Dapat surprise dari Jack 'n JILL Cream-O

hai assalammualaikum

Jack 'n Jill Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia Yang ' Ekstra O-Some '! - Masa nad keluar haritu, nad dapat panggilan, kata dari runner nak hantar barang. Dalam hati alamak, barang apa pulak. Dahla kat rumah takda orang. Lepas tu suruh runner tu letak je dekat dalam halamn rumah. Balik je, tengok bungkusan tu dekat tepi letak kasut. Bagus runner tu letak elok-elok. Surprise sangat ni, dari siapakah? Buka je, wah siap belon dan dalamnya biskut Cream-O dengan pelbagai perisa. Wah memang betul-betul surprise.


Mesti barisan hadapan yang bertugas untuk covid pun terkejut macam nad..hehee. Sebenarnya, surprise macam ni bukan nad je yang dapat, tapi surprise ni juga diberikan kepada pejuang barisan hadapan. Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, Jack 'n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ' Ekstra O-some '.



Jack 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penghantaran yang jasanya tidak ternilai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ). Kejutan ini telah dibuat kepada 100 penunggang foodpanda semasa mereka henda buat tugasan penghantaran. Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kitterima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.

Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka,Ismail Izzani. Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar dirikreatifbersama nota terima kasihdalam apa jua bahasa. Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.


"Sejak beberapa bulan ebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kami telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’ adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama Cream-Ountuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.

Untuk maklumat lanjut, silar layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/


SERTAI JACK ‘N JILL CREAM-O DAN ZAHIRKAN PENGHARGAAN ANDA KEPADA PEJUANG BARISAN HADAPAN

Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, sertamemorabilia bertandatangan:

Langkah 1
Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendak lah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
WhatsApp resit, <nama>, <no MyKad> dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’

Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke +6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours