjasama dengan Orphancare dan sehingga kini kami terus berkongsi visi yang sama, iaitu ' setiap kanak-kanak perlukan keluarga '. saban tahun, Hari Bayi mencetuskan perbincangan dan mendidik para ibu bapa menerusi topik keibubapaan. Kini, melalui inisiatif " Partnera in Parenting ' bersama PPAS, kami yakin dapat memberi kesan yang lebih lagi dalam kehidupan ibu bapa muda dengan membantu mereka membina asas yang kuat dalam membesarkan bayi mereka ".


Event diadakan di PPAS Jaya One Mall. Pertama kali nad datang ke sini, dan baru tau ada perpustakaan di sini. PPAS Jaya One merupakan satu-satunya perpustakaan yang terletak di pusat membeli-belah di Selangor. Ditubuhkan setahun yang lepas, PPAS sering dikunjungi oleh golongan bekerja, pelajar, freelancer, pesara, guru, kanak-kanak dan ibu bapa bekerja yang berkunjung bersama bayi mereka. Menarik sangat tempat ni. Fariza suka, sebab banyak buku, adik pulak suka sebab ada mainan lego. Semasa hujung minggu, perpustakaan ini penuh dengan ibu bapa dan anak-anak, terutamanya apabila storytelling diadakan.


"Selain menyediakan buku tentang keibubapaan, PPAS berharap untuk menyokong Tollyjoy dalam menjalankan 'Human Library' untuk bertukar maklumat dan pengalaman menjaga anak. Ini adalah sejajar dengan tujuan PPAS untuk mempromosikan perpustakaan kami sebagai rumah kedua, pusat pembelajaran, titik pertemuan, pusat rekrut dan pusat pembangunan manusia " Kata Puan Suzliana Abdul Hamid, Deputy director of PPAS.

Ok, topik kali ni memnag sangat best sebab melibatkan suami, bapa..hehee..

Perkongsian Suami , Bapa Membantu Isteri Menjaga Dan Membesarkan  Anak-Anak Dalam ' Partners in Parenting '

Nad join kali ni, sebab topik ni memang sangat menarik kerana melibatkan pasangan kita. Masa nak pergi ni pun, nad memang suruh suami sekali ikut..hhee. Saje nak bagi dia dengar talk, perkongsian dari golongan yang sama denagn dia, iaitu suami, bapa..hahaa..Yela, benda penting dan dia perlu tau juga tanggungjawab dia. Sebenarnya, tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak ni bukan isteri atau ibu sahaja, tetapi perlu bersama-sama.

Bapa juga memainkan peranan penting dalam mebentuk perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak. Suami menjadi tonggak sokongan yang penting kepada isteri. Isteri akan jadi kuat bila suami ada di sisi, turut sama membantu meringankan kerja isteri. Masa isteri berpantang pun, suami perlu memainkan peranan dalam menjaga isteri dan mengamalkan pendekatan 'serba boleh' dalam menjaga bayi mereka.

Dua orang suami yang berkongsi dalam menjaga dan membesarkan mereka. Seorang digelar ' Mr Mama' , bapa sepenuh masa, iaitu Ben Ashaari dan seorang lagi ialah ' bapa berpantang ', Alan Oh yang menjaga isteri ketika waktu berpantang.


Ben Ashaari, nad memang kenal dengan dia, dalam industri blogger ni. Nad kenal dia masa dia menjaga anak pertamanya, sehingga sekarang dia memilih untuk menjaga anaknya yang dah masuk 3 orang sementara isterinya pula bekerja. Beliau memilih untuk menjadi ayah sepenuh masa kerana baginya menjaga anak sendiri lebih puas dan seronok. Rutin harian dibuat dengan teratur dari mandikan anak, hantar anak ke sekolah, dan kerjanya sendiri iaitu menulis blog.

Beliau bimbang meletakkan ketiga-tiga anaknya di bawah bantuan penjagaan kanak-kanak. “Diri saya ini merupakan bukti bahawa ia tidak mustahil untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk memberikan kesan positif terhadap masa hadapan anak-anak kita.

Selain itu, sebagai seorang bapa, ia amat penting untuk menyokong bukan sahaja si anak, malah pasangan anda juga. Saya betul-betul percaya bahawa si bapa penyayang ialah asas yang penting untuk menjamin kukuhnya sebuah keluarga,”


Buat Alan Oh pula, beliau memainkan peranan yang sedikit unik berbanding para bapa di luar sana.

Komited selaku seorang bapa ‘berpantang’, beliau mempelajari amalan berpantang dan menjaga si isteri sehingga kembali sihat, justeru membolehkan isteri beliau fokus sepenuhnya untuk menjaga anak mereka yang baru lahir.

“Menyambut bayi yang baru lahir ialah waktu yang paling susah untuk ibu bapa, terutamanya buat mereka yang masih baharu di alam keibubapaan.

Walaubagaimanapun, ia ialah masa yang paling berharga sekiranya si ibu dan bayi diberikan ruang secukupnya. Ini masa yang bagus untuk mencipta kenangan indah antara ibu dan anak, seterusnya merapatkan lagi ikatan antara ibu dan bapa dan bayi baru lahir,”

Nad kagum dengan suami seperti ini, sebab beliau sanggup belajar bagaimana nak menjaga isteri berpantang. Belajar berkenaan herba, masak orang berpantang dan semuala. Beliaun belajar pun melalui youtube dan google. Jadi para suami di luar sana, takda la alasan cakap tak tau buat semua tu. Sekarang semua di hujung jari.


Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan.

Untuk maklumat lanjut tentang sesi ‘Partners in Parenting’, anda boleh ikuti
Facebook : https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/tollyjoymalaysia/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

21 comments so far,Add yours

  1. Kagum Rawlins dengan parents yang bekerjasama dalam membangun dan menjaga keluarga memasing - and now the fathers dah semakin banyak membantu. Good job guys.

    ReplyDelete
  2. memang kategori papa hebat lah kalau memilih untuk menjaga anak sendiri sambil buat kerja dari rumah kan. Memang kalau jaga anak dgn tgn sendiri, lebih puas hati dpt tgok anak membesar depan mata.

    bukan senang tau org laki nak buat kerja orang perempuan tu..org laki mmg kuat fizikal tapi bab anak ni lebih pada kena kuat emosi. semoga mr mama diberikan kekuatan mental dan fizikal utk terus mendidik anak dengan jayanya.

    eh..baru tahu jugak rupanya kt jaya one pun ada PPAS..selalunya pergi kat Shah Alam tu je..

    ReplyDelete
  3. Wah!!!!!!!! Bagus btul program Tolly Joy nie. Sesuai utk ibu bapa yg ada anak Kecik. I shall share this with my cousin. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Ibu bapa yang bakal memimang cahaya mata bagus mengikuti program ini. Good sharing.

    ReplyDelete
  5. banyaknya input menarik untuk parents! haaa nisa belum lagi lah haha, boleh tunjuk ni dekat kawan kawan yang lain yang dah berumah tangga.

    ReplyDelete
  6. bagus untuk ibubapa yang mencari informasi dan pengetahuaan tajuk parentinggggg.... apa pun bagi I sepatutnya bapa patut jaga anak anak... tanggungjawab anak anak sebenarnya tanggungjawab bersama tak boleh beza bezakan antara ayah atau mak kan..lama tak pakai tolly joys..

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing! I am a single mother and it will help a lot in my parenting! Thanks for the information too!

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada library dalam shopping mall. Menarik jugak tu untuk anak2. Pendedahan camni kita nak. Bapa pon kena main peranan sama. Baru tahu kepentingan bersama

    ReplyDelete
  9. Saya pun pernah datang ke library PPAS di Jaya One. Anak-anak saya join storytelling activity kat situ. Sambil anak kita main, kita pun boleh baca bahan bacaan kat situ. Buku agama pun banyak.. bagus ye event ni. Buat kat library je hehe

    ReplyDelete
  10. Seronok ada program macam ni. Program bagus untuk semua parents join. Dengar perkongsian dari parents lain

    ReplyDelete
  11. Parenting talk ni pada mulanya mek anggap tk perlu. Tapi bila kita ada anak tapi tanpa ilmu parenting memang kita akan fail. So siapa yang berdekatan baiklah join program macam ni.

    ReplyDelete
  12. memang sesuai untuk mereka yang sudah menjadi parent. untuk yg belum menjadi parent mcm saya ni, rasanya boleh jugak ke? haha.

    ReplyDelete
  13. bagus juga buat talk atau aktiviti macam ni ya.. sama2 kongsi ilmu

    ReplyDelete
  14. wah bagusnya paggil papa untuk share pengalaman jaga isteri & anak.. biasa kita dengar isteri je. menarik betul event ni. tempat pun ceria sesuai untuk anak-anak

    ReplyDelete
  15. Partners in parenting. Bagus tagline ni. Ada makna yang mendalam.

    ReplyDelete
  16. Mesti byk info yg nad dapat sepanjang perbincangan di sini kan. Mmg best dpt attend event mcm ni

    ReplyDelete
  17. 'Partners In Parenting'- this really interesting indeed. Having your partner or the father to play a role in taking care of the kids is probably not very popular way back 25 years ago when I had my kids. I glad this has changed over the decades & the father playing an important role to help out the mother.

    ReplyDelete
  18. Beruntung ada anak kecik, berpeluang ke event parenting cam ni. Sure byk info boleh diambil dlm setiap perkongsian

    ReplyDelete
  19. Brand tollyjoy memang dah lama dipasaran. Antara produk yang kak liez guna untuk anak-anak. Bukan sahaja bagus tapi harga affordable. Mudah nak cari dikedai dan pasaraya

    ReplyDelete
  20. best yer dpt join event parenting cam ni

    ReplyDelete