hai assalammualaikum

Pencuci Muka Aqua Cacteen Dari Suchi Melembapkan Muka Dan Mengawal Jerawat - Dalam penjagaan muka, mencuci muka ni satu rutin yang wajib sama ada keluar rumah atau pun tak keluar rumah, sama ada makeup atau pun tak makeup. Kiranya , pencuci muka ni wajib kita pakai supaya muak kita sentiasa bersih dari segala kekotoran.  Dengan mencuci muka, ia dapat membantu anda mengatasi masalah jerawat, membuang sel kulit mati,melembapkan, mengawal minyak, dan juga melindungi kulit dari pencemaran.

Nad nak kongsi pencuci muka yang sangat best, yang nad dah cuba sendiri ni. Korang pernah nampak produk Suchi ni? Bagi yang pernah mengerjakan Umrah dan Haji, mesti ada yang pernah nampak dan pernah guna kan produk Suchi ni. Suchi ialah produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Mempunyai lebih dari 10 produk dan set, yang memberikan kemudahan dan keselesaan jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri.



Pencuci Muka Suchi Dengan Ramuan Aqua Cacteen Dapat Melembapkan Muka Dan Mengawal Jerawat

Nad tau berkenaan produk ni pun daripada kawan. Lepas tu nad pun tengok-tengokla. Tertarik pulak dengan pencuci muka Suchi ni. Lagipun, pencuci muka nad dah nak habis, jadi, nad pun nak cubala pencuci muka Suchi ni. Nad nak cuba sebab bahan dia memang sangat elok untuk kulit macam nad dan harganya yang tak masuk akal. Murah sangat ok, hanya RM18 untuk 100ml. Tapi yang kat nad ni 50ml tak dijual berasingan tapi dalam satu pek.


Selalunya, nak beli sesuatu pencuci muka, nad memang akan tengok bahan dia. Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera, Peppermint dan Aqua Cacteen. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan melindungi kulit muka daripada cuaca kering. Ia juga dapat mengurangkan dan mengawal jerawat.

Aqua Cacteen Memberi Kelembapan Pada Kulit.

Apa kelainan pada produk ni ialah Aqua cacteen yang digunakan dalam produk pencuci muka Suchi ni. Tumbuhan seperti Tea Tree dan Aloevera ni dah biasa kita dengar, tapi Aqua Cacteen ni, pertama kali nad dengar. Kiranya produk Suchi merupakan produk yang pertama menggunakan Aqua Cacteen sebagai bahan dalam produk mereka.


Aqua Cacteen atau nama saintifik dia Opuntia Ficus Indica merupakan cecair yang berada di dalam pokok kaktus dimana ianya bertindak sebagai agen untuk melembapkan kulit muka kita. Cecair ini mengandungi banyak khasiatnya. Antara khasiatnya adalah melindungi kulit muka daripada masalah radang kulit. Selain itu Aqua Cacteen ini juga mampu mengelakkan penyejatan epidermis pada kulit muka sekaligus bertindak sebagai agen pelembap bagi kulit muka dan mampu marawat kulit muka yang rosak.

Aqua Cacteen ni mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E berbanding Argan Oil. Woww!!, Sebab tu nad rasa kulit nad ni lembap, lembut je..

Bayangkan, cuaca dekat Malaysia bila panas, dan bayangkan cuaca dekat Tanah Suci ketika panas, mesti boleh menyebabkan kulit kering kan. Cuaca dekat sana Kering walaupun pada musim sejuk, apatah lagi pada musim panas. Jadi produk Suchi ni mampu memberi kelembapan kulit pada kulit.

Sah Digunakan Ketikah Ihram

Pencuci muka Suchi ni tanpa pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram. Memang dah ramai para jemaah telah menggunakannya. Kalau korang nak tahu, pencuci muka Suchi telah terjual sebanyak 3,000 lebih untuk kegunaan Jemaah Umrah dan Haji Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kelebihan Pencuci Muka Sauchi  
- Membersih dan menyegarkan kulit muka
- Merawat masalah jerawat pada muka
- 100% melembapkan kulit muka
- Merawat kulit muka yang rosak



Cara nak menggunakannya
- Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan. Sapu dan urut pada muka. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Pencuci muka Suchi ni buih sedikit sahaja. Jadi memang sangat bagus digunakan. Nad dah jatuh cinta dengan pencuci muka Suchi ni. Memang lain kulit muka ni ha. Masa nad mula pakai, best gila, rasa sejuk je, sebab dia ada peppermint tu.


Sebelum pakai pencuci muka Suchi ni, muka nad tiba-tiba naik jerawat dekat bahagian pipi. Mungkin strees dengan kerja, denagn macam-macam lagi la. Lepas pakai pencuci muka Suchi ni, jerawat tu hilang sedikit demi sedikit. Bila ada jerawat naik sikit, dia terus kecut. Dah tiga minggu lebih nad guna pencuci muka Suchi ni, memang muka rasa segar dan lembap je.

Setakat ni nad pakai takda lagi rasa gatal, atau kemerahan dekat muka. Muka makin elok adala..ehehe.

Siapa Yang Boleh Menggunakan Produk Suchi

Pencuci muka ni sangat sesuai dengan semua peringkat umur dan sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi sekiranya korang ada masalah dengan bahan seperti Aqua cacteen, Tea Tree dan Aloevera ni, disarankan untuk tidak menggunakan produk ni.

Produk ni memang dah diyakini dan selamat digunakan. Janagn risau ok.




Sekarang pun cuaca tengah tak menentu. Dengan keadaan yang berhabuk dan berdebu boleh menyebabkan pelbagai masalah wajah. Jadi, kenalah mencuci muka dengan kerap agar wajah kita bersih dari habuk dan udara. Pencuci Muka Suchi amat bagus dalam menghilangkan habuk dan debu di wajah. Wajah akan lebih lembap dan berseri dengan pemakaian pencuci muka ini. Disamping itu, pencuci muka Suchi ini dapat mengurangkan minyak yang berlebihan di wajah.


Ada pelbagai lagi produk Suchi yanga da seperti bedak talkum, shampoo, lotion, pelembap bibir dan banyak lagi. Mana tau ada yang nak pergi mengerjakan Haji dan Umrah, boleh cuba pakai produk ni di sana. Yang tak pergi pun boleh pakai..ehhee..

Kalau korang berminat, korang boleh layari
Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. macam best pencuci muka suchi ni. bagus utk jerawat tu.

    ReplyDelete
  2. i bought this a few for my Muslim clients and they told me nice and love it!

    ReplyDelete
  3. Memang best !! berbaloi pakai sebab berupaya merawat kulit muka yang berjerawat dan berminyak sebab ada tea tree, aloe vera dan aqua cacteen

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!! This product sounds good. I love skincare yg water element macam nie. Suits my skin. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. I memang tengah usha pencuci muka ni.. and its really look I need to try today..

    ReplyDelete
  6. Wah. Ni rupanya rahsia sis bebas jerawat ye. Amalkan hari2 ke? Tgk nampak ketara perubahan tu

    ReplyDelete
  7. Dengan Suchi bolehlah sis pakai tanpa was-was. Mostly produk yg kita pakai tak confirm status nya kadang2. Nanti nak try brand ni pula.

    ReplyDelete
  8. Bila dah tua nie, muka xberjerawat sangat.. tapi makin berminyak la pulak, ke sebab selalu bermain dengan minyak dekat dapur hahaha

    ReplyDelete
  9. Peppermint? Berangin mcm shampoo lah ekk?
    Aida plak akan cek status halal if nak beli.
    Walaupun cuci muka. Trusted la kan.
    If dah boleh dibawa ke Mekah,ok la tu.
    Msna bokeh claim sebarangan, kan.

    ReplyDelete
  10. Amboi bila tengok yang selepas tu muka makin putih kita pulak jelous nak juga guna produk Suchi ni hehehe nampak macam bagus dan juga boleh sesuai dengan kulit kita yang berminyak ni boleh tak laki guna hehehe...

    ReplyDelete
  11. brand ni famous utk org pergi umrah..sebab kandungan/ramuannya mmg kita tidak akan rasa was was

    ReplyDelete
  12. Woww..boleh le suh aeysha pakai produk ni. Kulit muka dia berjerawat teruk sgt..mcm2 produk dh cuba. Nanti mmg nk suh dia cuba yg ni pulak..mana tahu sesuai

    ReplyDelete
  13. Cantik nama produk ini sesuai dengan fungsinya sebagai pencuci..harus cuba ni.

    ReplyDelete
  14. Memang nmpk perubahan lepas penggunaan yg kerap. No wonderlah makin cantik kalau jumpa dekat event

    ReplyDelete
  15. Emi sebenarnya pertama kali dengar pasal pencuci muka jenama ni. Nampak macam okay, nanti boleh la emi cuba jugak. Mana tahu serasi dengan kulit ni.

    ReplyDelete
  16. sekarang ni banyak produk untuk jerawat untuk kita pilih. yang penting pilih yang sesuai dengan kulit. produk ni nampak bagus dan meyakinkan

    ReplyDelete
  17. Akak beli satu set lengkap produk suchi ni untuk bawa time umrah..memang best guna

    ReplyDelete
  18. menariknya, cuma kenalah pastikan bahan yang digunakan adalah selamat. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  19. banyak betul produk rangkaian dari suchi ni rupanya. Kalo tak,memang tatau Ina.

    ReplyDelete
  20. tak pernah dengar lagi produck aqua ni..botol dia sgt cute ada tulisan jawi..bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  21. Semua bahan2nya dari bahan yg bagus2.. Nanti boleh la cari.. Nak try yg pelembab bibir tu

    ReplyDelete
  22. Wah lain dari yang lain ya bahan dalam produk nie..

    ReplyDelete
  23. Wah bestnye ada produk baru nama pun nampak komersial Suchi... nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  24. wah nampak best la pencuci muka suchi ni. Sesuai rekemen kt mereka yg mengerjakan umrah & haji.

    ReplyDelete
  25. First time dengar pencuci muka jenama Suchi ni. Kandungannya pun selamat. Bolehlah try lepas ni

    ReplyDelete
  26. 1st time tahu produk brand ni. Rupanya banyak yg Suchi hasilkan. Menarik

    ReplyDelete
  27. Nanti sis nak check out juga facial cleanser ni

    ReplyDelete
  28. Nampak best je pencuci muka ni. Tetiba rasa macam nak try jugak je. Hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2