Nak masak sayur ni, lagi banyak kuah lagi sedap, sebab kalau boleh nak makan mestila ada kuah. Lagi anak-anak, nak kuah lebih, kalau boleh sampai banjir. Lepas makan hirup kuah tu dekat pinggan..hahahaa. Sayur yang mudah dan senang dibuat, membangkitkan selera anak-anak, sayur petola bersama suhun. Sedapnya lagi kalau letak kentang sikit tapi masa tu kentang takda, kita masak ape je yang ada.

hai assalammualaikum

Sup Sayur Petola Bersama Suhun - Nak masak sayur ni, lagi banyak kuah lagi sedap, sebab kalau boleh nak makan mestila ada kuah. Lagi anak-anak, nak kuah lebih, kalau boleh sampai banjir. Lepas makan hirup kuah tu dekat pinggan..hahahaa. Sayur yang mudah dan senang dibuat, membangkitkan selera anak-anak, sayur petola bersama suhun. Sedapnya lagi kalau letak kentang sikit tapi masa tu kentang takda, kita masak ape je yang ada.




Sayur digemari anak-anak, sebab ade suhun, ada kuah banyak..Eh orang dewasa pun suka la..hehee..Dulu nad ada masalah bezakan petola dan peria..hahaa..Biasalah, remaja, baru nak belajar memasak..habis hancur nad kerjakan sayur petola tu jadi macam keria..hahaha..Paham tak..paham tak..ada nad cerita dalam blog..Boleh baca Kisah Petola dan Peria..

Lepas kejadian tu, nad dah tau dah macam mana nak masak sayur petola ni..hahaa..Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.


Bahan-bahan
- Sayur petola
- Bawang putih 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- suhun
- Kiub Pati ikan bilis
- Garam
- Air

Cara membuatnya
- Isi air separuh dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih
- Masukkan bawang merah dan bawang puti bersama kiub ikan bilis dan gaul. Ada orang tumis bawnag merah dan putih tu dulu, tapi nad nak cepat. Campak je dalam air. Lepas tu biarkan sekejap
- Masukkan garam dan gula
- Lama sikit, masukkan sayur petola dan gaul sehingga nampak petola empuk.
- Kemudian last sekali masukkan suhun. Masak suhun tak boleh lama, mak yang cakap. sebab suhun serap air, tak pun nanti suhun jadi kembang. Jadi masak sekejap dah boleh angkat.

Masak sup petola ni boleh letak kentang atau telur ke..hah ikut citarasa sendiri. Boleh masak tumis juga petola ni. Nanti nad nak buat tumis pulak.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. waalaikumussalam. feveret anak2 saya juga. memula makan suhun, petola tu depa akan makan bila dah habis suhun dalam periuk >.<

    ReplyDelete
  2. Your article is very good. Is an article that provides knowledge for living quite well
    slotxo

    ReplyDelete