hai assalammualaikum

Ikan Siakap Goreng Berkuah Tomyam - Ikan Siakap ni kalau nak makan selalunya pergi ke kedai. Jarang membelinya.. Haritu, pergi pasar,  mungkin dah lama tak beli ikan siakap ni,  suami pun beli. Selalunya ikan siakap ni, akan digoreng sampai garing,  lepas tu dituang kuah. Kebanyakan iakn siakap orang buat stim, masak 3 rasa dan sambal. Tapi nad tiba-tiba datang kreatifnya,  buat kuah tomyam.


Kalau masak takda sayur tak sah ye. Lagi kena ada sayur jagung tu,  anak-anak suka. Ikan siakap yang manis dimandikan dengan kuah tomyam.. Aumm.. Sedap.. Ni cara nad buat ikan siakap goreng berkuah tomyam.

Bahan-bahan
- Seekor ikan siakap
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- seinci halia
- beberapa ulas daun limau purut
- cili padi 5 biji
- tiga sudu sos cili
- satu kiub tomyam knorr
- sayur jagung, cendawan dan kacang panjang
- air sedikit
- garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan siakap sehingga garing,  kemudian angkat dan letakkan di atas pinggan.
- Untuk buat kuahnya pula
- Tumis bawang merah dan bawang putih, halia dan cili padi yang telah dihiris.  Tumis sehingga naik bau
- Masukkan 3 sudu sos cili. Gaul sehingga rata.
- Masukkan satu kiub tomyam knorr dan gaul.
- Letakkan sedikit air.
- Kemudian letakka garam dan gula
- Masukkan sayur jagung, cendawan dan kacang panjang.
- Gaul sehingga masak..
- Akhir sekali,  kuah dah masak bolehla tuang ke atas ikan.. Siapp..


Selamat mencuba..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. sedap2 nya nad masakk..tengok je laah :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...last week akak buat siakap masak lemak cili api campur petai kikis

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ikan sikapa berkuah tomyam. Tak oernah lagi masak macamnni. Boleh try nanti

    ReplyDelete