Harini, hari pertama kita berpuasa. Puasa seperti biasa, tahan lapar daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Tapi suasananya berlainan untuk tahun ni. Tahun 2020, kita hadapi Ramadan yang berbeza, Ramadan New Normal. Ramadan kali ni akan jadi kenangan untuk kita selamanya. Mungkin banyak hikmah yang kita akan dapat untuk Ramadan New Normal ni.

hai assalammualaikum


Ramadan New Normal , Salam Ramadan - Harini, hari pertama kita berpuasa. Puasa seperti biasa, tahan lapar daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Tapi suasananya berlainan untuk tahun ni. Tahun 2020, kita hadapi Ramadan yang berbeza, Ramadan New Normal. Ramadan kali ni akan jadi kenangan untuk kita selamanya. Mungkin banyak hikmah yang kita akan dapat untuk Ramadan New Normal ni.


Kenapa Ramadan New Normal?


Nad tau, selalunya untuk Ramadan pertama, ramai yang balik kampong untuk berbuka puasa bersama keluarga. Mana yang dah tinggal bersama keluarga, duduk bersama mak ayah, syukur Alhamdulillah, korang masih berpeluang berpuasa bersama. Mana yang duduk jauh bersama mak ayah, adik beradik yang tinggal jauh, tak dapat pulang, disebabkan covid 19 ni, diarahkan untuk duduk rumah, buat social distancing dan tak boleh berkumpul. Kita kene akur denagn semua ni. Memang berlainan kan. Macam nad, walaupun ada keluarga kecil, tapi keseronokan bila dapat berbuka bersama keluarga dekat kampong, adik beradik, dengan pelbagai makanan yang terhidang. Hikmat tahun ni, suruh kita bermesra bersama keluarga, masak bersama, saling bantu membantu.


Kalau sebelum ni, ada bazar Ramadan, dapatla beli makanan sedikit, dapat makan makanan yang kita tak reti buat, dapat makan yang kita suka, tapi tahun ni tiada bazar Ramadan. Kesian juga dengan peniaga yang ada. Tapi, masa ni ada je bazar online. Masih ada juga la rezeki untuk peniaga kecil ni. Kita pula, diajar supaya tak membazir makanan. Makan apa yang ada sahaja, dan bersyukur denagn apa yang ada. Tapi, kita tengok, kebanyakan orang pandai buat sendiri juadah yang ada di bazar tu. Bagus kan.


Tahun ni tiada terawih secara berjemaah di masjid. Tapi masih lagi boleh buat dekat rumah. Seronok kalau dapat buat bersama keluarga. Yela, mungkin sebelum ni ada yang tak dapat buat, kali ni dapat buat. Alhamdulillah. Imam pun dari kalangan ketua keluarga atau anak lelaki. Ramai orang share, niat dan cara solat terawih, ni nad share denagn pembaca nad.




Takpe la. Semua ni kita buat untuk kurangkan penularan covid 19.


Banyak sangat hikmah yang kita dapat sebenarnya. Tahun ni kita kene tingkatkan jihad kita untuk memerangi covid 19. Selamat dari wabak covid 19 ni. Kita lihat dari sudut positi, mungkin Allah nak kita menunaikan ibadah puasa yang sebenar. Berbuka dan bersahur ala kadar.


Apa pun, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ianya menjadi Ramadhan yang paling bermakna dan terindah untuk kita semua.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Salam ramadhan. Mungkin ada hikmahnya juga yang kita tak tahu kan. Moga amal ibadah kita diterima Allah

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan...cantikk tulisan tangan kak Nad..suka nengoknyaaa..heheee..Moga Covid 19 berlaku sebelum tamat tempoh PKP Fasa 3 ni..biar Fasa keempat batal... hahaa.. Amin

    ReplyDelete
  3. Suka tenguk tulisannya terang dan teratur
    Salam ramadan

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah semoga apa yang terjadi ini ada hikmahnya semoga kita dapat beramal ibadah dirumah bersama keluarga

    ReplyDelete
  5. Tahun ni memang kita sambut Ramadan lain dari tahun sebelum sebelum ni kan. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Kena redha.

    ReplyDelete
  6. Ada hikmahnya terjadinya waktu bulan ramadhan kan.. Allah nk hamba²Nya mengingatiNya.. Lebih beramal ibadah tahun ini... Kita kdg2 lupa dunia ini milik Allah bkn milik kita..alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita berpuasa & mengerjakan ibadah dlm keadaan yg tenang..

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadan, this year there are many new normals we have to adapt.

    ReplyDelete
  8. Semoga keadaan kembali normal lepas ni. InsyaAllah. Selamat berpuasa nad.

    ReplyDelete
  9. PKP ni mengeratkan hubungan kita sesama ahli keluarga, seronok dapat solat dan berterawih bersama kan Nad

    ReplyDelete
  10. Ramadan kali ni walaupun berbeza dr biasa tapi sgt2 bermakna. Banyak benda yg selama ni kita xdpr buat tp kali ni kita boleh bersama. Salam ramadan nad

    ReplyDelete