hai assalammualaikum

Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Menggunakan Tepung dan Prego Buddies - Pagi tadi nad buat sarapan jemput-jemput untuk keluarga. Jemput-jemput atau cucur ikab bilis orang panggil, tapi jemput nad tak letak ikan bilis, sebab anak-anak tak suka. Sepatutnya masak jemput-jemput ni tepung, ikan bilis dan bawang merah kecik. Nad pernah buat, tapi budak-budak buang bawang dengan ikan bilis, sudahnya buat ikan jemput-jemput kosong..hahaa. Sebelum ni, viral kan jemput-jemput rangup di luar lembut di dalam dengan tambahan satu bahan iaitu nasi yang diblender. Tapi nad ubah nasi tu, nad letak prego buddies punya produk..hahaa. Menjadi juga weii..Rangup di luar, lembut di dalam..hehee..





Jemput-jemput kosong sarapan nad pagi tadi. Hanya dua bahan penting iaitu tepung gandum dan pasta prego buddies. Korang pernah nampak produk Prego Buddies ala pasta yang untuk budak-budak, tapi bukan budak-budak je makan, ornag besar pun boleh. Cuma, prego buddies ni dia ada bentuk, tu sebab budak suka. Lagipun dia daripada sayuran.




Hah ni la dia prego buddies tu. Ada lebih, jadi nad pun buat campurkan dalam jemput-jemput ni. Ok jom tengok bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
- 5 sudu besar Tepung gandum. Nad tak guna cawan sebab keluarga kecil je kan, pakai sudu besar je la.
- Prego buddies 1 1/2 sudu besar
- Garam
- Air

Diingatkan nad punya kosong, nak sedap tambahla ikan bilis, bawang merah, kentang ke, eh apa-apa la. Sayur ke.




Cara membuatnya
- Rebus prego buddies. Dah masak, toskan dan blender pasta prego buddies tu.
- Ambil 5 sudu besar tepung gandum masukkan dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan pasta prego buddies yang telah diblender ke dalam tepung.
- Tambahkan sedikit garam
- Masukkan air , jangan sampai cair ya. Kacau sampai sebati
- Panaskan minyak dan goreng jemput-jemput. Bentukkan bulat, atau leper..hahaa..Sebab tau takkan bulat punya.
- Nampak garing dan dah masak, boleh angkat.

Ok selamat mencuba. Biar memasak ni kena fikri di lua rkotak ye..kreatif..hahaa..
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Peh! Macam menarik ni. Petang ni juga buat. Terima kasih ya atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik malam tadi baru makan jejemput, kalau tak ngences gak nengoknya ni..hehehehe kalau Sis plak, bawang mesti lebih lebih dan lebih hahahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnya jemput2. kat sini pula hujan. kalau rajin boleh dah buat ni, resepi dah ada. hehe

    followed here #1155

    ReplyDelete
  4. Nampak jwmput2 ni sedap sungguh. Terus rasa nak makan cekodok esok haha

    ReplyDelete
  5. Tak terfikir pon nak buat macam ni. Tapi marina pon ada beli prego buddies ni. Anak tak makan sayur, makanya belila prego buddies ni.hihi

    ReplyDelete
  6. Sesekali merasa kelainan apa salahnya kan hehe. Boleh dicuba resepi mudah ni. Nampak pun mcam sedap je

    ReplyDelete
  7. owh boleh ek? nanti boleh cubalah cara ni. kena beli prego dulu nampaknya

    ReplyDelete
  8. Never knew bout this recipe before. Would live to try! 💕 thanks for the recipe 😋

    ReplyDelete
  9. Menarik. Boleh pelbagaikan bahan dan jadi menu lain. Kreatif ye bila dah jadi mak-mak ni. Mesti anak pun suka kan

    ReplyDelete
  10. wah kreatif betul nad. rajin invent resepi sendiri. nanti nak cuba gak lah resepi ni.mudah dan mesti sedap

    ReplyDelete
  11. Wahhh tak tahu pun boleh buat jemput-jemput yang sedap menggunakan produk Prego ni hehehe suka lah budak-budak dapat makan yang sedap dan enak macam ni hehehe kita nak cuba juga lah mudah jer nak buat...

    ReplyDelete
  12. Selalu klu buat jemput-jemput buat cara tradisional shj blm pernah try Prego ni..

    ReplyDelete
  13. Selalu klu buat jemput-jemput buat cara tradisional shj blm pernah try Prego ni..

    ReplyDelete
  14. nampak sedap kalau makan petang2 lepak dgn family dkt pondok tepi rumah. hehe , resepi ni bolehlah saya simpan. nnti nk buat

    ReplyDelete
  15. petang2 time hujang pekena jemput mmg best! makan plak ramai2.. berebut2.. sambil dok depan tv.. oh nikmat betul

    ReplyDelete
  16. Kreatifnya akak, guna prego buddies pun boleh buat jadi jemput2 ye, hehe. Tak terfikir pulak emi.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2