Teringat Roti John dekat bazar, tapi tahun ni takda bazar.. Jadi buat sendiri jela.. Mudah je sebenarnya. Kelainan dekat sini nad guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk) . Roti John Legend-ary ku sedap..

hai assalammualaikum

Resepi Roti John Yang Mudah Dan Sedap - Teringat Roti John dekat bazar, tapi tahun ni takda bazar.. Jadi buat sendiri jela.. Mudah je sebenarnya. Kelainan dekat sini nad guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk) . Roti John Legend-ary ku sedap.. Habis ye anak dan suami makan.



Bahan
- 100g daging cincang
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1/2 bawang merah
- 1 ulas bawang putih
-  2 sudu besar minyak

Untuk campuran telur bukan telur semata.. Hah..meh sini tengok
- 4 sudu besar susu isian sejat F&N
- 1 sudu kecil garam
- secubit black pepper
- 2 biji telur


Cara membuatnya
- Gaul daging dengan serbuk kari beserta air sedikit.
- Panaskan kuali dengan meletakkan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih
- Masukka daging dan goreng sehingga masak.
- Kemudian ketepikan

- Ambil mangkuk lain, bubuh 4 sudu besar susu isian sejat F&N.
- Masukkan garam, black pepper dan telur.
- Kemudian ambil daging yang dah masak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sama rata.

- Panaskan kuali yang dah ada minyak sedikit. Pastikan guna kuali leper ya.
- Tuang campuran telur dalam kuali leper dan biarkan sekejap bagi telur masak.
- Tekapkan roti yang sudah disapu dengan marjerin, di atas campuran telur tu. Tekap kuat sikit supaya telur dan roti melekat.
- Biarkan seketika. Bagi campuran telur melekat dekat roti
- Balikkan roti bersama telur tu untuk masak bahagian belkang roti pula.
- Dah siap.. Boleh angkat.


- Hias dengan sayuran, sos dan mayonis.. Siap.. Boleh dah makan.

Tak paham boleh tengok dekat video yang disediakan ok.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours