hai assalammualaikum

Baby Carrie, Produk Penjagaan Baby 100% Organik Dan Tumbuhan Semulajadi - Sebut je Carrie Junior, mesti dah kenal kan, mana taknya rangkaian penjagaan baby yang sudah ada dipasaran selama lebih dari 20 tahun. Brand yang dipercayai sebagai penjagaan diri khusus bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Dari anak-anak nad kecil, memang Carrie Junior la yang nad gunakan, dari sabun mandi, shampoo, lotion badan dan macam-macam lagi.


 

Baby Carrie, Produk Penjagaan Baby 100% Organik Dan Tumbuhan Semulajadi

Banyak produk Carrie Junior ni, dah yang terbaru, produk yang sesuai untuk baby yang baru lahir, iaitu Baby Carrie. Produk terbaru yang dihasilkan daripada 100% bahan organik dan tumbuhan semulajadi, yang dapat menjaga kulit baby yang baru lahir. Kalau sebut organik, siapa yang tak suka kan. Kita sebolehnya nak pastikan anak-anak kita selamat daripada sebarang bahan kimia. Bila bahan organik, memnag bagus untuk anak-anak kita, lagi-lagi baby yang baru lahir. Kadang kulit baby ni sensitif.


Bahan yang terkandung dalam Baby Carrie ialah Organic Oat Milk & Milk of Almonds and Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Bahan ni dapat menjaga kulit baby, beri khasiat pada kulit bayi, kulit jadi lembut dan sihat serta dilindugi daripada kerosakan sel. Kalau dah oat dengan susu, memang buat kulit baby halus mulus je.


Baby Carrie terdiri daripada Baby Bath, Baby Head to Toe, Baby lotion dan Baby Nourishing Oil.


Baby Bath dapat membersihkan kulit bayi yang sensitif dengan lembut. Bahan susu oat organik dan susu badam dapat memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengehadkan kehilangan kelembapan dan menguatkan kulit. Keanjalan kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E yang juga sebagai antioksidan untuk melindungi kulit.


Sabun ni berbau wangi, dan bila nad basuh ke badan anak, badan anak jadi lembut dan harum. Suka la anak-anak bila dapat mandi dengan produk Baby Carrie ni.



Head to Toe ni paling nad suka sebab dia jimat, boleh digunakan dari atas kepala sampai ke kaki. Bila nad pakaikan dekat rambut anak, rambut jadi lembut dan ia tidak memedihkan mata. Baby Head To Toe sebagai diperkaya dengan Wheat germ oil, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembabkan kulit bayi dengan minyak badam organik agar kulit menjadi lembut dan halus.



Baby Nourishing Oil, minyak ni nad akan pakaikan selepas mandi. Bau pun sangat wangi. Nourishing oil adalah minya urutan  bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran wheat germ oil, minyak badam dan minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

Nad memang suka pakaikan anak-anak dengan lotion. Ada sesetengah lotion tu kadang melekit dan buat anak tak selesa. Baby Lotion ni best. Ia cepat serap, dan baunya yang harum. Kulit anak pun jadi lembut  macambaby baru lahir...hehehe. Tu suka gomol-gomol dia ni.



Baby Lotion memberikan kulit bayi dengan pelembapan selama 48 jam , tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dan diselitkan dengan susu oat organik dan susu badam untuk melembapkan dan melindungi kulit.




Tengokla muka dia, ceria je lepas mandi dengan rangkaian produk Baby Carrie ni. Nampak je produk Baby Carrie ni cepat je nak mandi. Bau pun wangi. Selamat digunakan untuk anak-anak, dengan bahan organik dan tumbuhan semulajadi. Nad pun rasa seronok tengok anak-anak selesa lepas mandi dan tak risau kerana kulit mereka dilindungi.





Ibu ayah diluar sana, kalau nak cuba rangkaian produk penjagaan Baby Carrie ni boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/CarrieMY/
Instagra: https://www.instagram.com/carrie.malaysia/
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. read so many review about this.. means its good la kan

    ReplyDelete
  2. Nak cari lah nnti.. bila ada anak ni nk cari yg tbaik utk dia

    ReplyDelete
  3. Produk baru carrie junior ni...anak anak akak memang guna brand ni. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. lotion tu boleh pakai kat muka baby ke?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2