hai assalammualaikum


Memasak Dengan Kreatif Menggunakan Teh BOH Bersama Dato Fazley Yaakob - Korang mesti biasa kan minum air teh BOH. Air teh BOH yang menggamit memori dan sentiasa ada di sisi kita tidak kira waktu gembira atau sedih, waktu hujan atau panas. Aroma dan rasanya yang masih sama dan tidak pernah berubah. Baru-baru ni, nad ada join satu majlis BOH sempena ulangtahunnya yang ke 90 di SukaSucre Bistro. Selalunya, teh BOH, kita buat minuman, tapi pada haritu nad belajar memasak dengan kreatif menggunakan teh BOH. Tak sangka, teh BOH boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Nak tau juga macam mana cara dan rasa dia.





Ni antara produk BOH yang ada. Nad selalu nampak teh BOh bungkusan merah dan teh BOH Green Tea je..Lain jarang sekali. Korang boleh nampak, ada pelbagai jenis teh BOH yang ada.


Selamat Ulangtahun BOH yang ke 90 tahun. BOH dah lama di pasaran dan semua menyukai air teh BOH ni. Air yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.


“Sebagai sebuah jenama yang telah berada di dalam pasaran selama 90 tahun, kami amat mementingkan konsistensi dan kualiti produk kami - dari segi rasa, aroma malah warna teh itu juga. Bakal mencecah satu abad, kami berazam untuk terus memberikan pengguna kami yang terbaik. Kami juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar dikenali sebagai minuman sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, kami sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Oleh itu, dalam acara sebegini dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan teh dalam masakan harian mereka untuk rasa yang lebih Ummph!” jelas Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersil BOH Plantations.

Memasak Dengan Kreatif Menggunakan Teh BOH Bersama Dato Fazley Yaakob

Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) yang ke 90, Dato’ Fazley telah bekerjasama denagn BOH, dan pada haritu, Dato’ Fazley Yaakob akan menunjukkan cara terbaru menikmati teh BOH. Teh BOH bukan sahaja boleh dibuat minuman, malah boleh juga digunakan dalam pelbagai masakan. Semasa sesi demonstrasi memasak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre, BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea untuk menggunakan teh di dalam masakan harian.


“Saya benar-benar teruja bila pihak BOH menghubungi saya untuk mencipta menu menggunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan masih belum ramai yang mencubanya lagi. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan. Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperolehi di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah dapat menambah lebih ‘Ummph’ dalam ketiga-tiga hidangan ini.” kongsi Dato’ Fazley, jurucakap jenama BOH.

Dengan mencipta tiga hidangan mudah iaitu, Ile Flottante menggunakan BOH Hibiscus Zest, Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim, Kek Cawan Teh Tarik dengan coklat putih dan krim Teh Hijau Jasmin, BOH terus kekal dekat di hati rakyat Malaysia melalui citarasa tempatannya yang sememangnya ekstra Ummph!


Gigih ambil video Dato Fazley buat demo masakan menggunakan teh BOH. Nak tunjuk dekat korang semua, teh BOH yang digunakan tu..hhehe..



Memulakan acara masakan adalah sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan ini digunakan untuk memasak meringue bagi menghasilkan Ile Flottante dengan kehalusan tekstur serta kombinasi rasa buah-buahan, bunga-bungaan serta daun pudina.




Sajian seterusnya mengajak para jemputan untuk turut sama memasak  hidangan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Ia menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menghasilkan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu malah kaya dengan remedi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Penggunaan bahan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta manakala Sirih Purut pula meningkatkan keenakan rasa berkrim yang pedas serta amat menyelerakan.


Untuk pencuci mulut pula, Teh Campuran Segera 2 dalam 1  digunakan untuk menghasilkan Kek Cawan Teh Tarik yang penuh berkrim, dengan kehalusan tekstur serta dilengkapkan dengan topping coklat putih dan krim istimewa berperisa Teh Hijau Jasmin. Uncang Teko BOH juga boleh digunakan untuk menghasilkan kek cawan ini.

Resepi yang dihidangkan Dato Fazley Yaakob ada nad bubuh dekat bawah sekali..korang boleh scroll sampai bawah..kot nak cuba buat kan.

Keunikan Teh BOH dalam masakan

Kalau korang minum air teh, mesti korang suka aroma dia kan. Hah, teh BOH dalam masakan, boleh mengharumkan rumah sebab bau dia yang tersendiri tu.

Lagi satu, teh BOH boleh menghilangkan bau hanyir seafood seperti udang, sotong dengan hanya memasukkan uncang BOH Herba Ratus ke dalam air yang penuh, kemudian rendamkan seafood dalam air tersebut. Takde bau hanyir dah..bau sedap ada..hehee..


Selepas selesai Dato Fazley Yaakob menyediakan 3 hidangan, giliran kitaorang yang hadir pulak untuk masak satu menu yang ditunjukkan Dato Fazley tadi..Hah, masakan yang kitaorang kena buat ialah Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim. Pertama kali nampak produk BOH ni, dan pertama kali kitaorang cuba masak menggunakan herba ni.


Setiap kumpulan ada tiga orang. Nad bersama dengan Kak Sueaida dan Nuramni.




Bila dia cakap start je, terus kelam kabut..hahaa..Resepi kami semua campak-campak je. Yang pentig ikut apa yang Dato Fazley tadi buat..ehhee..


Setelah bertukus lumus, hasilnyaa..seperti dalam gambar..hehee. Nampak pelik tapi rasanya kebabom ok...hahaha.. .Aroma teh yang menyegarkan, rasa yang sedap, buat makanan menjadi unik dan enak...


Bila Dato Fazley rasa, debar weii..Kira pertandingan juga la, siapa paling sedap, plating menarik ada hadiah..hehee..

Tapi kitaorang tak bertuah..hehee..Takpe, yang penting harini nad belajar sesuatu yang baru, dimana teh BOH boleh digunakan dalam masakan.

Bawah ni nad sediakan resepi tiga hidangan yang Dato Fazley buat tu.

BOH TEA RECIPES



1) Hidangan Pertama : Île Flottante
Hibiscus Zest Infused Poached Meringue with Butterscotch Sauce and Mixed Berry Compote

Ingredients
Poached Meringue (îles)
5 bags BOH Hibiscus Zest
Egg white
Caster sugar
Fresh Milk

Butterscotch Sauce
1 bag BOH Hibiscus Zest
Butter
Brown Sugar
Salt
Fresh Cooking Cream

Toppings & Plating
Mix Berries
Cinnamon Powder
Lemon Zest

Directions
Poached Meringue (îles)
1. To prepare the poaching liquid, heat the milk and infuse with Hibiscus Zest tea bags
2. For the îles, in a separate bowl, whisk the egg white until it is cloudy
3. Slowly add sugar and continue whisking
4. Crush tea while it remains in the tea bag
5. Add crushed tea in egg white
6. Continue whisking until egg white is stiff
7. Remove tea bags from simmering fresh milk. The colour of the tea from the tea bag should have a hint of lilac purple
8. Take a spoon full of îles, flip it halfway through to place it in poaching liquid
9. Remove îles from poaching liquid when they puffed up and firm

Butterscotch Sauce
1. Melt butter in a heated frying pan
2. Caramelize brown sugar with butter
3. Crush tea while it remains in the tea bag
4. Add crushed tea in the frying pan after cutting it open
5. Slowly add in fresh cooking cream to simmer
6. For additional flavour, add a pinch of salt

Toppings
1. Grease pan with butter
2. Pan fry mixed berries and cinnamon powder
3. Pour a little bit of Hibiscus Zest infused milk from the poached meringue for extra flavour
4. (Optional) Sprinkle a tinge of brown sugar

Plating
1. For serving, pour butterscotch sauce onto the bottom of individual plates
2. Place poached meringues (îles) on top of each serving
3. Drizzle with toppings
4. Sprinkle with lemon zest for a pop of colour
5. Serve


2) Hidangan kedua: Herba Ratus Seafood Pasta with Sirih Purut Infused Cream

Ingredients
3 bags of BOH Herba Ratus
3 bags of BOH Sirih Purut
Spaghetti
Fresh Cooking Cream
Shrimp
Mussels
Squid
Portobello Mushrooms (Sliced)
Garlic (Chopped)
Green Chilli (Chopped)
Sesame Oil
Butter
Olive Oil
Salt
Chilli Flakes
Bunga Telang (Butterfly Pea Flower)
Cherry Tomatoes
Pucuk Pegaga (Pennywort)

Directions
Spaghetti
1. In a large pot of boiling water, cook pasta according to package instructions
2. Drain well and set aside

Seafood
1. Infuse 3 bags of Sirih Purut in boiling water
2. Slightly salt water for added flavour
3. Add in seafood to boil
4. Leave to cool in a bowl

Sauce Base
1. Using the same pot where the seafood was prepared, infuse cream with 3 bags of Herba Ratus
2. Leave to simmer
3. In a separate sauté pan, melt butter together with olive oil
4. Sauté chopped garlic and green chilli
5. Season with salt
6. Add mushrooms to sauté pan
7. Add in Sirih Purut infused seafood to fry
8. Add in some water from the seafood
9. Pour Herba Ratus infused cream into sauté pan and stir well
10. Sprinkle chilli flakes and add some sesame oil
11. Add in pasta and stir well
12. Season dish with salt again and add one or two spoons from the seafood

Plating
1. Line plate with banana leaf
2. Place pasta on plate with seafood on top
3. Decorate with bunga telang, pucuk pegaga, cherry tomatoes, and sprinkle chilli flakes
4. Serve


3) Hidangan Ketiga:Teh Tarik Mug Cake with White Chocolate Jasmine Green Tea

Ingredients
Cake
2 Packets BOH Teh Tarik 2-in-1 (can also be made using BOH’s Potbag Tea)
All-Purpose Flour
Baking Powder
(Optional) Baking Soda
1 Egg
Fresh Milk
Butter
Brown Sugar

White Chocolate Cream
5 Bags BOH Jasmine Green Tea
White Chocolate (Chopped)
Fresh Cooking Cream

(Optional) Plating
Cocoa Powder
Brown Sugar
Strawberries

Directions
White Chocolate Cream
1. Slowly heat the cream and infuse with tea bags
2. Leave to simmer before adding the bowl of chopped white chocolate
3. Let it sit to infuse before mixing with batter

Cake
1. Add Teh Tarik 2-in-1, All-Purpose Flour, Brown Sugar, Baking Powder, and Baking Soda to a large bowl and mix
2. Add egg to flour and mix
3. Add in milk and butter and mix until smooth
4. Fill half the microwave safe cup with batter
5. Microwave for 1 minute on maximum output

Plating
1. Spread white chocolate cream onto a plate
2. Remove cake from mug by turning cup upside down before placing it on the plate
3. Sprinkle with brown sugar and cocoa powder
4. To make it a Crème Brûlée Teh Tarik Cake, add brown sugar on top of the cake and torch till it makes a crystal sound when tapped on
5. Add strawberries for a pop of colour
6. Serve



Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat ini di dalam menu, BOH berharap dapat melahirkan minat rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan harian mereka disamping menyatukan hati mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH. Banyak lagi makanan yang kita boleh buat dengan menggunakan teh BOH, yang penting kreatif.

Sila cuba..resepi dah ade tu..hehee..

SHARE 22 comments

Add your comment

  1. Wahh... Tak sangka Boh boleh dipelbagaikan hingga ke masakan. Selama ni asyik buat air je. Menarik ni kena cuba. Thanks Nad share pasal ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh baru tau boleh guna dalam menu. Jom try jom.

    ReplyDelete
  3. baru tau leh guna dlm masakan..boleh try ni.

    ReplyDelete
  4. Kreatif betul. Dah sedap nampak tu😃

    ReplyDelete
  5. Teh tarik mug cake tu nampak sedap. Baru tahu tips untuk hilangkan hanyir seafood. Mesti banyak ilmu nad dapat. Best tu dato fazley yang masak secara live.

    ReplyDelete
  6. wow uniknya ! first time dengar masak bersama Teh Boh. serba boleh rupanya ye. keluaran tempatan yang pelbagai kegunaan.

    ReplyDelete
  7. Dia bagi resepi untuk kita masak ke? Memang tak pernah dengar teh boh selain minum boleh buat makanan juga. Lain daripada yang lain nih..

    ReplyDelete
  8. Tak tahu pun teh boh boleh dimasukkan dalam masakan. Lepas ni bolehlah cuba ikut resepi yang diberi, tapi banyak gila pulak bahan-bahan kena ada..hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak tahu lak teh Boh bole di buat masakan. Ingat teh hanya sesuai untuk minuman je. Kreatif Dt Fazley kan?

    ReplyDelete
  10. Ingat ke Boh ni hanya jenama untuk teh. Sebab selama ni memang terkenal dengan teh, tak sangka pulak boleh buat masakan lain. Nampak sedap ya! Bila tengok Dr Fazley ni teringat pulak masa dia masuk MasterCheff dulu :)

    ReplyDelete
  11. baguslah pergi event macam nih dapat explore resepi baru dari chef terkenal pulak tu, tahniah Nad nanti ajar Bonde yea

    ReplyDelete
  12. tak tau pun teh boleh buat masak pelbaai macam ni. hebatnya, will try this

    ReplyDelete
  13. Selalu teh boh ni kita buat minum je kan. Kalau masakan guna dalam dessert tapi tak pernah tengok lagi buat dalam masakan. Apa rasanya eh.. Mesti sedap kan Nad?

    ReplyDelete
  14. Book mark for the recipes! Yeayy! Thanks. Tengok Herba Ratus Seafood Pasta tu macam best je. Suka pasta fusion mcm ni.

    ReplyDelete
  15. Tak sangka teh boleh digunakan dalam masakan. Agak menarik dan unik. Hebat boh dlm menpelbagaikan jns hidangan

    ReplyDelete
  16. Baru tau teh boleh masukkan dalam menu makanan. Sedapnye spagetti tu. Seronok dapat jumpa dr. Fazley

    ReplyDelete
  17. Menariknya nad. Tak sangka teh pun boleh dijadikan menu masakan.boleh try nanti.

    ReplyDelete
  18. Menarik kak, boleh bertemu orang hebat yang pernah masuk Master CHEF lagi. haha. Semoga resipi ini mendapat tempat di hati orang ramai

    ReplyDelete
  19. Thanks for the recipe! Nak try la!! Hopefully one day I can join you guys too!

    ReplyDelete
  20. Boleh digunakan untuk masakan juga ye BOH ni. Baru tahu. Sedap tak nad rasa masakan tu?

    ReplyDelete
  21. menarik lah bekas teh boh tu. cantik sangat.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2