Resepi ayam kicap 3 budak gemuk yang sedap dan mudah

hai assalammualaikum

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk - Nad tak pernah rasa pun makanan dekat kedai 3 budak gemuk. Dekat twitter ramai pulak cakap makanan dekat situ sedap. Lepas tu adalah sorang ni, post resepi ayam kicap 3 budak gemuk. Tengok bahan, semua nad ada. Nak buatnya pun senang. Semalam, cubalah masak, pergh sedap juga, dengan bau daun kari tu..


Lain sangat macam nad selalu buat ayam kicap. Lepas ni boleh buat lagi.hehee.. Terima kasih kepada Ezzah Nor untuk resepi ni. Ok ni nad tunjuk satu-satu cara dia ye. Kot korang nak buat juga.


Bahan-bahan
- Ayam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu rempah kari
- 1 genggam daun kari
- 1 cawan air
- 4 sudu kicap
- 2 sudu sos tiram
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- Garam


Cara membuatnya



- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, dan gorengkan dia sehingga masak, kemudian ketepikan.


- Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Ambil kuali lain, gunakan minyak ayam tadi, ambil sedikit sahaja untuk menumis bahan lain.
- Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
- Kemudian masukkan bahan blend dan tumis sekali sehingga naik bau.


- Masukkan serbuk kari ke dalam dan tuang sedikit air
- Masukkan sos tiram dan sos kicap
- Kemudian masukkan daun kari dan gaul bagi sama rata.


- Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.

Siap..boleh dihidangkan dengan nasi panas..nyumnyum..selamat mencuba.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

21 comments so far,Add yours

  1. Dap nye.. nak try buat la nanti..
    thank you !!

    ReplyDelete
  2. Sedap. Feveret anak bujang sulong. Kalau buat menu ni, makan nasi 3 4 kali pun x kenyang lagi. Hehe

    ReplyDelete
  3. Ramai dah cuba ni, nak kena cuba gak laa gamaknya...kalau dari menu asalnya memang sedap oiii...dapat masak yang ala-ala pun jadi laa kann...masuk list untuk buka puasa nanti..

    ReplyDelete
  4. mmg sedap menu ni..dh masak juga aritu tp buat berkuah skit

    ReplyDelete
  5. Bolehla sis cuba resipi ni pulak kalau masak nanti. Nak kena tukar2 resipi mana tahu nanti resipi tu yang paling digemari.

    ReplyDelete
  6. rasanya haritu ada nampak orang share resepi ni. viral juga ye resepi ni

    ReplyDelete
  7. viral kan. aida pun terbuat ari tu, tapi not so la ikut resepi.
    ikut selera tekak jer Nad.
    next time nak buat folo resepi ni. kekadang tu, asyik menyambal, mengasam pedas, mengkari...
    buat ayam kicap simple gini, selera dtg balik :) lelebih kita ni tukang masak, kan.
    lelama, sendiri takde selera, Nad.

    ReplyDelete
  8. Ini memang kegemaran untuk lunch Rawlins sebelum PKP tempoh hari. Nie dah ada resepi macam nak try buat sendiri la hehe

    ReplyDelete
  9. Kak Nad!!! Sedapnya.. nak cuba laa nanti. Everyday nampak orang update ayam tiga budak gemuk nie.

    ReplyDelete
  10. This looks yummy! I am going to ask my dad and mom cook this! I always wanted to try different dishes! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Memang sedap 3 budak gemok tu. Bnyk juga yg lebih kurang buat. The true recipe sis not sure. Nanti nak cuba jugalah.

    ReplyDelete
  12. tak pernah try lagi ni

    nak kena try jugak la

    nampak senang je cara masaknya

    ReplyDelete
  13. tak pernah try yg 3 budak gemuk tu walaupun selalu jgak pergi area kedai diorg. nampak sedap ya menu ni. thanks share.

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap, tak pernah lg masak cara mcm ni. Selalu buat masak kicap biasa je. Bolehlah cuba buat cara mcm ni

    ReplyDelete
  15. Semua bahan ada kecuali daun kari tu. Nampak sedap resipi ayam masak kicap 3 budak gemuk ni. Rasanya kalau takde daun kari takpe kot. Nanti nak try lah.

    ReplyDelete
  16. insyaAllah boleh cuba. kadang kena cuba resepi baru, takdelah rasa jemu

    ReplyDelete
  17. wahhhhhh betul resepi ni memang trending dekat laman social. kejap kejap tengok orang post pasal resepi ayam kicap 3 budak gemuk. Nampak macam menarik, maybe boleh cuba untuk berbuka nanti hehhee.

    ReplyDelete
  18. Suami suka ayam masak kicap 3 budak gemok nih, saya suka sambal yang pedas tu... nanti boleh cuba buat resepi nad ni.. he he he

    ReplyDelete
  19. Yeah kak nad share resipi ayam kesukaan kita. Pkp ni rindu nk makan ayam budak gemox. Thanks kak share

    ReplyDelete
  20. fuhhh sedap. resepi ayam kicap ni kalau buh daun kari memang mabeles. nanti nak siapkan list masakan. bleh masuk dalam list ayam kicap. haha

    ReplyDelete