hai assalammualaikum

Wall's Tealive Bobalicious Aiskrim Viral Sedap - Nad ni memang suka sangat minum air tealive, lagi-lagi air bag bang milk tea dia yang siap ada pearl tu. Kalau beli memang akan beli dua, sebab bukan nad sorang je yang suka, anak-anak pun suka air tealive ni, kecuali mr mafia, dia tak berapa suka sebab katanya air tu manis sangat. Lepastu nampak kat twitter, ada orang beli aiskrim tealive. Teruja nad sebab tealive dalam bentuk aiskrim. Hari demi hari ramai dah cuba aiskrim ni, ada kata sedap ada kata tak sedap. Apa lagi, nad pun nak juga la rasa. Tekak orang lain - lain kan. Dah kita penggemar air Tealive, mestila na cuba aiskrim Tealive Bobalicious viral ni kan.

Bila cakap dengan husband, " abang, tealive ada dalam bentuk aiskrim, jom cari".. Seorang suami, ikutkan je kehendak isteri.. Heehe..Bukan senang ye nak cari aiskrim ni. Sebab dah viral, ramai dh beli, aiskrim ni cepa habis. Mula cari dekat 7 eleven, nampak je peti ais Wall's warna merah memang terus tuju. Bila tengok habis kecewa bet. Bukan setakat 7 eleven, shell, petronas nad pergi. Ada sampai satu hari tu, rezeki nad agaknya, dapat juga aiskrim Tealive Bobalicious ni dekat 7 eleven. Fuh, dah macam treasure hunt dah.. Hahaha..


Bila dah dapat, memang rasa gembira la. Keluar kedai, terus tunjuk mr mafia "yak ya yeaa.. Dapat aiskrim ni bang".. Hahaha.. Dia pun senyum je la. Harga aiskrim RM2.20.

Sampai rumah, terus makan. Fuh sedap sangat. Serius, pelik siapa cakap tak sedap. Sebab kebanyakan yang kata tak sedap dia orang bagitau aiskrim ni tak mania. Yup, memamg tak manis, tapi ada rasa milk tea dia. Nad suka. Dan paling tak sangka, mr mafia suka aiskrim ni. Yela dia tak suka air Tealive tapi dia suka aiskrim Tealive ni. Nasib beli banyak.



Lepas tu, boba dia pun rasa kenyal, chewy macam tu. Even dalam peti ais, boba dia tak keras pun. Anak-anak lagi la suka. Sedap sangat.


Bila makan memang tak cukup satu ooo, rasa nak makan lagi.. Hahaha.. Nak tengok review nad makan, boleh tengok video tu

Puasla dapat makan aiskrim Tealive viral ni. Sekurangnya dah cuba makan. Ramai juga cakap, susah sangat nak cari aiskrim ni. Tapi ada sesetengah tu dapatkan aiskrim ni dekat outlet Tealive sendiri. Mungkin sesetengah outlet ada. Ada lulak yang kata, dekat pasaraya, kedai runcit banyak.Tu jiran yang bagitau.. Kita dengar pun sabor jela. Punya payah nak cari, tapi kat kampung senang ye.. Haishh..


Takpela, yang penting dah rasa.. Korang pun kene cuba juga ye. Boleh dapatkan dekat 7 eleven, shell, petronas, supermarket, hypermarket. Online pun ada, Grab, shopee.

SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Nak makan lar. Nampak macam best lar. :D

    ReplyDelete
  2. kak, derhaka diet ni. sedap giler

    ReplyDelete
  3. Sayangnya ai tak suka makan boba.

    ReplyDelete
  4. Ada nampak kat 7E tak terfikir pulak nak beli.Budak2 pilih eskrim lain. Akak pun tak suka benda manis2 nih. Tapi nanti nak cuba jugak la kalau dah kata tak manis sangat.

    ReplyDelete
  5. Sekali sekala cheat day, bole juga nii layan aiskrim nii nyummy 🤤

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sedap sungguh bila nad review. Nanti cx nak cari dan cubalah

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi cuba. Macam best je ni

    ReplyDelete
  8. Akak x cuba lagi ni nad. Nak kena g carilah. Asyik naik kat newsfeed je lately..hihi

    ReplyDelete
  9. Rawlins masih lagi dalam misi mencari ice cream nie. Banyak kedai selalu habis la. Takpe. Akan kuteruskan pencarian hahaha

    ReplyDelete
  10. Saw you advertise this ice cream on your IG. This ice cream look so thirst quenching. Good for the hot whether.

    ReplyDelete
  11. Kak liez dh cuba.. sedap cuma mcm rs tehnya pekat sgt.. tapi yang best sbb dia tak manis. Anak² memang suka sangat sbb ada boba tu

    ReplyDelete
  12. Kalau tekak Sis kureng sikit, tak tau nak kata rasanya, rasa teh susu tapi bila makan tu lain benau rasa dia..hahahah tu tekak Sis lerr...

    ReplyDelete
  13. Bagi Yaya memang sedap aiskrim ni. Memang Yaya suka la kena dengan citarasaku rasa milky dan chewy boba tu hee kalau nampak kat mynews mesti beli nyumss

    ReplyDelete
  14. Ni Ice Cream saya makan masa musim PKP beli dekat 7e sekali borong 10 - 20 batang terus ha ha ha mmg layan makan sambil tgk tv

    ReplyDelete
  15. tak pernah try lagi tapi memang suka jugak minum drinks dekat tealive especially milktea. boleh try nanti

    ReplyDelete
  16. Selalu tgk iklan aiskrim tealive ni. Ramai jugak kata sedap. Murah je rm2.20 kan. Boleh la cuba waktu cheat day. Rasanya 7 eleven mmg jual kan

    ReplyDelete
  17. Mmy sedang eskrem ni.. kalau beli mmg selalu buat stok.. anak2 pun suka

    ReplyDelete
  18. ika memang suka sangat aiskrim ni hehe kalau beli tak cukup satu hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2