hai assalammualaikum

Penutup Suis Schneider Elektrik AvatarOn Yang Sangat Cantik - Bab mencantikkan rumah ni memang menyeronokkan. Selalu kita dekorasi rumah fikir pasal sofa, carpet, lampu, dan mcam-macam lagi la. Tapi, ada tak korang fikir nak cantikkan suis? Ya, suis rumah yang kita gunakan untuk menghidupkan dan mematikan barangan elektrik kita. Selalu kita nampak suis rumah warna putih je, apa kata tukar suis rumah dengan bentuk yang sangat menarik dan tidak membosankan? Lagi best boleh dilakukan bersama dengan anak-anak. Mesti korang berfikir, macam mana aktivti tukar suis rumah boleh menarik minat anak-anak?..hah. Baca sampai bawah...


Menghasilkan Seni dan Aktiviti Menyeronokkan Dengan Anak-Anak Semasa Musim Cuti Sekolah Ni!!

Sekarang tengah cuti sekolah, apa aktiviti yang korang buat sebagai ibu bapa bersama dengan anak? Korang biarkan anak korang berehat sahaja ke? Sebagai ibu bapa, kita tidak mahu anak-anak kita terpaku pada alat-alat mereka seperti telefon pintar, tablet dan PSP. Aktiviti luar akan menjadi salah satu idea hebat untuk menghabiskan masa dengan anak-anak tetapi bagaimana kalau korang jenis hanya boleh tinggal di rumah dan bersenang-senang dalam rumah?

Nak suruh mereka bersihkan rumah, mungkin tu idea yang bagus, tapi adakala tak bagus juga, sebab ada anak-anak yang susah nak membantu, ibarat kau suruh diorang pergi berus gigi sambil makan Oreo..kah!! Rumah lagi bersepah ada la kan! Jadi, nad cadangkan, apa kata ibu bapa diluar sana, suruh anak-anak berfikiran kreatif dalam menukar penutup suis di rumah..

Pelik, cover/penutup suis baru? Bukankah ia sepatutnya warna putih je?

Dengar macam pelik, tapi sebenarnya aktiviti ni bukan sahaja buat anak gembira, sebab boleh berkongsi idea kreatif diorang malah boleh mencantikkan suis rumah. Kenapa nad cakap macam tu, sebab, design cover suis ni hanya perlu dilakukan di photobook sahaja. Senangkan!!


Beralih ke Art dengan AvatarOn

AvatarOn oleh Schneider Electric adalah jenis suis yang boleh didapati dengan pelbagai penutup! Penutup ini boleh diganti untuk penyesuaian suis tersebut dengan mana-mana jenis hiasan rumah. AvatarOn membolehkan korang mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan dan mencantikkan suis di rumah korang. Korang juga dapat mengubahnya pada bila-bila masa mengikut corak yang korang mahukan. Teknologi yang unik, dipatenkan dengan pembuatan cantik dan menarik ini memastikan operasi yang selesa. Reka bentuk yang mudah dipasang membolehkan korang mengubah faceplates (penutup suis) dengan cepat dan senang seperti yang korang inginkan.



AvatarOn oleh Schneider Electric boleh disesuaikan dengan mudah ke dalam gaya dalaman apa pun dengan pelbagai jenis material dinding termasuk plastik, kayu, logam atau marmar. AvatarOn yang unik dan mudah ini didatangkan dengan perlindungan yang boleh digunakan untuk semua suis dan soket dari Schneider Electric AvatarOn.

Reka bentuk penutup yang inovatif dalam AvatarOn memberikan korang fleksibiliti untuk mencorakkan suis dengan hanya menanggalkannya dengan satu tangan, semudah menukar casing telefon bimbit.


Reka bentuk yang tiada bandingan dan permukaan berkilat AvatarOn berfungsi sebagai kanvas yang sempurna untuk penyesuaian DIY. Kini korang boleh menghabiskan masa dengan anak-anak untuk mengubah reka bentuk penutup suis kegemaran korang dan mengintegrasikannya dengan mudah ke dalam hiasan rumah. Atau korang juga boleh mencetak watak superhero kegemaran mereka untuk mengembangkan lagi imaginasi mereka!

Hah, masa ni la korang dan boleh menggabungkan idea-idea anak-anak berkreatif, bersama-sama mencantikkan ruang dalam rumah dan menjadikan perspektif kreatif mereka kepada sekeping seni!!


Dapatkan Schneider Electric AvatarOn Di Jualan Lazada 12.12!

So, korang mesti excited dah kan nak tukar suis di rumah ke Schneider Electric AvatarOn. Lepas ni boleh la dapatkan idea-idea dengan anak-anak untuk rekaan penutup suis yang baru. Tapi macam mana nak dapatkan?




Korang hanya boleh membuat reka bentuk AvatarOn Schneider Electric yang unik melalui Photobook Malaysia di sini: https://www.photobook.com.my/home-decor/schneider-avataron-switch-cover, tetapi pastikan suis di rumah korang adalah suis AvatarOn dari Schneider Electric. Kalau bukan, korang kena call eletrician untuk install dulu. 

Kalau korang berminat, korang boleh ke https://www.se.com/my/en/home/campaign/avataron.jsp atau belilah dari Lazada semasa Flash Sale 12.12! Korang boleh mendapatkan AvatarOn dengan banyak dan penghantaran PERCUMA! mesti korang tidak mahu ketinggalan ini!

Cepat rebut..jom cantikkan rumah dengan anak-anak..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. waalaikumussalam. ya Allah, sangat unik. kena rembat jugak ni ^_^

    ReplyDelete
  2. Eh cantik pulak penutup suis nie Nad.. ada free delivery lagi ya..

    ReplyDelete
  3. lawa sangat la nad, suiz tak sempat nak pakai penutup aih

    ReplyDelete
  4. Cantik2nya design dia.. Boleh la order nanti

    ReplyDelete
  5. LAWANYAA ! hahaha macam macam boleh buat duit kan sekarang. nak beli lah.. hahaha

    ReplyDelete
  6. ooo dia cover atas tu yer...tapi kalau ada 3 suis jadinya 3-3 terbukak lah yer

    ReplyDelete
  7. Kejap.. Apasal cntik sgt penutup suis ni. Hahaha... Jakun kejap tengok tadi.. Adoii..

    ReplyDelete
  8. Cantiknye. Menarik betul. Takdela nampak serabut dengan socket

    ReplyDelete
  9. ada tengok kat IG hari tu. memang lawa. boleh jadi sebagai dekorasi kepada dinding rumah. alang alang nak buat, baik letak gmbar kita sendiri. konon jadi frame. hehe

    ReplyDelete
  10. Menarik nya idea dia. Boleh tukar2 design and gambar yg kita nak.

    ReplyDelete
  11. Menarik gak ni buat laguni .. Gambar2 menarik utk letak kat penutup suis makin cun laaa nanti sbb dah nampak cam deko2 pulak bila buat camni .. menarik gak idea ni.

    ReplyDelete
  12. Cantik betul penutup suis macam ni. Deko yang unik untuk suis kita. Sekarang....suis kita pun dah pakai baju tau?

    ReplyDelete
  13. memang creatif..i pun macam teringin nak dapatkan untuk rumah saya ni!

    ReplyDelete
  14. Kreatif la orang yang reka benda ni. Siap boleh tukar-tukar design. Kadang-kadang jemu jugak suis tu warna putih je hihi

    ReplyDelete
  15. Unique way to express one self! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  16. cantik... saya pun dari dlu dok tengok produk2 stiker yang boleh cantikkan suis kat rumah ni. tapi dlu2 kalau usha stiker2 byk kartun. kalau avatar ni nampaknya lebih elegan

    ReplyDelete
  17. Sis pun suka AvatarOn ni..boleh cantikkan rumah dgn design suis apa yg kita suka. Bilik anak suh dia choose. Best sgt bila suis yg dulu putih kini dah color2 dgn design sendiri

    ReplyDelete
  18. Cantik Sgt tgk ni.. Nk cari satu dua la buat cover suis... Tp dlm masa yg sama jd deco kt umah kn

    ReplyDelete
  19. Cantek dan unik penutup ni.. sesuai utk dijadikan deko yg menyerlahkan lagi penampilan rumah

    ReplyDelete
  20. Oh.penutup suis rupanya. Boleh design sendiri kn dkt photobook. Kreatif diorang ni

    ReplyDelete
  21. cantiknya kalau camni boleh lah main tukar2 corak kan.. cute je..

    ReplyDelete
  22. Cantik. Menarik.
    Gambar kita, personalized gitu.
    Suis pun jadi tempat deko. So setiap sudut rumah jadik menarik,kan.

    ReplyDelete
  23. Menarik! Idea suruh anak2 berkreatif pun bagus jugak. Memang watak kartun la jadi pilihan. Hehe. Mudahlah nak image yang macam mana ye melalui Photobook. Boleh sis beli nanti.

    ReplyDelete
  24. Bagus juga ada penutup suiz ni. Boleh elakkan anak2 bermain dkt suiz dan juga melatih kreativiti dgn buat avatar on ni.

    ReplyDelete
  25. weh comelnya.. hahahahahaha.. mcm best ja

    ReplyDelete
  26. Alahai comelnya. Nak juga.

    ReplyDelete
  27. Cantik pulak suis tampal sticker macam tu..

    ReplyDelete
  28. Cantik² design.. menarik betul

    ReplyDelete