Meja Lipat Aluminium Foldable Picnic Table Easy Carry, ringan, mudah di bawa kemana-mana dan banyak kegunaan.

hai assalammualaikum

Meja Lipat Mudah Dibawa Ke Mana-Mana - Meja ni dah lama nad beli, tahun lepas lagi. Harini baru nak share berkenaan meja lipat ni. Tempat baisa nad shopping online mestila dekat Shopee. Nad cari meja, sebab nak buat untuk photoshoot gambar, nak shoot produk, ambil video dengan meja, macam-macam la. Cari punya cari, nampak meja lipat Aluminium Foldable Picnic Table Easy Carry Camping Table ni.

Meja Lipat Aluminium Foldable Picnic Table Easy Carry Camping Table

saiz meja panjang dan besar

Ingat sedang-sedang je, walaupun dekat description, dekat gambar dah tunjuk ukuran, tapi kita tak fikir besar mana kan. sekali dapat, boleh tahan bagus. Besar, panjang, boleh adjust ketinggian, boleh lipat. Elok sangat la beli..huhu. Boleh bawa pergi mana-mana, ringan je tak berat pun.

Ni nad beli dekat Shopee

Ada banyak jensi warna, tapi macam biasalah, pilih warna putih. Bukan putih sangat, ada corak sikit. Warna lain ada warna biru, hijau , coklat dan oren. Harga nad beli meja ni, RM49.87. Memang nampak mahal, tapi nad guna untuk kerja. Jadi berbaloi beli.

Ada tangkai, nak bawak senang

Kunci, bila tutup dan bila buka, so takde terbuka

Ni lepas dibuka dari lipatan. Tarik-tarik kaki dia sahaja. Buat sorang je pun boleh

Tolak sini, supaya kaki tegak elok

Ketinggian yang boleh diadjust

Kalau nak bercamping, atau bercuti dekat air terjun, buat majlis, atau kenduri, nak letak makanan, meja ni sanagt berguna. Tengah-tengah meja ada bulat, boleh letak payung besar tu. Boleh je buat meja untuk anak menulis semua.

Ni produk dekripsinya
Tables Dimensions: 120 x 60 (L x W)
Height adjustable: 55cm - 62cm - 71cm
Packing size: 62x 63x7.2cm
High density aluminium alloy andfire board
Tube: High-strength aluminium alloy silver; rounded aluminium tube
Capacity: Tables 60KG
Portable & folded as a suitcase and convenient to carry out
Usage: outdoor furniture, outdoor picnic, etc.
It has an aluminium alloy frame for durability
Folds compactly for easy storage or transport
Lightweight and quick to set up
Easy to Carry and Portable
Table has a hole in middle to fit in umbrella

Product Specification:
Material: aluminium alloy
Table load: 60kg
Tables Dimensions: 120 x 60 (L x W)
Height adjustable: 55cm - 62cm - 71cm
Packing size: 62x 63x7.2cm
Rust-resistant
Portable & folded as a suitcase and convenient to carry out
Usage: outdoor furniture, outdoor picnic, etc.
It has an aluminium alloy frame for durability
Folds compactly for easy storage or transport
Lightweight and quick to set up
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. waalaikumussalam. memang puas hati pakai meja lipat ni. dah beli 1 aritu. nyesal tak beli 2 haha

    ReplyDelete