hai assalammualaikum

Ikan Masak Kicap Mudah Dan Senang - Lauk paling suka dengan anak-anak ialah masak kicap. Sebab anak-anak suka la makan nasi dengan kicap, sebab tu kalau buat kuah kicap, laju je diaornag makan. Kadang masak ikan kicap pedas, letak sambal, tapi kali ni tak letak sambal, buat biasa je. Bahan pun tak banyak guna. Orang lain cara masaknya ya..Yang ni dah malas sangat, jadi masak ikan kicap yang mudah dan senang sahaja..



Bahan-bahan
- Ikan kembung
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili merah sebagai hiasan
- Ketumbar
- Jintan putih
- Lada hitam sedikit
- Kicap kipas udang
- Sos tiram
- Sos cili

Cara membuatnya
- Goreng ikan kembung kemudian ketepikan..
- Blender bawnag merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih, dan lada hitam
- Tumiskan bahan yang telah diblender sehingga naik bau
- Masukkan kicap kipas udang tiga sudu, sos tiram satu sudu dan sos cili satu sudu. Sos cili bagi kuah pekat.
- Masukkan air sedikit.
- Kemudian letak garam dan perasa sedikit.
- Masuk ikan yang dah digoreng dan cili merah.
- Gaul-gaul dah siap..

Ok, selamat mencuba..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Sesekali kena Masak Kicap ni memang best tu. Hehe.. LeYa pun kalau buat, simple mcm ni je.. Xdelah nak banyak-banyak bahan kan.. Leceh..hehe.

    ReplyDelete
  2. Memang mudah nak masak lauk ni tapi kalau masak tak dapar sambutan anak anak.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Thanks for this wonderful content and information. I found this website eventually. Really good inoperative, Thanks for the post and effort! This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.

    ReplyDelete