Dari sebelum PKP lagi tak makan lagi laksa, sebab tak terfikir kan akan ada PKP, PKPD, PKPBni yang menyebabkan kita susah nak dapat makanan yang kita nak. Kalau takda semua ni, nad akan beli laksa dekat pasar malam

hai assalammualaikum

Laksa Yang Diidamkan - Dari sebelum PKP lagi tak makan lagi laksa, sebab tak terfikir kan akan ada PKP, PKPD, PKPBni yang menyebabkan kita susah nak dapat makanan yang kita nak. Kalau takda semua ni, nad akan beli laksa dekat pasar malam. Sekarang kalau delivery pun macam mahal je. Nak buat, memang tak reti, lagi nak kene rebus ikan, asingkan duri ikan la.. Tak mampu nak buat sorang-sorang.. Letih, dengan anak-anak lagi. Kalau ada geng masak takpe gak. Lagipun, nad tak reti buat sangat. Mak nad buat pun selalu pakai sardin, rasa dia memang lain.


Jadi PKPP ni, ingat pasar malam dah boleh buka. Tanya la suami, kalau pasar buka, singgah belikan laksa, sebab dah lama teringin nak makan.

Akhirnya dapat juga makan laksa ni walaupun macam sikot je tak cukup.. Hahaa.. Tapi dapat masuk tekak, lega.. Tapi masih tak puas.

Laksa ni pun, suami bukan beli dekat lasar malam, yela pasar malam rupanya tak boleh buka lagi.. Huhuhu.. Suami pergi cari dekat kedai. Kedai mana tu nad tak tau, dia kata dia google. Takpela, asalkan dah dapat.


Tu pun tak cukup sebab anak-anak pun suka. Dahla suami beli satu je, yang lain dia beli mee kari. Nad memang tak berapa suka makan mee kari. Terpaksa la kongsi laksa ni dengan anak-anak. Nanti boleh cari lagi laksa ni. Rasa laksanya pun sedap. Penuh sayur semua. Suka macam ni.

Pasni beli banyak-banyak.. Huhuhu..

Boleh cari Nasi Kerabu juga ni.. Sebab ngidam juga.. Haishh.. Macam-macam ye ngidamnya.. Huhu
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Lain kali suruh si abang beli 5, 6 paket. :D

    ReplyDelete
  2. tolong kirim ke jakarta sikit!^^

    ReplyDelete
  3. senang la kak nak buat laksa. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau beli laksa yang kena dengan selera, satu memang tak cukup. 2 terlebih-lebih pula.

    ReplyDelete