hai assalammulaikum

Pelbagai Makanan Inspirasi Dari Jepun " Ready To Eat " Ada Di myNEWS - Biasa nampak kedai myNEWS tak? Kedai serbaneka atau kedai runcit yang menjual pelbagai makanan, minuman, barang keperluan dan macam-macam lagi la. Macam nad, suka masuk kedai myNEWS, lagi-lagi bila perut lapar atau nak cepat, ambil sandwich atau onigiri, terus makan. Teralas la sikit perut ni, dan harga pun berpatutan.

Suka bila ada kedai serbaneka yang sediakan makanan yang siap untuk dimakan atau "Ready To Eat " ni. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih, antaranya makanan inspirasi dari Jepun. Manalah tau, tiba-tiba perut lapar, pulak tu tengah sibu k atau tengah "rushing ", perut pulak mengada nak makan  makanan Jepun, pergi je ke myNEWS. Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery...tak caya..baca sampai bawah..ehhee..


Pelbagai Makanan Inspirasi Dari Jepun " Ready To Eat " Ada Di myNEWS

Baru-baru ni, nad dijemput ke satu majlis pelancaran di Kota Damansara dimana myNEWS melancarkan makanan inspirasi dari Jepun yang siap untuk dimakan atau " ready-to-eat ". Rantaian kedai runcit di Malaysia, myNews Holdings Berhad, dengan bangga melancarkan pusat pengeluaran makanan yang diilhami oleh Jepun (FPC). Pusat pengeluaran, yang beroperasi di bawah anak syarikatnya, myNews Ryoyupan Sdn Bhd dan myNews Kineya Sdn Bhd akan membekalkan di kesemua kedai myNews dengan pelbagai makanan siap sedia yang berkualiti tinggi.


Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.





Mana tau nak makan makanan Jepun, korang boleh menikmati pilihan makanan ringan yang dihidangkan dengan citarasa Malaysia antaranya, sandwinch, onigiri, bento, spaghetti dan macam-macam lagi yang ada di myNEWS.

Hah, jangan terkejut, ada juga kari laksa dan nasi lemak..sedap sangat..Nad dah rasa Kari Laksa dia, memang padu..kuah dia lain dari yang lain..Korang kene cuba..




Selain itu, ada juga roti yang baru dibakar, "fresh" punya dari kilang mereka sendiri, iaitu Maru Bakes.



Tak lupa, ada juga disediakan minuman panas dan sejuk yang menyegarkan dari myNEWS Maru Kafe. Sedap tau air Maru Kafe ni, nad suka Maru Coklat dia. Ada juga asikrim Maru Cream..so yummy..tak manis sangat..


"Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand, di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu," kata Mr Dang Tai Luk, Group CEO of myNEWS Holdings Berhad.

Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk siap pakai yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS.

Info sedikit tentang myNEWS Ryoyupan dan myNEWS Kineya

myNEWS Ryoyupan
salah satu daripada lima pemain utama dalam industri roti Jepun dan yang terbesar di Pulau Kyushu.

myNEWS Kineya
mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan makanan sejuk beku , pembekal makanan dalam kapal terbang termasuk (MAS). Nama syarikat ini sudah dikenali di Jepun, kini dengan pembukaan kilang pembuatan makanan myNEWS (FPC) , tidak dinafikan mereka mempunyai perancangan lebih besar pada masa akan datang.
- Operasi rantai restoran yang mempunyai lebih daripada empat ratus (400) kedai (menjual udon mi dan masakan Jepun) di Jepun dan di luar Jepun termasuk Hong KOng, Indonesia dan Amerika Syarikat
- Pembuatan produk beku
- Operasi pasaran borong daerah
- Pengangkutan penumpang kereta api dan bas
- Pemborong dan peruncitan beras




Perkhidmatan myNEWS Dash Delivery

Bestnya, myNEWS ada membuat perkhidmatan penghantaran makanan. Jadi korang yang malas atau tak rajin nak keluar boleh suruh mereka hantarkan. Perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH  disediakan untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan makanan yang diingini terus dihantar ke pintu. Jimat masa, dan tenaga kan..korang pun dapat menikmati makanan denagn gembira..hehee..

Banyak rupanya kemudahan myNEWS buat untuk pelanggan dia, bukan sahaja delivery malah ada truck myNEWS, aplikasi dan card member.


Trak mudah alih myNEWS memang suatu idea yang eksklusif. Dah lama trak ni wujud, 5 tahun sejak September 2013. Trak ni bukan semua tempat ada. JAdi aklau nak tau mana lokasi boleh ke laman web myNEWS http://www.mynews.com.my/explore-more.php.


myNEWS Malaysia juga ada apps dia guys..App yang memudahkan korang untuk  membuat pembayaran tanpa tunai dengan cepat dan mudah menggunakan. Denagn apps ni, myNEWS dapat menghargai pelanggan mereka denagn loyalty programe di mana pelanggan akan mendapat POINTS yang diperoleh dan menerima ganjaran. Untuk yang menjadi ahli sahaja yang eksklusif dengan mendaftar sebagai ahli dalam App. Muat turun dan daftarkan sekarang! Boleh didapati di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.


Selain itu, myNEWS mempunyai kad membership. Banyak kegunaan kad ni..Nad dah ada..hehee.. Lawati mana-mana kedai myNEWS dan Dapatkan satu sekarang!


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mynews.com.my/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

27 comments so far,Add yours

  1. sedapnya tengok. siapa ada delivery tu..senang je kalau nk order nnti.

    ReplyDelete
  2. sedap2 kan Nad makanan pun fresh je rasanya :)

    ReplyDelete
  3. Wah!!mcm2 dah ade dekat myNEWS nie. Nak trjah la nnti. .xsabar nak rasa mee kari laksa tue. .

    ReplyDelete
  4. Seronoklah mereka yang suka makanan Jepun... tak payah nak cari cari atau terbang ke Jepun... pergi je kedai mynews kan?

    ReplyDelete
  5. Alangkah baik jika semua makanan ini ada 'HALAL' logo agar Muslim tidak ragu2 sama ada boleh atau tidak boleh di makan. Nampak remeh tapi kewajipan bagi umat Islam.

    ReplyDelete
  6. minat maru. kopi dia, aiskrim dia, roti dia pun menawan. roti tak pernah cubala, tapi kopi dan aiskrim dia pernah rasa. memang best. rupanya memang dari Jepun ya.

    ReplyDelete
  7. mark! bila ke KL disember ni antara yang mek nak kunjungi juga ni. biasa masuk beli majalah je. kali ni boleh perluas lagi cari makan pulak.

    ReplyDelete
  8. wah macam2 dah ada kt myNEWS sekarang. teringin nk try aiskrim dia, nampak melting je.tq nad share info ni.

    ReplyDelete
  9. Banyak jugak cawangan mereka. Ena suka pegi tapi tak penah pulak cuba makanan or minuman ready to eat ni. Hehe ena biasa beli kudapan anak je. Bagus siap ada delivery ye. Mudahlah sape duduk berdekatan.

    ReplyDelete
  10. Wah... Bagus laaaa ada nya ready to eat! Cepat mudah dan berpatutan. Nanti lanjer kita ehh...

    ReplyDelete
  11. Dekat sgt MyNews ni gan umah sis. Selalu gak beli bento dn.yg lain2 kat sini kalau malas nk masak. Sedap pun sedap

    ReplyDelete
  12. akk paling suka roti dia lembut dan banyak pilihan dan semuanya nampak sangat menarik..ingat nak pergi lagi beli roti hehehehe

    ReplyDelete
  13. Vavavava... Meriahnya menu MyNews... Menarik ni... Yang paling mencuri hatiku ialah part delivery tuh... Perghhh, confirmed akan selalu order nih... Dah la peminat tegar Japanese cuisine nih, mana boleh miss kannnn... Hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Macam-macam makanan best ada kat mynews ye. Lepas ni kalau nak rasa, pergi situ jelah. mynews ni senang je cari, banyak tempat ada

    ReplyDelete
  15. macam2 ada dekat mynews sekarang ya. kita suka roti yang warna putih dinti coklat tu. serious sedap sangat !!! haritu sempat beli onigiri promosi seringgit dua kali. best2.

    ReplyDelete
  16. k.el mmg suka makanan jepun..pernah jugalah beli kat mynews ni..kadang2 tak beli tengok saja pun dah seronok hahaha..halahhh halahh nanti nak pergi terjah..lama rasanya tak pergi mynews ni

    ReplyDelete
  17. Sedapnya..nasib baik jauh ja. Kalau tidak, order dah ni.berbunyi2 perut baca entry ni.hahah.. punah la diet akak macam ni.

    ReplyDelete
  18. Sedap kan pilihan makanan kat myNEWS nie, Kak Sue dah cuba mee kari dia.. memang sedap..

    ReplyDelete
  19. Rasa macam dah sampai jepun je baca entri ni.hehe Tu lah dah mudah sekarang kat mynews suka beli kat sini sebab macam-macam pilihan ada. Nanti nak try sandwich dengan onigiri tu. Nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  20. Wah, bolehlah terjah mynews nanti. Tapi dkt kawasan rumah mcm takdela pulak. Apa2pun mmg best pilihan makanannya.

    ReplyDelete
  21. boleh la lepak kat Mynews waktu malam pekena udon. Dah la kedai mynews memang dekat kawasan rumah.. harap harga murah & berbaloi

    ReplyDelete
  22. Geram plak tengok makanan tu. Rasa nak pergi mynews sekarang juga

    ReplyDelete
  23. Wah nampak sedap plak semua makanan ni. Tapi seeloknha ada logo Halal takdelah rasa was was kan

    ReplyDelete
  24. Ingat dulu-dulu ni suka beli majalah kat sini...sekarang macam macam ada dah kat sini

    ReplyDelete
  25. Pernah juga lepak mkn kt news selain ada menubberat, ada tpt ddk & meja juga. Selesa

    ReplyDelete
  26. Semua makanan ready to eat kat sana memang sedap la

    ReplyDelete
  27. bestnya macam-macam pilihan ada.semua nampak sedap

    ReplyDelete