hai assalammualaikum

Belajar Ilmu Pelaburan Saham Bersama Asri Ahmad Academy - Seumur hidup nad,  tak pernah nak ambil tau pasal saham.  Memang zero pasal saham. Tengok dekat tv atau suratkhabar berkenaan bursa saham, terus  blur, apa benda la ni. Lagi satu, nad selalu anggap kalau nak melabur saham kena ada duit banyak, takut rugi, dan banyak lagi negatifnya. Yela biasa tengok dalam drama, orang melabur sana sini kene tipu..seramm..Sampai la kawan ajak untuk join dia dengar satu Seminar Labur Saham bersama Asri Ahmad Academy di Tenera Hotel Bangi.


Mula terfikir,  buat ape nak join seminar ni, bukannya boleh buat apa,  nak labur saham perlukan duit. Lepas tu asyik dengar saham jatuhla, lagipun, nad ni surirumah je, boleh ke melabur? Tapi fikir punya fikir,  kenapa aku mesti tolak ajakan kawan tu kan. Sesekali pergi majlis yang diluar zon selesa kita. Sekurangnya dapat ilmu baru,  dapat belajar apa tu Saham sebenar dari dengar dari mulut orang tak berpengalaman, macam bajet bagus, baik ikut kelas yang memang diyakini dengan mentor berpengalaman.


Belajar Ilmu Pelaburan Saham Bersama Asri Ahmad Academy

Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan nad seperti biasa datang awal takut lambat..hehee. Sampai sana, nad tengok  bukan orang tua atau orang kaya je datang, tapi orang biasa, mereka yang muda remaja pun ada..perghh!!..Kira nad ni ketinggalan juga la kan..huhuhu..Memang ramai yang datang masa tu, penuh dewan. Kagum sangat guyss..Kira nad ni buat keputusan yang betul untuk datang ke Seminar Labur Saham ni dan belajar Ilmu Pelaburan saham


Kalau korang nak tau, nad join Seminar Labur Saham yang dianjurkan oleh Tuan Haji Asri Ahmad. Siapa beliau, meh baca nad kenalkan sedikit.


Berkaitan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad
- Berkelulusan dalam Diploma Analisa Pelaburan.
- Pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UITM oleh Bursa Malaysia pada 1997.
- Melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) dalam Kewangan di UITM dan seterusnya Ijazah Sarjana dalam bidang kewangan di UPM
- Merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts ( MSTA ) dan banyak lagi
- Baru-baru ni beliau telah memeterai usahama dengan Pusat Pungutan Zakat dan Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia sebagai ikon bagi program-program pendidik berkaitan pelaburan saham patuh syariah dan penyucian pendapatan melalui zakat.
- Beliau memiliki 11 buah buku tentang saham.

Anugerah & Penghargaan
- The One Awards 2018 (Outstanding National Entrepreneurs)
- Bumiptera Dealer Representatives Education Fund
- Bursa Marketplace Social Influencer of The Year 2018
- Ikon Uitm
- Top Remisier & Top Performer Dari Hong Leong Investment
- The Most Influential Young Entrepreneurs 2019


Ni merupakan pengalaman pertama nad mengikuti kelas belajar ilmu pelaburan saham ni. Ingatkan, seminar ni boring, tapi salah. Mula je seminar terus cergas mata dengar. Talk diberi sendiri oleh Tuan Haji Asri Ahmad.

Seperti yang Tuan Haji Mohd Asri Ahmad kata, sebenarnya, kalau kita nak tau sesuatu, kita perlu ada ilmu, itulah yang dititikberatkan Haji Asri dalam seminar. Ya betul, ilmu tersangat la penting, kalau takde ilmu, tu senang kene tipu masa nak melabur. sebab tu kene datang seminar seperti ni untuk dapat ilmu. Yang penting cari seminar yang dibuat oleh orang yang betul berpengalaman dalam dunia saham. Bukan yang duduk dekat kedai kopi, dok sembang kencang tu.

Lagi satu, berkenaan rugi. Rugi itu pasti, kalau tengok, mereka yang berniaga tu pasti akan rugi, takda yang untung selalu. Tapi bila kita ada ilmu dan teruskan belajar pasti dapat mengurangkan risiko kerugian itu.

Paling penting, bila Tuan Haji Asri Ahmad memberi penerangan bagaimana terjadinya halal dan haram saham tu. Ni pun punca salah satu sebab kita takut nak melabur saham, sebab fikir saham tu haram tapi sebenarnya tidak jika kita ikut jalan yang betul.

Banyak lagi Tuan Haji Asri Ahmad beri penerangan mengenai sahamni. Bayangakn dia bagi pencerahan tentang saham dari oukul 8.30 ehingga 2.30 petang tanpa berhenti. Kami yang hadir ni pun tak bosan mendengarnya, lagi tekun adala..hahaha. Tak tau kenapa, walaupun pertama kali datang, tapi jadi semangat bila join Seminar Labur Saham Tuan Haji Asri ni. Mungkin tengok ramai dah berjaya mendapatkan saham mereka selepas mengikuti seminar Tuan Haji Asri ni. Lebih dipercayai kerana cara dia sampaikan ilmu bukan biasa-biasa.

Ada satu tu, Tuan Haji Asri Ahmad berkongsi cerita dengan mereka yang dulunya susah, kurang bersemangat, dan apabila mereka join seminar ni, mereka terus bersemangat dan buat pelaburan, dan kini lehidupan mereka telah berubah. Antara yang nad rasa kagum ialah seorang surirumah. Memang sedih dengar kisahnya, tapi tak disangka, duduk rumah sahaja boleh labur saham. Semuanya dihujung jari. Perghh!!, hebat tak hebat la..Terus nad rasa, " kenapa aku tak boleh cuba kan. Kenapa aku tak boleh melabur "..Nad sendiri teringin rasa nak buat pelaburan dah..hahaa.

Jadi, jangan salah sangka, yang melabur ni hanya untuk orang yang berduit atau orang kaya sahaja. Habis semua benda negatif tentang saham, terus jadi positif lepas nad join seminar ni.

Pada nad, selagi boleh bercakap dan berkongsi, Tuan Haji Asri Ahmad, akan terus berkongsi, kalau boleh sampai malam pun takpa..ehehe..Bagi beliau, beliau ingin memartabatkan ekonomi ummah dengan melahirkan 1 rumah 1 pelabur berlandaskan syariah. Beliau akan berikan yang terbaik demi memastikan kepuasan pelanggannya.

Bagus tau korang join Seminar Labur Saham Tuan Haji Asri Ahmad ni, sebab selagi orang tu tak paham, selagi tu dia akan ajar sampai mereka berjaya. Akan ada kelas-kelas lain yang disediakan. Bila nad join seminar ni, baru nad tau, kita kene ada akaun CDS untuk melabur, tau macam mana pilih saham yang bagus dan banyak lagi.


Nad tau mesti ramai yang teringin nak belajar tentang saham. Nak tau apa itu saham, bagaimana nak pilih saham, nak jual saham, nak labur saham secara sah, selamat, mudah serta patuh syariah? Nad cadangkan korang join seminar Tuan Haji Asri Ahmad ni. Pasti korang rasa nak melabur juga. Takde dah alasan " aku ni ada gaji tetap, tapi takde masa macam orang lain. Modal nak melabur pun ikan bilis je..paling takut bila melabur, lebur pulak jadinyaa"..


Kalau takut, join seminar ni. Cepat-cepat korang daftar ke Seminar Labur Saham 2019. Sentiasa penuh seminar Tuan Haji Asri ni oii..

Maklumat lanjut boleh layari
https://www.asriahmadacademy.com/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Seriously LeYa memang suka join seminar-seminar yang menaikkan aura positif macam ni. Betul tu.. Nak melabur bukan pada orang kaya je.. Bestnya dapat dengar talk Tn Hj Asri ni

    ReplyDelete
  2. Memang minda terus terbuka bila dapat join seminar pelaburan saham dari Tuan Haji Asri Ahmad ni. Seronoknya bila semua orang boleh melabur saham yang penting kena ada ilmu dan berlandaskan syariah

    ReplyDelete
  3. All these while I don't really understand saham punya benda, tapi thank you for sharing.
    If i have chance , I will join the lesson too!

    ReplyDelete
  4. tahniah! penting untuk kita belajar ilmu2 macam ni supaya buat decision yang tepat. saya pernah juga melabur, tapi belum jual lagi.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya nak melabur atau memulakan perniagaan memang kita perlukan tenaga pengajar atau pembimbing yang pakar. Even dalam agam pun kita diminta mencari pakar agar tidak tersesat kan.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga mendalami ilmu sebegini, takde la tersilap langkah nanti. Mai pun kurang arif tentang pelaburan saham ni. Sesekali nak jugalah gali ilmu ni. Menarikk

    ReplyDelete
  7. Sapa nak cuba main saham kena ada ilmu. Bukan main hentam je. Tu yang mcm2 kes kena tipu la macam2 lagi.. first time dgr haji asri ahmad

    ReplyDelete
  8. Bagus join seminar mcm ni, tak rugi dok cedok ilmu dr org yg berpengalaman. Mana tahu satu hr terpikir nak main saham so ada le jugak ilmu yg ada

    ReplyDelete
  9. Bagus ada seminar pasal pelaburan nie..sdkit sbnyk dpt tmbh ilmu pgetahuan..

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya ada seminar mcm ni. Boleh tambah ilmu. Saya sendiri pun byk lagi fasal saham yg belum faham. Kallau ada rezeki in shaa Allah akan sertai.

    ReplyDelete
  11. Wah!!! Ramainya yang pergi ke seminar ni... tajuknya pun menarik gitu... yelah, kita ni perlulah mendapatkan info yang tepat daripada orang yang mahir tentang saham sekiranya kita ingin memasuki (menceburi) bidang ini... dengan itu barulah kita dapat memahami tentang apa yang perlu dilakukan kannnn...

    ReplyDelete
  12. saya paling susah nak paham saham ni, kene pergi la program macam ni supaya, senang . Ramai betul yang pergi seminar ni. Banyak info dapat tahu.

    ReplyDelete
  13. Wow sekarang dah beralih arah lak melabur saham hehehehe bagus kena ada ilmu macam ni sekurang-kurangnya kita kerja sendiri dalam menjadi usahawan dalam diam hehehe kita pun lama nak belajar....

    ReplyDelete