Mondelēz International (Malaysia) syarikat snek kegemaran semua menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mendidik dan mengalakkan pemakanan seimbang yang sihat untuk wanita sempena Hari Wanita Sedunia 2020. Aktiviti ini telah diadakan di office mereka di First Avenue Petaling

hai assalammualaikum

Mondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020 - Terima kasih Mondelez Malaysia kerana menjemput nad untuk hadir sama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia 2020 pada 9 March 2020. Mungkin tak terlewat untuk nad mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua para wanita dil luar sana. Mondelēz International (Malaysia) syarikat snek kegemaran semua menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mendidik dan mengalakkan pemakanan seimbang yang sihat untuk wanita. Aktiviti ini telah diadakan di office mereka di First Avenue Petaling.

Mondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Kalau korang nak tau, Mondelez International Malaysia adalah syarikat yang mengeluarkan snek seperti Oreo, Cdbury, Chipsmore, Jacobs dan banyak lagi. Syarikat Snek Kegemaran Malaysia, selama beberapa generasi, telah dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kualiti, keselamatan dan rasa mereka. Walaupun mereka mengeluarkan snek yang dikatakan tidak sihat, tapi, bagi mereka sendiri, mereka menyediakan snek yang betul, untuk masa yang betul dan membuatnya dengan cara yang betul. Maksudnya, jika makan dengan cara betul, ok je makan snek tu. Tak semua snek tak bagus.

Jadi, sempena Hari Wanita Sedunia 2020 ni, Mondelez International Malaysia, menganjurkan sesi pendidikan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Sesi ini, yang dikenali sebagai Health Eating Responsibilities (HER), adalah inisiatif yang diperkenalkan MOH dan advokasi nutrisi keseluruhan untuk wanita yang merangkumi topik mengenai pemakanan yang sihat dan manfaatnya untuk membimbing wanita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Macam nad kata tadi, walaupun mereka mengeluarkan makanan snek, tapi mereka juga menitikberatkan tentang pemakanan sihat, dan Mondelez Malaysia merupakan syarikat pertama yang menganjurkan ceramah seperti ini di Malaysia.


Raja Zalina Raja Safran; Ketua, Hal Ehwal Korporat & Kerajaan, Mondelēz International Malaysia & Singapura

Sebagai seorang wanita yang membuat pelbagai kerja, jika kita tak jaga cara pemakanan kita, kita akan mudah sakit. Jadi, pentingnya bagi seorang wanita untuk bijak membahagikan waktu dan sentiasa menjaga kesihatan, dengan mengambil pemakanan yang betul.


Ceramah Health Eating Responsibilities ( HER ) ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Zaiza Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan.

Kebiasaan makan harian bukan sahaja memberi kesan kepada berat badan kita, tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti kerja, tahap kecergasan, tenaga, fokus, malah penampilan anda dan banyak masalah kesihatan yang tidak dijangka.

Bermula dengan makan keseimbangan, sederhana dan pelbagai nutrien kaya makanan setiap hari sebagai salah satu kunci untuk menjadi sihat. Dengan menjadi sihat, wanita boleh menjadi lebih yakin, mereka boleh menjadi lebih produktif di tempat kerja. Makanan ni sangat penting lagi-lagi wanita hamil.



Adakah wanita di Malaysia ni sihat?
Kalau tengok dalam gamabr ada jawapannya..
-34.7% wanita berumur 15-49 tahun adalah Anemia ( NHMS 2015 )
- 48.9% berusia 18 tahun, berat badan berlebihan dan obesiti ( NHMS 2015 )
- 52.2% wanita berusia 18 tahun dan ke atas ada penyakit kolesterol yang tinggi dalam darah ( NHMS 2015 )
- 1 out of 3 wanita mengandung adalah anemia ( NHMS 2016 )

dan banyak lagi. Pergh menakutkan.


Hah, nampak dekat gambar, makanan yang kita suka makan. Minuman berkafein, akan hipster dan viral. Asal ada orang post mesti kita nak cuba kan. Makan bergula dan mengemukkan. Makanan ni sebolehnya kita jauhkan. Kalau nak makan boleh tapi bukan  setiap hari atau kerap. Mungkin sebulan sekali ke demi kesihatan kita ye.

Rutin pemakanan yang sihat ni perlu dilakukan dari awal lagi. Sebelum kita hamil dan sebelum kita monopause. Mikro nutrien dalam badan perlulah mencukupi dalam badan seperti vitamin dan mineral dari semasa ke semasa.




Perlu mengambil banyak makanan yang kaya dengan Iron, Kalsium, Iodin. Iodin sangat penting terutama kepada ibu yang berpantang. Jika kekurangan iodin dalam badan, boleh menjejaskan IQ baby terjejas dan ibu berpantang boleh mengalami depression. Yela, masa berpantang kan penat, jadi perlu mengambil makanan yang sihat, yang betul untuk tenaga dan kesihatan tubuh badan.


6 Tip Gaya Hidup Sihat Untuk Wanita
- Amalkan #sukusukuseparuh Pinggan sihat Malaysia
- Cuba untuk mencapai berat badan optimum untuk ketinggian anda.
- Merancang kehamilan anda.
- Berhenti merokok.
- Buat aktiviti fizikal setiap hari.
- Menguruskan tekanan anda.

Banyak input berkenaan pemakanan pada haritu dan nad dah kongsi dengan korang dekat sini. Jadi, fikir-fikir kan ye..hehee..




Selepas ceramah, kami membuat checking kesihatan. Dah lama tak cek, dan alhamdulillah, semua normal ye..Walaupun berat rendah, tapi masih ok lagi..ehhee

Jadi, wanita-wanita semua, kalau nak kekal sihat dan bertenaga mestila jaga pemkanan kita setiap hari. Mengambil makanan yang betul dapat mengurangkan penyakit dan menjadi lebih produktif dalam membuat seusatu kerja.

Jangan lupa untuk cek status kesihatan anda, Weight and body mass index categories (BMI), Tahap hemoglobin (HB), Tahap Tekanan Darah dan Gula darah Darah;

Mengamalkan gaya hidup sihat, makan lebih banyak makanan nutrien, gunakan plat sihat Malaysia untuk merancang makanan sehari-hari, bertujuan untuk mempunyai julat berat normal dan berkongsi pengetahuan dan sokongan terhadap pemakanan yang sihat di kalangan keluarga dan rakan-rakan.


Jom amalkan makanan diet seimbang. Makan snek boleh, tapi dengan cara yang betul.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. bestnyaaa pergi ativiti camni,banyak ilmu dapat.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga yea diorg ada buat program mcm ni sambutan hari wanita sedunia sambil tu menyampaikan info2 bagus kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Wanita tetap wanita. Walaupun dilanda wabak covid-19 namun wanita tetap gigih melaksanakan tanggungjwb meraikan Hari Wanita Sedunia.

    ReplyDelete
  4. Semoga aktiviti ni bermanfaat. Masa ini lah ibu boleh tambah ilmu. Hehe

    ReplyDelete
  5. best nya dapat ilmu mcm ni... ye la sis dah berumur2 ni kena amk tahu psl kesihatan dah.. lagi2 demi anak2 ...chaiyokk semua jomm jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  6. Beruntung siapa yang join event ni sebab dapat ilmu berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Nak cantik nak sihat kenalah jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  7. wahh selamat hari wanita sedunia! event yang best sebab banyak ilmu juga :)

    ReplyDelete
  8. Untungnya jadi wanita kan..ada hari wanita sedunia gitu..mcm2 aktiviti ada, beruntung siapa yg join

    ReplyDelete
  9. Bestnya Nad...kat Johor ni dan Sis sendiri belum pernah dapat event yang sambut Hari Wanita ni, kalau ada bestnya...rasa di hargai gitu heheheh...

    ReplyDelete
  10. ala, rugi tak join aritu. Dah lama ni tak buat check up kesihatan. Kalau tak, boleh buat skali kan. Btw happy nampak nad bersama oreo tu... hehe

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Wanita Sedunia buatmu juga ya Nad...best pulak tengok ada banyak aktiviti dijalankan di situ lebih-lebih lagi bila terpandang Oreo besar tu... wow!!! ini sangat mengujakan... semoga semua wanita sedunia terus maju-jaya dalam bidang masing-masing dengan izinNya...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari wanita sedunia.. Seronok tgk nad join program ni.. Banyak info boleh dapat..

    ReplyDelete
  13. Bagus ada program macam nie kan. Boleh tau banyak info..

    ReplyDelete
  14. Wow such a nice event, i love their snacks

    ReplyDelete
  15. Memang kena jaga pemakanan dah. Nak bersnek ok je cuma kena betul cara pengambilannya kan.

    ReplyDelete
  16. Bestnya ada event mcm nie. Banyak informasi kita boleh perolehi. Selamat hari wanita sedunia !

    ReplyDelete
  17. Meriah sambutan hari wanita dengan event kesihatan camni kan? Ye laaa..kesihatan n jaga pemakanan tu mmg penting

    ReplyDelete
  18. Dapat pergi event macam ni untung sebab dapat banyak info yang berguna untuk diri. Thanks share on this Kak Nad. Memang penting pemakanan sebenarnya, terutama kita yang bergelar wanita ni.

    ReplyDelete