Sabun homemade pula dihasilkan dengan kreativiti sendiri dengan bahan semulajadi. Nad suka sebab sabun homemade sabun natural, takda bahan kimia semua berbanding sabun yang dijual di pasaran.

hai assalammualaikum

Syairah's Homemade Soap, Sabun Aromaterapi Yang Best Dan Selamat - Terbaru, sabun buatan sendiri atau homemade menggunakan kaedah lebih mudah semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana tidak memerlukan perkakasan atau bahan yang banyak. Sabun homemade pula dihasilkan dengan kreativiti sendiri dengan bahan semulajadi. Nad suka sebab sabun homemade sabun natural, takda bahan kimia semua berbanding sabun yang dijual di pasaran.

Sebelum ni nad pernah pakai sabun homemade, nad guna sabun homemade oat dan calendula. Kemudian kawan kenalkan nad dengan Syairah's homemade soap ni. Nad pun cuba relaxing lavender dan blue peepy seeds lavender scrub dia. Sebelum ni nad pakai sabun homemade takda bau, tapi relaxing lavender Syairah's sabun homemade ni ada bau dan sedap pulak bau lavender dia.


Syairah's Homemade Soap, Sabun Aromaterapi Yang Best Dan Selamat

Sebagai surirumah,  memang kerja tak pernah berhenti,  dengan menghadap rumah,  menghadap anak lagi,  takda masa nak pergi spa, nak tenangkan fikiran. Kalau dapat pergi tu boleh dikira la dengan jari. Kalau boleh nak pergi spa hari-hari..hahaha. Jadi Syairah's sabun homemade relaxing lavender ni membantu sangat. Bau dia yang sedap, beri aroma yang menenangkan. Rasa hilang terus penat lelah seharian bekerja, dah macam dekat spa je rasanya bila pakai sabun homemade relaxing lavender Syairah's ni. Bau bukan bau pewangi tu, tapi bau natural lavender tu.



Sebab tu nad suka bila waktu nak mandi. Lepas penat buat kerja, memasak, badan melekit, rasa kotor, cepat-cepat pergi mandi, bagi badan segar dan bersih. Walaupun rumah takde bathtub, rumah ada pancuran air je, lepas pakai pulak sabun homemade Syairah's relaxing lavender ni, aduh..lagi rasa terus segar. dan rehat otak. Bau-bauan wangi yang menenangkan ni kan orang cakap, memang dapat buat fikiran kita tenang, dan merehatkan badan kita.


Bila pakai Blue Peppy Seeds Lavender Scrub, badan rasa bersih je. Sabun diperbuat daripada biji poppy biru dan lavender kaya dengan asid lemak berkhasiat kulit, yang melembutkan kulit.

Lavender merupakan herba yang terkenal dan digunakan dalam pelbagai barangan harian. Lavender mengandungi minyak yang mampu menenangkan dan membantu otot-otot untuk relaks. Lavender juga mempunyai kesan antibakteria dan antifungal. Selain itu, ia juga membantu untuk mengurangkan masalah anxiety dan depression. Lavender juga dikatakan membantu untuk mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti!


Syairah's homemade soap ni lain daripada yang lain dengan sabun di apsaran. Sabun yang berada di pasaran telah ditambah dengan detergen sintetik, bahan kimia, dan penambah buih sintetik. Bahan-bahan tersebut sebenarnya merengsa dan mengeringkan kulit. Sabun homemade diperbuat dengan minyak sayuran semulajadi dan kaya dengan pelembap semulajadi, iaitu gliserin. Sabun homemade juga tidak mempunyai bahan kimia tambahan.

Sabun Syairah's Homemade merupakan sabun semulajadi yang kaya dengan gliserin dan tidak ditambah dengan bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Seperti yang diketahui, gliserin mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit anda kekal mulus selepas mandi. Ia juga bebas daripada paraben dan sulfat. Syairah's Homemade Soap diperkayakan dengan essential oil yang telah diuji di makmal dan diiktiragf ketulenannya. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit, tiada lagi rasa kulit tegang selepas mandi.


 Kenapa korang perlu pakai Syairah's Homemade Soap
- Tidak perlu mencari masa untuk ke spa, nikmati mandian seperti di spa setiap hari di rumah.
- Aromaterapi essential oil dengan pelbagai manfaat.
- Diperbuat dengan minyak sayuran yang sustainable dan boleh terbiodegrasi
- Sabun semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya
- Tiada paraben atau sulfat
- Eco friendly
- Produk Muslim dijamin kebersihan dan kredibiliti
- Sesuai untuk dijadikan hadiah yang bermakna


Menarik kan sabun ni. Lagi menarik kalau sabun homemade syairah's ni dijadikan hadiah, atau goodies..Mesti diaorang suka.

Korang boleh gunakan .sabun Syairah's Homemade Soap yang mesra pengguna dan mesra alam tanpa was was!

Korang boleh beli secara online di Shopee. Klik link Shopee: https://shopee.com.my/syairahsyassakii

Korang juga boleh lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/syairahshomemade/
Instagram: https://instagram.com/syairahshomemade
Contact: No tel 013-6494929
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. Sangat menarik! Best sangat kalau dapat manjakan diri dengan rawatan spa. Apatah lagi dapat buat setiap hari. Jadi, inisiatif rawatan penjagaan badan dengan sabun ni amatlah syok sekali kan. Nak jugak lah dapatkannya nanti

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Bau lavender ni memang buat kita rasa rileks je kan

    ReplyDelete
  3. Pernah dapat sabun buatan sendiri masa kenduri kahwin. Kita suka kalau ada sabun bau bunga atau buah buahan.

    ReplyDelete
  4. cute sabunnya..bgus buat gift mcmni. nak belajar buat sabun ni senang je tp kena rjin and belajar betul2

    ReplyDelete
  5. Menarik gak idea tu untuk dijadikan doorgift. Nak dijadikan hiasan dan wangian di bilik air pun best kan sebab bauan lavender

    ReplyDelete
  6. Hehe sayang la nak pakai kalo sabun lawa2 camni tp memang sesuai kalo buat doorgift

    ReplyDelete
  7. cantiknya sabun dia. Memang menarik kalau dijadikan hadiah. Kalau penat dengan kerja, stress bila mandi dengan sabun wangi memang lega.

    ReplyDelete
  8. menarik nya. dah la sangat comey ^_^

    ReplyDelete
  9. Cantiknya sabun ni. Klu dpt syg rasa nk pakai. hahah. Mesti wangi sgt.huhuhu. Boleh try la nnti

    ReplyDelete
  10. Comel je saiz sabun ni.. Lavender memang jadi pilihan ramai.. Homemade lagi.. Pasti boleh laris.. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  11. Lain drp yang lain,.. bentuk dan colour pun nampak menarik. paling penting homemade. buat hadiah pun ok ni

    ReplyDelete
  12. Sabun ni dapat disediakan melalui tindak balas minyak dengan larutan natrium hidroksida. kalau revise semula sains ting.5. Jarang pakai sabun homemade. Mungkin boleh cuba sabun Syairah ni nanti. mesti wangi kan.

    ReplyDelete
  13. Lavender mmg wangi..kalau x da masa gi spa bolelah guna homemade soap nie. Dah tentu2 suci dan bersih

    ReplyDelete
  14. bestnya sabun ni. tengok je dah tau macamana aroma dia tu kan. memang menarik sangat. boleh beli ni.

    ReplyDelete
  15. Bila sabun berbau lavendar memang best di guna sebab bau harumnya melegakan minda dan badan pun rasa segar.

    ReplyDelete
  16. Mmg best pakao sabun homemade ni.. Sebab lagi gentle to our skin... Saya pun suka

    ReplyDelete
  17. macam2 orang buh sabun homemade sekarang kan. mudah je buat rasanya, pastu depa buh essential oil. bau memang best

    ReplyDelete
  18. Amboii, fancy betul sabunnya. Kalau emi, silap haribulan sayang nak guna sabun cantik macam ni.

    ReplyDelete