Dah biasa masak spageti Oglio, spageti bolognase, spageti cheese, nah sekarang cuba spageti tuna pulak..hahaa. Sejak PKP ni kreatif sungguh nak cipta makanan ni ye. Selalu sardin kita makan dengan nasi, roti kan, hah kali ni buat sos sardin untuk spageti pulak. Rasanya sedap juga..hehee..

hai assalammualaikum

Spageti Sos Sardin Yang Sedap - Dah biasa masak spageti Oglio, spageti bolognase, spageti cheese, nah sekarang cuba spageti tuna pulak..hahaa. Sejak PKP ni kreatif sungguh nak cipta makanan ni ye. Selalu sardin kita makan dengan nasi, roti kan, hah kali ni buat sos sardin untuk spageti pulak. Rasanya sedap juga..hehee..


Bukan biashe-biashe, ini luar biashe..hahahaa..Biar nampak aneh tapi rasa dia marbeles..hehehe..Hah meh tengok macam mana cara membuatnya.

Bahan-bahan
- Spaghetti ikut berapa ramai makan
- 1 tin sardin
- 1 telur
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 tomato merah
- 1 bawang (potong)
- 5 biji cili
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukup rasa

Cara membuat:
- Rebus air sehingga mendidih, tambah 1 sudu garam. Kemudian rebus spageti sehingga dimasak.
- Tos spageti dan ketepikan.

Cara membuat sos
- Kemudian kuali lain, tumis bawang putih sehingga harum.
- Masukkan bawang, gaul dan tumis sehingga naik bau.
- Campurkan tomato dan cili,kemudian kacau. Kacau sehingga masak.
- Masukkan sardin dengan minyak, sos cili, dan sos tiram, kacau sekata.
- Tuang 100 ml air, masak sehingga mendidih.
- Tambah telur dan kacau sehingga masak.
- Masukkan spageti ke sos dan kacau dengan baik.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap..spageti sos sardin boleh dinikmati bersama keluarga
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

24 comments so far,Add yours

  1. Masakan yang senang lagi enak..

    ReplyDelete
  2. Tuna best kan? Mcm sebati je setiap suapan tu 😊😊

    ReplyDelete
  3. Wah spegeti sos sardin bolehlah try nanti... stok sardin memang ada time PKP ni

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba teringan pun nk mkn speghetti. Mana nk cari pkp

    ReplyDelete
  5. Wah menarik resepi ni. Lain dr kebiasaan mkn spageti guna srdin. Nti CR nk cuba

    ReplyDelete
  6. Betul, hari tu pun sis cuba buat ni. I tambah cili padi biar dia pedas pedas sikit

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try lg sardin spaghetti.. Nt boleh try

    ReplyDelete
  8. X pernah terfikir pun boleh inovasi sardin jadi spageti sardin..hikmah pkp kan mcm2 idea tercipta

    ReplyDelete
  9. wa. tak pernah pula makan spageti sardin. boleh cuba kot. kreatif erk sejak duduk PKP ni. ok save!

    ReplyDelete
  10. Menarik juga ni, tak pernah lagi buat Spageti Sardin mcm ni ler, dah le Sis ni pengemar makan sardin hehehehe..thanks Nad bg idea...

    ReplyDelete
  11. gojes idea ni. east meet west, Nad.
    kekadang di kala stuck at home ni, ter kreatif kan.
    cuba and sedap :)
    anak2 makan abis. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. Sedap ni walaupun lagi prefer spageti dengan ayam/daging.. Pernah try dah, memang mudah dengan bahan yang simple :)

    ReplyDelete
  13. Okay nak trylah nanti. Tak pernah cuba lagi masak cam ni. Thanks sharing resepi.

    ReplyDelete
  14. Satu cara masakan sphagetti yang boleh dicuba walaupun mmg jarang masak spaghetti tp sbb suka sardin bole la try nanti huhu

    ReplyDelete
  15. menarik resepinya paling best sebab mudah je. boleh la try nanti. thanks sharing

    ReplyDelete
  16. Menarik ini, Azwar tak pernah lagi letak sardin biasa letak sosej & daging cincang je. Bolehlah cuba buat lepas ini.

    ReplyDelete
  17. Sedapnye Nad, Bonde dah masak Spegetti pada minggu pertama PKP, Tapi tengok resepi Nad ni boleh masak untuk secound rounds minggu ni he he he

    ReplyDelete
  18. Menarik spagethi sos sardin..bosan-bosan boleh lah iena cuba nanti :)

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi makan spaggethi. Resepi baru ni, boleh lah sis cuba buat nanti. speggthi ada, sardin ada..ok onzzz

    ReplyDelete
  20. Selalu kalau masak spageti makan dengan sos blognese. Ni first time tengok spageti makan dengan sarding, gerenti sedap. Nanti nak cuba jugaklah.

    ReplyDelete
  21. Zaman belajar dulu, makan spaghetti tuna dengan roomate pun dah heaven. Best giler. Memang sedap. Rindu nak makan, nanti nak cuba buat lg.

    ReplyDelete
  22. Simple ajer menu nya kan. Boleh la try nanti. Hihi

    ReplyDelete