hai assalammualaikum

Reaksi Fariza, Bila Mommy Buat-Buat Pengsan - Pernah beberapa kali nad tertengok video kanak-kanak kecil menangis disisi ibunya yang sudah meninggal atau kemalangan. Sedih sangat tau tengok kanak-kanak tu menangis,  goyangkan ibunya dan panggil 'ibu, ibu, ibu'.. Masa tu juga nad terkeluar air mata.. Huhuhu.. Pastu mula la terfikir,  ' macam mana la kalau jadi kat aku ni '..

Tiba-tiba haritu saje la nad buat-buat pengsan,  nak tengok reaksi anak macam mana.

Masa tu Fariza dengan Farhanah tengah main. Pastu nad terus buat pengsan. Biasalah,  Fariza kalau tengah mmain mestilah nak panggil mommy dia juga. Bila dia panggil, mommy tak nyahut,  dia dah gelabah.

Fariza dok goyang-goyang badan nad..hahah. Masa tu dah nak gelak dah,  tapi tahan lagi. Dia goyang lagi kuat. Paling tak boleh blah,  dia tampar muka nad banyak kali.. Aiyoorkkk.. Sakit ooo... Dia goyang, goyang lagi... Picit-picit muka nad,  sambil nangis dan panggil mommy. Adik relaks sebab tak tau ape..hahaha..

Lepas tu, Fariza lari naik atas pergi bilik daddy dia. Tengok-tengok dia tarik daddy dia ke tempat nad.. Huishhh.. Nad terus bangun.. Hahaha.. Kang daddy dia fikir lain pulak..

Macam ni reaksi anak ye. Paling tak dijangka,  boleh dia nak panggil daddy dia. Bagus Fariza.. Anak yang pintar. Daddy cakap ' Fariza tarik-tarik abang, siap ckaap cepat la daddy,  cepatla. Mommy tu.. Mommy tu '..


Kakak memang pandai.. Mommy love you kakak dan adik. Harap mommy dapat jaga awak sampai bila bila,  sampau la mommy dan daddy dapat tengok cucu.. Gitu ye...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. ala comelnya dia..

    kalo sy buat2 tido pon ank dh bising sruh bangun..
    sama jgk la siap tepuk2 muka.. haha.. sakit..

    ReplyDelete
  2. Pandai fariza. Gud girl. Moga terus jadi anak yang baik dan bertanggungjawab. Comel jer nad test anak macam tu. Nak try buat la jugak nanti

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. alhamdulillah membesar dengan bijak dan pintar ^_^

    ReplyDelete
  4. gitulah mak2..un pun kalau dah mengantuk dalam kereta, anak memang paksa bangun..risau sungguh depa

    ReplyDelete