VIRUS INFLUENZA SEMAKIN MENULAR

in , by Nadia Johari, 13:02:00
hai assalammualaikum

Virus Influenza Semakin Menular - Risau sekarang bila virus influenza semakin menular. sebelum ni pun Fariza demam, nad cepat-cepat bawa pergi klinik. Alhamdulillah terus baik. Lagi satu sekarang, jarang bawa anak-anak keluar sebab takutkan virus ni. Bila cikgu tadika anak whatsup, mana yang anak deman, batuk dan selsema, perlu direhatkan dan duduk sahaja di rumah, bagus sangat cikgu sampaikan macam tu. Tapi kalau ibu bapa yang tak paham tak tau la. Jangan disebabkan anak dia seorang sakit, budak lain kena jangkitan. Tu yang buat nad risau. Tau sekolah tu penting, bagi dia bergaul, tapi kalau teruk demam, selsem, baik duduk sahaja di rumah untuk keselamatan.

Baru-baru terbaca ada seorang budak sudah meninggal dunia disebabkan virus influenza ni. Lagi bertambah risau. Memang kene ambil langkah berjaga-jaga.

Ada group whatsup saudara hantar artikel berkenaan influenza ni. Mengatakan adakah Influenza ni sama dengan demam selsema..Jawapannya tidak..korang boleh tengok carta di bawah..

Ni antara Tanda Dan Gejala Influenza



Walaupun tidak sama, tapi kalau anak atau sesiapa yang mengalami selsema, batuk, lebih baik kita jauhkan diri sekejap dari dia. Nasihatkan dia, pergi ke klinik dengan segera.

Apakah rawatan bagi influenza?
- Tiada rawatan khusus untuk influenza. Rawatan yang diberikan adalah rawatan
simptomatik sahaja. Anda dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit
kepala
• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya
• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan
• Jika tanda dan gejala berlarutan atau tambah teruk dapatkan rawatan di klinik atau
hospital

Bagaimana jangkitan influenza boleh dielakkan dari
i. Jika anda bersin atau batuk:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
• Jangan berkongsi sapu tangan
• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Juga basuh tangan
dengan bersih setelah menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka,
hidung, telinga dan lain-lain anggota badan
ii. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.
iii. Elakkan dari berada di tempat-tempat awam jika anda dijangkiti influenza

Tidak kira orang dewasa atau kanak-akank, mestilah ambil langkah berjaga-jaga. Semalam nad pun demam, tapi sekejap je, tetap juga pergi klinik sebab dah sampai sakit urat. Masa pergi klinik, ramai betul orang demam dan selsema. Kebanyakannya kanak-kanak.

Tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kena jaga kesihatan. Kalau rasa dah demam, batuk, tanda-tanda tak sihat, pergi cepat-cepat ke klinik. Kalau nampak anak tak sihat, jangan hantar ke sekolah, atau tempat asuhan.

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik.
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Allahu, semoga baik2 aja negara kita untuk mengatasi influenza ni T_T

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar seriau baca nampak remeh tapi boleh membawa maut.
    Vaksin pun dah banyak out of stok di banyak klinik sekarang ni.
    Sama-sama kita berdoa semoga dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Semoga wabak demam ni cepat² hilang dlm negara kita.. Risau plak..

    ReplyDelete
  4. Iyerr semakin makin dan makin serius! Tak tau kenapa ramai yang anggap remeh aje benda macam ni..adeii tak tau nak kata apa..tapi takpe kita jaga diri kita, duk aje rumah dendiam..yang bekerja jaga diri ya!

    ReplyDelete
  5. kena jaga bebetul la ekk kesihatan kita & anak2.
    jgn biarkan influenza ni terus merebak. jgn jadi pembawa!
    cuci tgn bersih2.
    jgn kluar rumah if tak perlu.
    kalau tak sihat, terus ke klinik. cegah sebelum parah!

    ReplyDelete
  6. Prevention tu lg penting rasa nya.

    ReplyDelete
  7. Ya sebaiknya buat masa sekarang jangan bawa anak anak keluar jalan ditempat awam. Risau juga kan?

    ReplyDelete
  8. If possible avoid to be in crowd. Kita tak tau sape kat tepi kita nanti. I prefer stay at home and take care of my diet. Make sure eat more vitamin and supplement for boost immune system.

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua dijauhi daripada influenza ni. Jaga kesihatan kalau ada tanda2 segera ke klinik atau hospital berdekatan 😇

    ReplyDelete
  10. Ibu bapa sekarang ini kena betul-betul kawan dan jaga kesihatan anak-anak kerana dah ada kes kematian takut kita tengok penyakit ni tahun ni macam merbahaya juga. Kita pun risau heheheheh moga Malaysia semua terus selamat dan dihindari dari penyakit macam ni...

    ReplyDelete
  11. risau pulak BBL dengan adik-adik kat rumah. harap penyakit ni tak berlarutan panjang, nanti terpaksa tutup sekolah

    ReplyDelete
  12. Sis dah kena bulan dec yang lepas, memang seksa sakit dia sampai kena dok wad 5 hari. Mula2 ingat demam biasa tapi lain macam pulak demam dia kali ni sampai tak larat nak bangun. Memang lps sihat ni risau pulak nak ketempat2 ramai orang, fobia rasanya

    ReplyDelete
  13. Risau betul bila penyakit penyakit macam ni tetibe outbreak. Sekarang ni Fadzi dah jarang nak bawak bebudak keluar. Tunggu dah reda sikit kot baru nak bawak keluar

    ReplyDelete
  14. Risau dengan virus ni. Makin lama makin teruk. Nak ke mall pun Sis bawa sanitizer dan wet tisu. Lap kat pemegang troli dan sekali lagi sebelum pegang stering kereta. Anak2 memang Sis elakkan bawa mereka.

    ReplyDelete
  15. Semoga sihat selalu. Anak sedara saya pun dah ada yang demam influenza ni. Harap semua ok.

    ReplyDelete
  16. Sekarang ni memang kena berjaga-jaga. Tambah2 kalau pergi ke tempat yg ramai orang.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2