hai assalammualaikum

Tampil Muda Dan Cerah Berseri Dengan Safi Youth Radiance - Wah, Safi keluarkan produk baru!! Ni yang seronok ni, mana taknya, nad memang ada menggunakan beberapa produk Safi. Setakat ni, nad pakai, alhamdulillah, elok je dekat muka. Korang tau kan, Safi ni jenama yang diyakini dan halal. Ni nad dapat tau, produk baru mereka ni merupakan rangkaian produk untuk korang yang ingin nampak sentiasa muda dan cerah berseri. Nad tau, ramai yang tidak mahu wajah kelihatan nampak tua walaupun usia dah meningkat, macam nad la..hahaa. Setiap hari mesti akan cari petua untuk kekal awet muda. Dah takyah risau-risau, guna je produk Safi ni, iaitu Safi Youth Radiance.

Pertama kali nad nampak produknya ni, terus cakap ' woww '..Mana taknya, dengan rupa botol yang berwarna merah menyala ni..Nampak eksklusif sanagt. Dengan packaging dia yang berwarna merah ni la menarik perhatian nad tau. Lagi dengan perkataan YOUTH tu, bermaksud muda..Lagi terus nak cuba.



Tampil Muda Dan Cerah Berseri Dengan Safi Youth Radiance

Kalau korang nak tau, Safi Youth Radiance ni merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vitamin C di dalam produknya. Nampak tak kandungan dia, semua bahan memang memberi manfaat pada kulit muka kita.

Nad yakin dengan produk Safi sebab bukan sahaja ia sudah lama di pasaran malah ia adalah produk halal dna telah diuji secara dermatologi, bebas minyak mineral, bebas alkohol, bebas paraben dan tidak diuji keatas haiwan.

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia.

Ok, boleh nampak kan, produk safi ni memang menitiberatkan tentang produknya. Jadi, takda la rasa was-was nak guna.

Jom nak cerita lagi kelebihan produk Safi Youth Radiance ni.


Safi Youth Radiance ni ada dua jenis produk iaitu
- Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essense  dengan Nano Gold 24K & Saffron
- Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K dan saffron

Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence 

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence adalah rumusan yang diformulasikan berasaskan air dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C bersama dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.


Harga dia RM 55.90 (100ML)

Nampak je satu botol, tapi ia adalah produk 2 dalam 1 yang dapat memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik.


Kalau korang boleh nampak, ada buti-butir seperti emas. Produk ini diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, ia juga membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:
Ekstrak Saffron: Berpotensi sebagai antioksida dan anti-penuaan serta dapat Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

Cara menggunakannya:
Tuangkan Safi Youth Radiance Anti-aging & Whitening Essence di telapak tangan. Kemudian Sapu dan ratakan produk di wajah dengan membuat urutan lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap dengan sempurna.

Kemudian sapu pula Safi Youth Serum Infused Moisturiser

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.


Harga satu botol ni ialah RM 55.90 (40g)

Korang mesti tau, serum ni merupakan produk yang dapat meresap terus ke dalam kulit. sebab tu and memang suka pakai serum ni. Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit dalam satu aplikasi.



Menariknya, serum Safi Youth Radiance ni bila kita apply, pada mulanya ia berbentuk gel, kemudian ia akan bertukar menjadi titisan air atau butiran serum kristal. Memang best sangat, kulit pun jadi lembut, licin dan lembap.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:
Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata  mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

Berdasarkan  ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser secara berterusan telah terbukti
*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
*75% peningkatan kadar pencerahan kulit

Cara menggunakannya:
Sapukan produk di wajah dan leher, kemudian urut lembut dengan cara bulatan sehingga gel tersebut bertukar menjadi titisan air. Jangan lap air tu ya,teruskan mengurut dengan lembut sehingga ia meresap ke dalam kulit.


Bagi nad, produk terbaru Safi Youth Radiance ni memang menarik sebab kedua-dua produk mempunyai kelebihan tersendiri seeprti kepingan emas dan satu lagi dari gel bertukar titisan air.Nad telah pun mencuba kedua-dua produk ni. Memang tak melekit, tak berminyak, dan ia meresap terus ke dalam kulit. Kulit pun rasa lebih lembap dan lembut. Setakat ni nad pakai, ok je, takda kesan merah atau apa. Kalau nak nampak kesan, kenala pakai selalu kan. Nak nampak awet muda selalu gitu..

Kalau korang nak, korang boleh dapatkan rangkaian Safi Youth Radiance ni di Watsons, Guardian dan AEON Wellness seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, boleh layari
Websit SAFI : www.safi.com.my
Facebook ; www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram:  www.instagram.com/SAFIMalaysia
SHARE 34 comments

Add your comment

  1. Uiksss patut la dia asyik nampak muda je rupanya ni rahsia dia heheh..actually safi ni bagus la sebab byk kuarkan variasi utk pilihan kulit bersesuaian

    ReplyDelete
  2. Fuyooo makin cun melecun laa nad pasni. Safi mmflg diperakui produk terbaik sejak dulu ..

    ReplyDelete
  3. Produk ni not bad. X sangka dia guna safron dlm pembuatannya hehe

    ReplyDelete
  4. Macam seronok je tengok packaging serum tu. Dulu masa time belajar memang pakai safi tapi semenjak dah berusia sikit ni try produk lain utk anti aging. Ni safi ada serum anti aging, boleh lah sy cuba

    ReplyDelete
  5. Wah dah ada produk skincare anti-aging. Tahniah Safi kerana selalu memperbaharui skincare dia. Jenama yg dah lama. Pasti ada peminatnya yang tersendiri.

    ReplyDelete
  6. Amboi, kak Nad dah boleh jadi duta safi dah ni, hehe. Emi taktau pun pasal produk safi yang ni.

    ReplyDelete
  7. best gila ada kepingan emas tu texture pun tak nampak thick sangat

    ReplyDelete
  8. Memang menarik... siap ada emas-emas lagi dan sesuai dengan harganya. Nak cantik dan nampak muda memang kena try produk ni.

    ReplyDelete
  9. Waa safi dah makin best sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. Wah samalah rahsia kita Nad...wangi giler kan bau. Bau saffron wangi betul

    ReplyDelete
  11. Kak liez suka pakai sebab ada gold flakes tu.. senang serap dan yang penting tak melekit dan mudah dibawa. Guna 2 produk je dah boleh cantik dan muda

    ReplyDelete
  12. Owhh baru tahu ada saffron. Bagus kalau ada saffron ni. Sis masa ke india beli cream saffron byk

    ReplyDelete
  13. Best jugak ye safi yang baru ni ye. Saffron ni elok kan untuk kulit. Boleh try survey ni

    ReplyDelete
  14. Rangkaian produk safi memang best sebab banyak range mengikut kesesuaian umur. Nak skodeng gakla untuk kurangkan garisan halus

    ReplyDelete
  15. Wah produk baru dari safi. mak dengan adik beradik perempuan saya banyak gunakan produk safi. nanti saya share dengan diorang.

    ReplyDelete
  16. Patutla senstiasa awet muda. Rahsia dia pakai safi rupanya. Mcm nak kena try jugak je produk ni.

    ReplyDelete
  17. aida rasa la kan, nad, aida akan cuba la this safi.
    sebelum ni safi tadi range utk anti-aging yg ekslusif gini, kan.
    utk aida yg dah aging ni (ha ha ha ha) nak kena pilih bebetul.
    hmmmm tq safi :)
    semakin hari semakin peka dgn keperluan kulit muka semua lapisan umur.

    ReplyDelete
  18. banyak sungguh ya rangkaian produk Safi nie. tak terkejar rasanya. nanti nak cuba sendiri lah produk nie

    ReplyDelete
  19. byk sungguh keluaran safi..tak tau mana yang the best..tp sis mmg pakai safi dari dulu..mmg percayakan safi 100%..yang ni produk terbaru safi ye..menarik packaging dia merah ang ang

    ReplyDelete
  20. Banyak dah safi keluarkan produk ya.. Lawa botol safi kali ni merah2 delima gitu

    ReplyDelete
  21. Best kan Safi terbaru nie Nad.. Kak Sue pun guna yang nie juga..

    ReplyDelete
  22. Saya pun dah guna produk Safi Youth Radiane ni memang bestlah sesuai untuk kulit wajah saya

    ReplyDelete
  23. Kan nad.. Wawa tengok color dia pun terkejut sbb cantik sangat... Rasa nak simpan buat koleksi bekas ni haha

    ReplyDelete
  24. Safi memang bagus produknya. Lepas ni akak nak beli hat ni pulak. Tunggu yang lama habis

    ReplyDelete
  25. CR memang pakai moisturiser safi. Tgok yg baru ni mcm mkin byk fungsi dia. Nk try la nti

    ReplyDelete
  26. i like their new packaging and also the colour, very ong

    ReplyDelete
  27. For some, it may be worth choosing a hobby that gives your life more balance.For some, it may be worth choosing a hobby that gives your life more balance.drone photography

    ReplyDelete
  28. Sekarang pun kita pakai safi. Tapi safi yang ni tak cuba lagi.

    ReplyDelete
  29. This is really well-informed valuable information in the blog. Visit OGEN Infosystem for custom website design and development services at an affordable price in Delhi, India.
    Website Development Company in India

    ReplyDelete
  30. Keep it up for going on this type of valuable information. Visit Sarswati Enterprises for Screw Caps Machinery and Power Press Manufacturer in Delhi at the best price.
    Screw Caps Machinery

    ReplyDelete
  31. Awesome Blog, keep it for more valuable information sharing with us. Visit Veramed for Best Herbal and Ayurvedic Products in India at affordable price.
    Best Herbal and Ayurvedic Products in India

    ReplyDelete
  32. Thanks to you for providing such a great information to us, hope and waiting for your new update soon. Good Job!

    website development packages
    SMM service

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2